|
Pelakon Rita Rudaini menjelaskan jumlah nafkah anak sebanyak RM3,000 yang dibayar oleh bekas suaminya, Aidil Zafuan, ditetapkan berdasarkan keadaan dan keperluan ketika anak-anak mereka masih kecil. Menurut Rita, keputusan tersebut dibuat melalui mahkamah ketika anak-anaknya masing-masing berusia setahun dan tiga tahun, dengan jumlah nafkah itu hanya melibatkan keperluan asas. “RM3,000 ikut kemampuan yang dia (Aidil) minta di mahkamah untuk tanggung susu, lampin dan makanan anak-anak sahaja yang ketika itu anak-anak umur setahun dan tiga tahun,” katanya. Dalam pada itu, Rita turut menafikan dakwaan bahawa dia menghalang Aidil daripada bertemu anak-anak mereka. “Tak payah lah buat cerita tak bagi jumpa anak-anak. Saya setuju datang tengok anak-anak setiap minggu, kenapa tak buat?” “Bila anak sudah besar dan tak mahu jumpa jangan fitnah mak dia pula. Terima sahaja balasan Allah, baru di dunia, anak-anak tak mahu,” katanya lagi. Untuk rekod, semua kes mahkamah membabitkan tuntutan nafkah anak, mutaah dan iddah yang dikemukakan Rita terhadap Aidil telah diputuskan pada tahun 2017. Mahkamah sebelum ini memerintahkan Aidil membayar nafkah anak sebanyak RM3,000 sebulan bermula Januari 2015. Selain itu, beliau turut diarahkan membayar mutaah berjumlah RM30,000 pada Oktober 2015. Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 sebelum sah bercerai pada 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 16, dan Airit Qaqa Arjuna, 14 tahun. Sumber: Beautifulnara |
angin_menderu replied at 19-1-2026 01:08 PM
Jap konpius sbnarnya Aidil ni bayar ke tak nafkah kat dia sbb tak habis habis merentan nafkah anak. ...
asfaz replied at 19-1-2026 01:12 PM
Bayar rm3k ikut perintah mahkamah. Royani nk lebih ,g la buat tuntutan baru kan.
Tp dgn statement ...
angin_menderu replied at 18-1-2026 07:08 PM
Jap konpius sbnarnya Aidil ni bayar ke tak nafkah kat dia sbb tak habis habis merentan nafkah anak. ...


prince_marhaen replied at 19-1-2026 02:02 PM
Bayar, tapi rate 10-15 taun lepas, sebulan RM3k tu, untuk dua orang. Aidil kata tu je dia mampu, w ...
brainbiru replied at 18-1-2026 08:18 PM
"tapi masalahnya dia (ex-laki) yang cut off hubungan ngan anak dia, no meet, no call or whatsoever ...
KamikuP replied at 19-1-2026 12:12 PM
Mujur dia pernah kawen dengan personaliti tv/sukan yg kembo tu tak dapat anak dan ada perintah mahka ...
ADVERTISEMENT