CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berdasarkan pengetahuan Adira, tiada rujuk berlaku – Peguam

20-1-2026 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2261| Komen: 31

 



Penyanyi Adira Suhaimi menafikan dakwaan berlaku lafaz rujuk dengan bekas suami, usahawan Datuk Seri Adnan Abu Bakar pada Mei 2024.

Perkara tersebut dimaklumkan peguam syarie Nor Saidah Zakaria yang mewakili Adira selain menegaskan pengesahan lafaz rujuk yang didakwa berlaku secara lisan itu tidak diketahui oleh selebriti berkenaan selaku defendan.

“Pihak defendan menerima saman pengesahan lafaz rujuk daripada plaintif pada 18 Disember 2025 dan hari ini kami hadir bagi memasukkan wakalah (perwakilan) peguam dan pembelaan sementara Adira menafikan dakwaan rujuk tersebut.

“Dakwaan plaintif menyatakan lafaz rujuk berlaku pada Mei 2024, namun berdasarkan pengetahuan Adira, tiada rujuk berlaku,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sebutan kali pertama pengesahan lagaz rujuk di Mahkamah Syariah Daerah Gombak Barat di sini hari ini.

Dalam pada itu, Adira juga turut menerima notis peringatan daripada peguam Adnan yang meminta ahli keluarga menurunkan sebarang hantaran berkaitan kes pengesahan lafaz rujuk tersebut dalam yang dimuat naik dalam media sosial sebelum ini.

“Hari ini kami baru sahaja masukkan pembelaan.

Keputusan semuanya akan diputuskan pihak mahkamah selepas kedua-dua belah pihak memberi keterangan,” ujarnya.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat menetapkan 16 Februari depan sebagai perbicaraan pertama pengesahan lafaz rujuk yang difailkan usahawan Datuk Red terhadap Adira.

Red memfailkan pengesahan rujuk di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada Disember tahun lalu.

Untuk rekod, Red dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 namun perkahwinan berakhir dengan perceraian pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 3. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 20-1-2026 04:20 PM
tak paham aku msalh depa ni, dh cerai tapi tak end2
Quote gekkou 20-1-2026 04:24 PM
dia lafaz kat mana?
kalau laki lafaz rujuk, perempuan tak setuju,
jadi kah rujuk?

laki ni gila talak ka apa?
perempuan tu pun kalau tak mau rujuk
tegas lah cakap tamau
jgn p layan atas alasan anak2
kot laki terasa diberi harapan
Quote hazlya 21-1-2026 06:06 AM
Kalau lelaki buat lafaz rujuk, wajib dituruti. Bila isteri tau je dan tak setuju, kena terus buat laporan kat mahkamah. Kawan aku ex laki dah la perangai cam haram. Pastu menyusahkan turun naik court takmo lafaz cerai. Alih2 dah cerai dia pegi buat permohonan rujuk. Tu pon kawan aku tau sebab lawyer dia bgtau. Bukan nak rujuk pon tapi nak menyusahkan kawan aku turun nak court lawan ex dia. Berabis duit ngan cuti lagi
Quote ReginaGeorge 21-1-2026 06:32 AM
hazlya replied at 21-1-2026 06:06 AM
Kalau lelaki buat lafaz rujuk, wajib dituruti. Bila isteri tau je dan tak setuju, kena terus buat la ...

Selfishnya lelaki mcm tu. Mentang2 talak dibibir mereka, rujuk pun kuasa mereka. Senang wenang saja wanita dibola-bolakan.
Quote lasagna 21-1-2026 08:40 AM
aduhhh igt setlle dah semua..
dtg pulak kes rujuk plak..
moga ko tabah laa adira dpt ex camni.
Quote Minami2013 21-1-2026 09:00 AM
Meols pun baru tau rujuk pun kuasa suami sbb kes kenalan. Kenapa la nk susah kan isteri. By the way, tgk adira baru nk enjoy life buat sky diving bagai.
Quote kimbora 21-1-2026 11:20 AM
Tokred ni tolong lah sedar adira tu memang nampak sangat dah tak nak kat kau. Takyah lah susah2 nak rujuk, orang tu memang dah tak hingin, kau je terhegeh tak malu.
Quote aleesyasofia 21-1-2026 11:27 AM
Edited by aleesyasofia at 21-1-2026 11:29 AM

patutlah iolss ada baca kes kat thread pasal rujuk.. rupanya sebab kes ni juga kan..

peragai hansuang jantan hamprak ni memang jantan tak guna menyusahkan perempuan..

dan tak adil kalau rujuk tu tanpa pengetahuan isteri pun dikira sah.. ni iols refer kisah kat thread tu.. yg dia dah kawin kali kedua.. dh 9 thn ada anak tp, kena bubar sebabnya perkahwinan pertama masih sah sebab berlaku rujuk tp tanpa pengetahuan perempuan tu..

kes2 kawin, cerai dan rujuk ni memang byk aniaya org perempuan..
balik pada kes adira ni.. harapnya berpihak kat adira.. yang org perempuan tak suka lagi mahu terhegeh2.. nak rujuk bagai.. ni sejenis sakit hati menyusahkan perempuan.. bukan sebab sayang pun..
Quote jiwakacau06 21-1-2026 11:54 AM
aleesyasofia replied at 21-1-2026 11:27 AM
patutlah iolss ada baca kes kat thread pasal rujuk.. rupanya sebab kes ni juga kan..

peragai hansua ...

