CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Brunei Perkenan Pilih Pakar Jantung IJN, Dr Azmee Ghazi Sertai Pasukan Perubatan Jalani Pembedahan

19-1-2026 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1397| Komen: 23

 



Pada 18 Januari lalu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah selamat menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan di Jerudong Park Medical Centre.

Menerusi kenyataan rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri Brunei Darussalam, dimaklumkan bahawa selepas prosedur tersebut berjaya dilaksanakan, Baginda kini bersemayam dan berehat di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan.

Loading FB Post...


Dalam prosedur berkenaan, seorang pakar jantung dari Institut Jantung Negara (IJN), Dr Azmee Ghazi, yang juga Ketua Kardiologi dan Pengarah Perkhidmatan Kegagalan Jantung, telah dipilih untuk menyertai pasukan perubatan Baginda.

“Pemilihan ini mencerminkan kepercayaan tinggi terhadap kepimpinan klinikal dan kepakaran pakar IJN dalam memberikan tahap penjagaan yang tertinggi.

“Undangan untuk menyumbang tenaga bersama pasukan perubatan pakar Baginda merupakan satu pengiktirafan profesional yang amat bermakna.

“Ia sekali gus memperkukuh kedudukan IJN sebagai pusat kecemerlangan serantau, dengan kepakaran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi rawatan kardiovaskular yang kompleks dan bertaraf tinggi, hasil daripada pengalaman berdekad-dekad, pencapaian klinikal yang terbukti, serta piawaian yang tiada kompromi,” menurut kenyataan rasmi IJN.

Pada masa sama, penyertaan Dr Azmee dalam pasukan perubatan tersebut dilihat sebagai bukti kepimpinan beliau dalam bidang kardiologi lanjutan serta pengurusan kegagalan jantung, di samping mencerminkan komitmen berterusan IJN dalam melahirkan pakar perubatan yang memenuhi penanda aras antarabangsa tertinggi.


Sumber: Beautifulnara
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 19-1-2026 12:09 PM
bapak sapa ni? leh kelim lelaju.. herlok, cerdik, complete pekej
Quote pearl.silver 19-1-2026 12:24 PM
Cadar bunga2 biru
Quote ZORRO5555 19-1-2026 01:20 PM
Handsome jugak doctor tu .
Quote afie_m 19-1-2026 04:39 PM
untung dr, terpilih tu
Quote NazRysha 19-1-2026 05:23 PM
ingatkan dr beni
Quote imthegirl 19-1-2026 05:33 PM
amboi cadar macam cadar shoppee zaman 2016 yg print 3d tu
Quote Incanto 19-1-2026 07:33 PM
Kitty_catz replied at 19-1-2026 12:09 PM
bapak sapa ni? leh kelim lelaju.. herlok, cerdik, complete pekej

sedara jauh bapak aku...2 nd cousin camtu lah

aku jumpa setahun sekali masa raya

dia baik, sgt humble.

dia dgn wife kecik comey je...mcm budak sekolah
Quote Suchi 19-1-2026 07:56 PM
Kenapa katil sepital dia cam selesa jer
Quote bottombikini 19-1-2026 09:34 PM
dia memang suka yer persekitaran berbunga..
contoh: tudung wife yg berbunga
Quote nisako 20-1-2026 08:00 AM
cadar mcm beli kt kedai murah je haaaaaaaaaa
Quote Kitty_catz 20-1-2026 08:35 AM
Incanto replied at 19-1-2026 11:33 AM
sedara jauh bapak aku...2 nd cousin camtu lah

aku jumpa setahun sekali masa raya

waaa sure family ang pun smua herlok2 belake ekk
Quote Decaffeinated 20-1-2026 08:46 AM
ada hospital yang tanya kalau patient nak bawa bantal sendiri.
Quote asdiv 20-1-2026 09:51 AM
Hebat la
Quote dak_abu 20-1-2026 11:40 AM
Kitty_catz replied at 19-1-2026 12:09 PM
bapak sapa ni? leh kelim lelaju.. herlok, cerdik, complete pekej

Rendang la Dr ni..
Muka herlok, wife cantek
Quote anakencana 20-1-2026 12:36 PM
Edited by anakencana at 20-1-2026 12:40 PM
imthegirl replied at 19-1-2026 05:33 PM
amboi cadar macam cadar shoppee zaman 2016 yg print 3d tu


haahaa..old skol jua taste hospital ni.. tapi sekali pandang mcm corak Elsa Frozen The Princesss.. biru biru gitu.. Royal Blue kekdahnya
Quote Incanto 20-1-2026 01:10 PM
Kitty_catz replied at 20-1-2026 08:35 AM
waaa sure family ang pun smua herlok2 belake ekk

idok ler.....dr ni je

dia pulun semua genes bagus
Quote imthegirl 20-1-2026 01:36 PM
anakencana replied at 20-1-2026 12:36 PM
haahaa..old skol jua taste hospital ni.. tapi sekali pandang mcm corak Elsa Frozen The Princesss.. ...

berangkut dari istana la tu
Quote Buritan 20-1-2026 02:30 PM
Incanto replied at 19-1-2026 07:33 PM
sedara jauh bapak aku...2 nd cousin camtu lah

aku jumpa setahun sekali masa raya

Kim salam sbb hensem hahaha
Quote Kitty_catz 20-1-2026 03:56 PM
dak_abu replied at 20-1-2026 03:40 AM
Rendang la Dr ni..
Muka herlok, wife cantek

alamak.. rendang bebeno ke..?  kut dpt wife tinggi leh perbaiki keturunan ahahah

tp katanya wifu pun come lotey

ok la sama2 rendang

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.060350 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top