CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Nadia Kesuma Ada Cakap Memang Nak Meninggal Di Sana” - Anne Abdullah

19-1-2026 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 568| Komen: 2

 



Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS), Anne Abdullah mendedahkan sahabat baiknya, Allahyarham Nadia Kesuma pernah meluahkan hasrat untuk meninggal dunia di Tanah Suci.

Memetik BH Online, Anne berkata Nadia memberitahu perkara itu ketika mereka menunaikan umrah bersama pada 2022 dan mengatakan alangkah seronok jika ditakdirkan meninggal dunia di sana.

“Pertama kali arwah pergi umrah bersama saya pada 2022. Ketika itu, dia memang cakap seronok dapat sampai ke sana dan tidak sabar untuk pergi. Dia ada beritahu memang mahu meninggal di sana. Dia kata seronok kalau kita dapat meninggal di sana dan mahu berdoa banyak-banyak,” katanya.

Menurut Anne lagi, pemergian Allahyarham disifatkan sebagai ketentuan Ilahi yang penuh makna, tidak semua insan terpilih untuk meninggal dunia di sana.

“Allah terima doa dia. Bukan semua orang terpilih untuk meninggal di sana, tapi sebab dia seorang yang sangat baik, adik yang sangat baik, saya juga tak mampu hendak cakap apa-apa,” katanya.

Sementara itu, Anne berkata hasrat keluarga untuk bertemu kembali dengan Allahyarham akhirnya dimakbulkan walaupun dalam situasi yang tidak disangka.

“Menurut suaminya, Allahyarham pergi dalam keadaan tenang, seperti yang dimaklumkan pihak doktor selepas arwah dibawa ke sebuah hospital di Jeddah,” katanya.

Sumber: BH Online, Rotikaya


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 19-1-2026 01:32 PM
Anne Abdullah ni macam kaki menempel
Quote BoongaKertas 19-1-2026 03:31 PM
salam takziah kpd keluarga arwah. cuma tertanya2 kenapa part family dpt info lmbt? bukan ada ejen sekali ke pergi?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.286898 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top