|
Usahawan Datuk Red menjelaskan dia memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk terhadap bekas isterinya, Adira Suhaimi bukan kerana belum move on.
Memetik BH Online, Datuk Red berkata untuk mendapatkan kepastian mengenai lafaz rujuk yang dilakukan terhadap Adira pada Mei 2024. Menurut Datuk Red, jika ianya sah bermakna dia masih suami kepada Adira namun jika sebaliknya mereka boleh membawa haluan masing-masing. “Ini bukan soal ‘move on’ atau gila talak. Sekarang status saya dengan dia masih tergantung, sama ada saya masih suami orang atau tidak. “Sebab itu saya memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk, untuk memastikan lafaz rujuk yang dibuat sah atau tidak,” katanya. Sementara itu, Datuk Red berkata dia tidak mahu perkara itu menjadi isu di masa hadapan apatah lagi berkaitan dengan hukum. “Soal dosa pahala ini saya yang akan tanggung. Saya sudah ada banyak dosa, jadi saya tak nak tambah lagi. Kalau saya tak failkan dan tiba-tiba saya atau Adira berkahwin lain, itu akan menyusahkan. Ini bukan pasal tak ‘move on’, tapi berkaitan hukum,” katanya. Apabila ditanya mengapa pengesahan lafaz rujuk itu dibuat hampir setahun perceraian, Datuk Red enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. “Itu kena tunggu 16 Februari nanti kerana saya tak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Kita tunggu sahaja perbicaraan yang akan dijalankan secara tertutup,” katanya. Sumber: BH Online, Rotikaya
|
ADVERTISEMENT