CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jenazah Nadia Kesuma dikebumikan di Jeddah selepas subuh – Suami

19-1-2026 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 571| Komen: 2

 



Jenazah pelakon Allahyarham Nadia Kesuma, 50, akan dikebumikan selepas subuh waktu Jeddah.

Perkara itu dimaklumkan suami Allahyarham, Profesor Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, menerusi hantaran terkini di akaun Facebooknya.

“Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan rakan arwah) serta telah disembahyangkan. Saya sendiri menunaikan solat jenazah dan menjadi imam.

“Alhamdulillah. Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh (waktu Jeddah jam 5.44 pagi, bersamaan 10.44 pagi waktu tempatan),” tulis beliau.

Muhammad Kamarul berlepas ke Jeddah petang semalam bersama anak perempuannya, bagi menguruskan jenazah Nadia yang berada di Hospital King Fahad.

Media sebelum ini melaporkan, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadia Kasumawati Abdul Karim, meninggal dunia pada Khamis lalu, iaitu hari sama beliau dilaporkan hilang di Jeddah.

Sebelum ini, berita kehilangan Nadia timbul ketika beliau menyertai pakej lawatan Umrah-London-Paris bersama 20 peserta lain di yang dianjurkan oleh Nuh Travel & Tours Sdn Bhd.

Jemaah berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah, seterusnya ke London dan Paris sebelum kembali ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah.

Berita kehilangan Allahyarham pada awalnya dimaklumkan pelakon Anne Abdullah.

Bagaimanapun pada Sabtu, suami Allahyarham mengesahkan pemergian isterinya.

Allahyarham meninggalkan tiga anak berusia 11 hingga 15 tahun.


Sumber: Buletin TV3


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 19-1-2026 10:33 AM
cmne TA tu lmbt mklum?
Quote imransulaiman 19-1-2026 03:40 PM
kelip2_07: cmne TA tu lmbt mklum?

Agaknya dia terpisah daripada kumpulan...lepas tu cardiac arrest dan terus dikejarkan ke hospital King Fahd.

Pernah jadi masa kat sana...seorang pakcik terpisah dari kumpulan kami masa solat di Masjidil Haram. Nak dijadikan cerita, pakcik tu pengsan...terus dibawa ke hospital. Semalaman pakcik tu tak balik hotel. Mutawif kami terus check ke hospital. Alhamdulillah pakcik tu ada di sana...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.071893 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top