|
Pelakon Sweet Qismina berkongsikan dia pernah mengalami situasi sukar untuk mengubah persepsi seseorang terhadap mereka yang sudah berlakon sejak dari kecil. Menerusi hantaran di Insta Story, Sweet berkata dia turut memahami perasaan dirasai pelakon Mia Sara serta berharap industri seni dapat memberi peluang untuk membawakan watak dewasa seiring usia. “Ini perasaan saya dlu dan perlukan masa bertahun-tahun untuk dapatkan kepercayaan orang (sampai sekarang). Saya harap ramai orang akan cuba untuk terima mereka yang masih tersekat sebagai pelakon kanak-kanak. “Kami tak dapat nak ubah size dan wajah muda kanak-kanak kami tetapi tanpa pengalaman dan peluang untuk melakonkan pelbagai watak, bagaimana kami ingin bertambah baik? Pengalaman mematangkan kita kan? “Kalau boleh bagi rezeki dekat pelakon-pelakon baru dan bagi mereka belajar berlakon kat set, apa salahnya buat yang sama pada mereka yang dah berlakon sejak muda,” tulisnya. Sementara itu, Sweet turut menitipkan nasihat buat mereka yang berlakon sejak kecil perlu belajar dari bawah kerana lakonan dewasa berbeza dengan yang dilakonkan ketika kanak-kanak. “Percaya dan beri peluang. Yang dah berlakon sejak kecil pula, kena mula dari kosong. Jadi padi, belajar untuk jadi yang terbaik. Jangan rasa kita dah berlakon dari kecil, kita dah cukup masak. Tidak, lakonan dewasa tak sama seperti kita kanak-kanak. “Saya Pernah berada di situasi tersebut. Tak senang. Sampai sekarang saya masih kena belajar. Selebihnya, berserah pada Allah. Saya faham awak, Mia. Semoga Allah buka rezeki awak dan yang lain-lain,” tulisnya. Sumber: Rotikaya
|
tigerads replied at 19-1-2026 11:22 AM
jgn dok rasa menyanyi drp kecil ada byk album n byk lagu kita dh blh sebaris dgn penyanyi lain...
h ...
supernaturalee replied at 19-1-2026 04:08 PM
contohi bell
despite his size & looks, tawaran sentiasa ada dari umur tak sampai 10 tahun until now ...
adelea replied at 19-1-2026 04:20 PM
Bell ni tak meminta
Mia ni , tak appreciate pon zaman remaja to be reall talent, dia sendiri te ...
delia3003 replied at 19-1-2026 09:12 PM
I suka Sweet ni dulu masa jadi pelakon kanak², antara yang pandai berlakon. Tapi betul la, pelakon ...
ADVERTISEMENT