|
Kuala Lumpur, 19 Januari 2026 – Kerajaan Persekutuan hari ini mengumumkan bahawa tapak baharu bagi Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman telah siap disediakan, selaras dengan usaha memastikan kelangsungan amalan keagamaan semua pihak serta mengekalkan keharmonian antara agama di Wilayah Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Hannah Yeoh, memaklumkan bahawa pembangunan Masjid MADANI dan proses pemindahan kuil yang terlibat sedang dilaksanakan secara terancang, berlandaskan undang-undang, serta mengambil kira sensitiviti masyarakat berbilang agama. Garis Masa Kelulusan Kerajaan telah mempercepatkan penyempurnaan semua kelulusan berkaitan pemindahan kuil, dengan pencapaian berikut: • 17 September 2025 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan Pelan Bangunan pihak kuil. • 5 Disember 2025 – Tapak baharu digazetkan sebagai Rumah Ibadat Bukan Islam. • 14 Januari 2026 – Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKTWPKL) mengeluarkan Kebenaran Membina Bangunan di atas tanah berkenaan. Penyelarasan Operasi Mesyuarat penyelarasan bersama semua agensi dan pihak berkaitan akan diadakan pada 19 Januari 2026 bagi memperincikan langkah pemindahan serta pembinaan kuil. Kerajaan turut menegaskan bahawa perbincangan rapat dan berkala akan diteruskan selepas Perayaan Thaipusam bagi memastikan pelaksanaan berjalan dengan teratur dan penuh rasa hormat. Penghargaan Kepada Pihak Terlibat Menteri Wilayah Persekutuan turut merakamkan penghargaan kepada mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, serta bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Sharif, atas kejayaan menyediakan tapak baharu untuk kuil ini. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada YB Gobind Singh Deo, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, dan Tan Sri Dato’ Sri Dr. SA. Vigneswaran atas komitmen bersama dalam memastikan keharmonian masyarakat Kuala Lumpur. Semangat Pentadbiran Wilayah Persekutuan Pendekatan ini mencerminkan semangat pentadbiran Wilayah Persekutuan dalam mengurus perbezaan secara matang dan berhemah, dengan menekankan prinsip saling menghormati serta mendahulukan kepentingan bersama. Ia selaras dengan nilai kasih sayang sesama insan yang menjadi teras pentadbiran MADANI. Sumber - VOICE
|

Skuau replied at 19-1-2026 04:01 PM
A buat kt tmpt B....A dpt pampasan.
B buat kt tempat C.... B dpt pampasan.
C buat kt tempat A...C dp ...

jika kerajaan pun tak tegas dengan undang-undang, apa guna undang2?
ADVERTISEMENT