|
Penyanyi Mark Adam meluahkan rasa syukru dinobatkan pemenang tempat keempat di pentas akhir Gegar Vaganza musim ke-12 pada Ahad lalu.
Memetik Astro Gempak, Mark berkata menerima segala ketentuan dengan hati terbuka serta menyifatkan menang tempat keempat adalah rezeki buat dirinya. “Saya sentiasa ada reda. Saya belajar perkara itu dalam Islam. Saya percaya sebelum persembahan ini, sebelum final ini, Allah sudah bagi rezeki kepada masing-masing. Hidup kita sudah ditentukan. “Saya sangat bersyukur dapat pergi ke final dan dapat nombor empat. Bukan senang. Siapa pun yang menang tempat pertama, kedua atau ketiga, itu adalah rezeki mereka. Dan ini rezeki saya,” katanya. Sementara itu, Mark zahirkan penghargaan buat isteri tercinta yang menjadi tulang belakang dan sumber kekuatannya. Malah, Mark berkata berjaya berada di final dan memenangi tempat keempat adalah hadiah buat isterinya. “Saya memang untung. Saya memang untung dapat isteri seperti isteri saya. Saya tak tahu nak cakap apa. Isteri saya sentiasa ada di belakang saya, uruskan saya, walaupun sebelum masuk GV lagi. “Kemenangan sampai ke final, tempat keempat dan nombor satu sebagai ikon, semua ini adalah hadiah untuk dia. “Isteri saya adalah dunia akhirat saya. Dia hanya seorang. Bagi saya, isteri saya adalah syurga saya. Sampai ke akhir hayat, insya-Allah. Till Jannah. I love you,” katanya. Sumber: Astro Gempak, Rotikaya
|
ADVERTISEMENT