CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ammar Ahyan Pelik Asyik Dihon, Shahida Puji Anak Bawa Porsche Ikut Had Laju 60km/j

19-1-2026 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 716| Komen: 9

 


Usahawan Datin Seri Shahida berkongsikan kisah lucu mengenai anak sulungnya, Ammar Ahyan yang sering dihon pemandu lain ketika di jalan raya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shahida berkata Ammar memberitahu dia pelik sering dihon sedangkan dia sudah mematuhi had laju ditetapkan.


“Orang asyik hon Ammar je, sampai tak faham kenapa pemandu-pemandu suka hon Ammar? Sedangkan Ammar tengok dekat papan tanda tulis 60 km/j, jadi Ammar bawalah 60 tapi orang asyik hon je,” kongsi Shahida.

Shahida bagaimanapun berkata kemungkinan pemandu-pemandu lain mempunyai urusan penting atau tergesa-gesa mahu tiba ke destinasi sehingga membunyikan hon.

Bagaimanapun, Shahida berkata dia lega melihat anaknya membandu kereta pada kelajuan yang terkawal.


“Saya beritahu dia, pagi-pagi orang kelam kabut nak pergi kerja jadi mereka tak ikut dah had laju yang ada kat papan tanda.

“Tapi saya nasihatkan untuk dia terus memandu 60 km/j, saya suka dia bawa kelajuan itu bila naik Porsche. Bukan apa, sebab risaukan keselamatan anak,” katanya.


Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 19-1-2026 02:48 PM
anak tok lip yang ni mmg sejenis nmpk ikut buku punya budak...klu buku kata A..dia x kan jadi B....
Quote prince_marhaen 20-1-2026 08:33 AM
I don't think he is that innocent... hehehehehehheehehe
Quote lasagna 20-1-2026 08:39 AM
hihi klakor btul, kita tgu amaryan tak tahan nk kencing atau berak nti..
tgk dia tekan ke tak pedal minyak kete tu..
zommmmmmm..
Quote Kancilkering 20-1-2026 09:22 AM
kalu rebel ni mau cut off terus
Quote nuhanis 20-1-2026 09:26 AM
sebab anak orang kaya

terus jadi cute2 comel eh kalau lurus bendul

cer anak orang misekin, mesti kata hegeh2

tapi budak ni ok la, belum ada vibe2 meluat

apak dia je bila naik syaih jadi meluat. waktu normal, ok.
Quote slyfynx 20-1-2026 09:32 AM
bukan nk cite anak baik pun, nk cite porsche je.
family ni mmg aku x pernah husnuzon
Quote prettyuglybabe 20-1-2026 11:10 AM
kau nak bawak laju ke slow ke, lantak..
tapi ikut kiri jika tak memotong..
Quote sharfox 21-1-2026 09:58 AM
Porsche tu kereta show off, nak ikut had laju kalu, naik Bezza, Axia je.
Quote alien88 21-1-2026 11:12 AM
iolls tak kisah kalau bawak setakat 60 km/j, tp jgn duduk di lorong kanan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.902268 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top