|
KUALA LUMPUR: Ketua DAPSY Kebangsaan, YB Woo Kah Leong mencetuskan perdebatan hangat politik apabila mempersoalkan soal maruah kepimpinan dalam parti lawan susulan keputusan Datuk Dr Akmal Saleh meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka.
Dalam satu kenyataan terbuka di media sosial, Woo melontarkan soalan sinis mengenai jumlah pemimpin dalam UMNO yang sanggup melepaskan jawatan kerajaan atas dasar prinsip dan maruah. “Satu soalan sahaja, berapa pemimpin bermaruah dalam kalangan parti kamu yang sudah letak jawatan?” soal beliau. Woo turut membangkitkan persoalan sama ada ketiadaan tindakan sedemikian menunjukkan pemimpin parti terbabit hanya lantang bersuara tetapi enggan berkorban jawatan dan kuasa. “Kalau tak ada, adakah itu bermaksud kesemua yang pegang jawatan kerajaan dalam parti kamu adalah tidak bermaruah, sembang kencang dan takut hilang jawatan?” katanya lagi. Beliau turut mengakhiri kenyataannya dengan nada keras, menggesa pihak yang dikritik supaya bersikap lebih matang dan berani. “Be a man, don’t be a crybaby,” tegas Woo. Kenyataan tersebut dibuat sebagai reaksi terhadap pengumuman Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh yang memaklumkan akan meletakkan jawatannya sebagai Exco Melaka bagi memberi fokus kepada perjuangan politik dan prinsip parti. Kenyataan Woo itu segera mengundang reaksi bercampur dalam kalangan warganet, dengan sebahagian melihatnya sebagai cabaran terbuka terhadap keikhlasan pemimpin politik yang berada dalam kerajaan, manakala sebahagian lain menganggapnya sebagai serangan politik berunsur provokasi. Sumber : Demirakyatchannel
|
plywood replied at 16-1-2026 05:24 PM
bodolah dapsy... keadaan sekarang umno tu dah terbelah sebahagian terus sokong kerajaann atau tarik ...
L.U.S.M replied at 19-1-2026 09:22 AM
Ni taktik pecah perintah je...DAP nk cina terus sokong dorg umno plak tgh nk tawan blk kepercayaan o ...
ardent91 replied at 19-1-2026 10:25 AM
kalo pas yg memerintah, negara kita jadi maju ke wei?
L.U.S.M replied at 19-1-2026 11:02 AM
Dh knp ko assume pas yg kne perintah?
nway skrg ni bkn pas yg perintah pun kita slump...ape cite ...
plywood replied at 16-1-2026 05:24 PM
bodolah dapsy... keadaan sekarang umno tu dah terbelah sebahagian terus sokong kerajaann atau tarik ...
ardent91 replied at 19-1-2026 06:01 PM
matawang naik, national carrier mas untung..
berbondong2 syarikat luar masuk nak invest dalam neg ...


L.U.S.M replied at 19-1-2026 07:17 PM
Delusional sgt ko ni...duit kita masih lg kat takut sama..xturun pun..dulu 3.80 now nk cecah 4.20 ...
ardent91 replied at 20-1-2026 10:54 AM
kes kampung baru tu memang owner tanah tu yg nak jual kat developer.. contoh cam anak arwah kak pa ...


ADVERTISEMENT