CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharnaaz Ahmad Tetap Hormat Bekas Isteri Biarpun Dah Berpisah - “Saya boleh cakap Nabila tak pernah bersikap kurang ajar"

20-1-2026 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1734| Komen: 22

 



Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dia tidak terasa apabula ada yang mempersoalan tindakannya menegur segelintir pencipta kandungan agar tidak menjadikan isu ‘takut bini’ sebagai konten.

Memetik Harian Metro, Sharnaaz berkata perceraiannya dengan bekas isteri iaitu Noor Nabila kerana tiada persefahaman.

“Saya bercerai dengan Nabila 100 peratus sebab benda lain dan ia mengenai persefahaman dan tiada kena mengena tentang tak hormat dan sebagainya.

“Saya boleh cakap Nabila tak pernah bersikap kurang ajar sampai macam mereka yang muat naik video kontroversi kerana dia tak pernah buat macam itu.

“Kami bercerai kerana tiada persefahaman, tapi hubungan kami masih okay sampai sekarang dan tiada masalah pun,” katanya.

Sementara itu, Sharnaaz berkata hubungannya dengan Nabila masih baik serta bekerjasama membesarkan anak tunggal mereka iaitu Jebat Jayden.

“Kami okay sahaja sahaja dan dia pun tahu saya pergi mana pun. Malah, saya akan tolong jaga anak kalau dia ada urusan termasuk dia tolong ‘orderkan’ makanan sekali. Kami tak pernah ada masalah.

“Kalau saya ada teman wanita atau jika dia ada teman lelaki dan sudah berkahwin lain pun, saya tetap akan hormat pada suaminya.

“Bagi saya, kalau kita sudah ada tahap kematangan dan saling memahami itu, insya-Allah, tiada masalah dalam hubungan,” katanya.

Sumber:Rotikaya

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 20-1-2026 11:45 AM


SSKJP ..... kaki buli


Dolu dolu Attah keledek teruk kena buli. kesiannnn
Quote ZORRO5555 20-1-2026 11:50 AM
So???Nak rujuk ke
Quote sweetfasha 20-1-2026 01:27 PM
so rujuklah.. kalau dah baik dan tak pernah kurang ajar
Quote adeqbun 20-1-2026 01:28 PM
Wow...
Quote Bebawang 20-1-2026 01:50 PM
Selalu terbayang gmbar dia duduk celah peha lakinya. Eee geli
Quote Perawankota 20-1-2026 02:04 PM
Mesti dia sebenarnya sayang gila kt ex-wife.
Quote lazim 20-1-2026 02:18 PM
Tak percaya lansung. Sejenis klrha ckp lepas mulut tajam xkan la mamu xpernah kena sergah. Haha
Quote nanasno 20-1-2026 03:31 PM
bukan pasal nakafoh 500?

selalu nampak nabila ni keluar asik la gym attire. shaznaz ni mmg selalu pegi gym kt publika ni dengan ada PT pempuan kat situ selalu nampak jalan sekali. nabila ni pun sama pakai gym attire dok jalan kat publika. tak tau la pi gym yang sama ke lain.
Quote ajeajelah 20-1-2026 03:34 PM
lazim replied at 20-1-2026 02:18 PM
Tak percaya lansung. Sejenis klrha ckp lepas mulut tajam xkan la mamu xpernah kena sergah. Haha

Comel anak nabila.
Quote thelilyallen 20-1-2026 04:32 PM
nanasno replied at 20-1-2026 03:31 PM
bukan pasal nakafoh 500?

selalu nampak nabila ni keluar asik la gym attire. shaznaz ni mmg selalu  ...

Dah sexy ke badanny? Or masih bagak sadooo
Quote Duta lover 20-1-2026 04:41 PM
Asek ckp pasal bekas bini je. X malu ke. Move on please.
Quote cmf_jeangrey 20-1-2026 05:49 PM
lazim replied at 20-1-2026 02:18 PM
Tak percaya lansung. Sejenis klrha ckp lepas mulut tajam xkan la mamu xpernah kena sergah. Haha

Sergah menyergah dan herdik tu masih dikira lemah lembut dlm kamus theyol..mamu pun kerja dok herdik org tak tentu pasal dlm YT heol dulu..sepadan la dua ketul ni


Quote doubleA 20-1-2026 08:43 PM
Nanas ni dengan nabilah kecut habis
Quote jihyomelly 20-1-2026 09:09 PM
elok la anak antu penang pun mulut lebih kurang so sekufu la..patut nikah blk je sbb korang sgt sepadan
Quote Mimo.mimo 20-1-2026 09:55 PM
Semoga nikoh semula
Quote awenda507 21-1-2026 02:49 AM
Puji melangit nampaknya
Quote anggeriklatifah 21-1-2026 10:49 AM
Nikoh jelaaa duo ore nihhh
Quote Joysparta 21-1-2026 12:01 PM
Bebawang replied at 20-1-2026 01:50 PM
Selalu terbayang gmbar dia duduk celah peha lakinya. Eee geli

Ye yang mengendeng2 tu. Erkkkk
Quote zeitabaei 22-1-2026 09:37 AM
mamu mcm frust nabila ada bf baru yg mcm xda kerja je..ngekor je kak nab p holiday

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.115607 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top