Gila babi punya jantan...kawin kali ke 2 dekat siam ke..xda attach surat cerai...
Quote Joysparta 21-1-2026 11:56 AM
Mana ada adil. Semua pihak kat jantan. Berat sebelah
Quote NazRysha 21-1-2026 11:58 AM
ada persetubuhan kot
Quote boudinniA 21-1-2026 12:09 PM
hazlya replied at 21-1-2026 06:06 AM
Kalau lelaki buat lafaz rujuk, wajib dituruti. Bila isteri tau je dan tak setuju, kena terus buat la ...

Memang betul2 aniaya orang perempuan. Tunggu lafaz cerai lama, dah cerai lelaki buat hal lagi konon nak rujuk tanpa pengetahuan dan persetujuan isteri.
Isteri tak setuju rujuk, kena turun naik mahkamah lagi. Berhabis duit dan buang masa nak selesaikan hal rujuk ni pula.
Lelaki2 macam ni apa kisah. Kalau dalam tempoh tu theyols nak kahwin lain pun boleh. Itu belum masuk hal nafkah anak2 lagi.
Lelaki2 yang nak aniaya bekas isteri seronoklah buat macam ni.
Quote aleesyasofia 21-1-2026 12:18 PM
jiwakacau06 replied at 21-1-2026 11:54 AM
Gila babi punya jantan...kawin kali ke 2 dekat siam ke..xda attach surat cerai...

bukan mcm tu..

perempuan tu dah cerai dengan suami pertama dan dah jadi bekas suami pun.. lepas dah cerai dah sah cerai kira memang tak ada hubungan dah.. tak berapa lama kemudian perempuan tu kahwin lain.. hasil perkahwinan kedua anak anaklah.. selepas 9 thn perkahwinan kedua tu dia dapat tahu dia masih isteri orang sebab perkahwinan pertama masih sah.. (mcm mana dia dapat tahu dah lupa) sebabnya bekas suami dia tu dah rujuk tapi tanpa persetujuan dan tanpa pengetahuan perempuan tu.. naik turun mahkamah.. perkahwinan kedua perempuan tu terpaksa dibubarkan.. dia cakap.. nasib baik anak tu masih boleh nasab dengan suami kedua.. apa yang berlaku seterusnya.. iolss tak tahu..

aja giler sistem kahwin kat malaysia ni.. mmg aniaya perempuan..
Quote aleesyasofia 21-1-2026 12:22 PM

kalau berlaku persetubuhan rasanya tak ada isu.. sebab rasanya ramai saja perempuan tahu kalau berlaku persetubuhan dalam tempoh idah tu dikira rujuk.. kes yg berlaku sekarang ni kebanyakan lafaz rujuk tanpa pengetahuan dan persetujuan si perempuan tu.. sebab lafaz tu bukan perbuatan.. kalau persetubuhan tu perbuatan.. jadi bila lafaz tu lelaki saja yang tahu.. kalau dia lafaz rujuk kat depan si perempuan tu tak timbul isu sebab si perempuan boleh rujuk terus ke pejabat agama..

ni apa yang iolss faham daripada situasi yang berlaku.. kalau salah mohon ampun
Quote asfaz 21-1-2026 12:29 PM
Ada pulak jantan haprakk ni duit lantik loyer. Ai perasan jantan haprak ni timbul dgn isu rujuk lepas adira kata hati terbuka utk lelaki lain.Cmtu la lebih kurang ayatnya.Pastu tiber timbul isu rujuk. Kenapa tak dari dlu?
Quote tipah89 21-1-2026 02:22 PM
jantan ni dia buang bini Pertama mcm tu je, aku tengok mmg sedih bétul tin red kena serai..tapi dgn dira kemain terhegeh2 ekk dia ni siap rujuk segala lah.
Quote jiwakacau06 21-1-2026 02:29 PM
aleesyasofia replied at 21-1-2026 12:18 PM
bukan mcm tu..

perempuan tu dah cerai dengan suami pertama dan dah jadi bekas suami pun.. lepas d ...

Pelik jugak...sbb rujuk patut ada sijil dia...makhamah malaysia mmg xadil untuk pmpuan...
Quote kalchi 21-1-2026 02:33 PM
Harap tinred bahagia dgn.partner baru. Jantan gila pompuan ni selayaknya end up alone. Dah susah baru tau langit tinggi rendah.
Quote katak hijau 21-1-2026 02:36 PM
asfaz replied at 21-1-2026 12:29 PM
Ada pulak jantan haprakk ni duit lantik loyer. Ai perasan jantan haprak ni timbul dgn isu rujuk lepa ...

Itulah. Pastu merata mintak simpati orang
Sesuai la dgn nama Red
Redflag

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.036971 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top