CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Hulu Selangor mahu hospital, bukan ladang babi - Dr Sathia

16-1-2026 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 812| Komen: 10

 


Isu pemindahan ladang babi ke Bukit Tagar terus mendapat perhatian, namun bagi pemimpin tempatan di Hulu Selangor, keutamaan pembangunan di kawasan parlimen tersebut seharusnya tertumpu kepada kemudahan kesihatan yang keperluannya mendesak.

Penyelaras Pakatan Harapan (PH) parlimen Hulu Selangor, Sathia Prakash Nadarajan berkata, walaupun dia menghormati keputusan kerajaan negeri untuk menyusun semula industri penternakan tersebut, keperluan sebuah hospital di daerah itu jauh lebih kritikal. 

"Saya menghormati keputusan kerajaan negeri (mengenai Bukit Tagar), tetapi perkara paling penting di Hulu Selangor sekarang adalah sebuah hospital.

"Penduduk di parlimen berkenaan sudah lama mendambakan akses perubatan yang lebih dekat dan efisien. Itu adalah keperluan mendesak rakyat di sini," katanya kepada Malaysiakini.

 



Terdahulu, dia diminta mengulas keputusan kerajaan negeri memindahkan ladang babi ke Bukit Tagar yang terletak bawah kawasan parlimen Hulu Selangor. 

Isu ini timbul susulan pengumuman kerajaan negeri Selangor untuk memindahkan operasi penternakan babi dari Tanjung Sepat, Kuala Langat ke Bukit Tagar–lebih 130km dari lokasi asal.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim sebelum ini menjelaskan bahawa Bukit Tagar dipilih kerana lokasinya yang jauh dari penempatan penduduk dan berhampiran tapak pelupusan sampah. 

Langkah itu diambil bagi menyelesaikan masalah pencemaran bau, lalat, dan air sungai yang menghantui penduduk di Kuala Langat sejak sekian lama.
ADS

Cadangan tersebut turut mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang menzahirkan kegusaran terhadap kualiti hidup rakyat di Kuala Langat akibat pengurusan ladang sedia ada yang tidak teratur.

Baginda bertitah agar operasi di Tanjung Sepat dihentikan secara beransur-ansur dan dipindahkan ke pusat penternakan moden berteknologi tinggi di Bukit Tagar yang tidak melibatkan dana awam.

Sultan Sharafuddin juga menegaskan penternakan di kawasan baru itu mestilah hanya untuk kegunaan rakyat bukan Islam di Selangor dan bukan untuk tujuan eksport.

Izham dalam kenyataannya di Facebook turut mempertahankan keputusan itu dengan menyatakan bahawa kawasan Bukit Tagar adalah "kawasan yang makhluk lain pun tak sanggup tinggal," bagi menepis dakwaan bahawa ia akan mengganggu penempatan kaum tertentu. 

Sementara itu, Sathia yang juga ketua cabang PKR Hulu Selangor menjelaskan bahawa kepadatan penduduk di Hulu Selangor kini mencecah lebih 300,000 orang, namun mereka masih bergantung kepada kemudahan kesihatan di luar daerah. 

Menurutnya, ketiadaan hospital besar menyebabkan penduduk terpaksa menempuh perjalanan jauh ke Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang atau Hospital Slim River di Perak jika berlaku kecemasan.

Baginda bertitah agar operasi di Tanjung Sepat dihentikan secara beransur-ansur dan dipindahkan ke pusat penternakan moden berteknologi tinggi di Bukit Tagar yang tidak melibatkan dana awam.

Sultan Sharafuddin juga menegaskan penternakan di kawasan baru itu mestilah hanya untuk kegunaan rakyat bukan Islam di Selangor dan bukan untuk tujuan eksport.

Izham dalam kenyataannya di Facebook turut mempertahankan keputusan itu dengan menyatakan bahawa kawasan Bukit Tagar adalah "kawasan yang makhluk lain pun tak sanggup tinggal," bagi menepis dakwaan bahawa ia akan mengganggu penempatan kaum tertentu. 

Sementara itu, Sathia yang juga ketua cabang PKR Hulu Selangor menjelaskan bahawa kepadatan penduduk di Hulu Selangor kini mencecah lebih 300,000 orang, namun mereka masih bergantung kepada kemudahan kesihatan di luar daerah. 

Menurutnya, ketiadaan hospital besar menyebabkan penduduk terpaksa menempuh perjalanan jauh ke Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang atau Hospital Slim River di Perak jika berlaku kecemasan.

"Parlimen Hulu Selangor adalah kawasan yang sangat besar, malah saiznya lebih besar daripada keseluruhan negeri Melaka.

"Sebagai perbandingan, Melaka kini mempunyai tiga buah hospital kerajaan, tetapi Hulu Selangor yang sebesar ini masih belum mempunyai satu pun hospital sendiri.

"Jarak untuk mendapatkan rawatan kecemasan buat masa ini memang sangat jauh," katanya yang juga seorang doktor dan pemilik jaringan klinik di Lembah Klang.

Kesemua lokasi itu terletak kira-kira 45 minit perjalanan.

Katanya, penduduk Hulu Selangor berharap agar kerajaan negeri dan persekutuan mengambil keputusan yang munasabah antara keperluan industri dan hak penduduk untuk mendapatkan kemudahan kesihatan yang setara dengan saiz parlimen tersebut.


Sumber: Malaysiakini
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 16-1-2026 11:11 PM
Terbaek doktor!
Quote Purestteam1 17-1-2026 07:03 AM
kesihatan lagi penting.. agree
Quote TeropongThaico 17-1-2026 10:29 AM
Setuju sgt
Yg melayu sibuk pasal babi... Memalukan
Quote Minami2013 17-1-2026 12:01 PM
Sudah la tempat pelupusan sampah.. bagi lagi kandang babi. Bagus doktor ni sound kerajaan.

Tanya diri sendiri la kalau kawasan rumah yg kita beli dan duduk, tiba2 nak buat kandang babi secara besar besaran... sanggup ke kita? Janji la guna kaedah tercanggih ke ape, tak da pencemaran bau, air.. tetap ada risiko...even reban ayam pun tak sanggup, apatah lagi la babi.
Quote Decaffeinated 18-1-2026 03:42 PM
dipindahkan ke pusat penternakan moden berteknologi tinggi di Bukit Tagar yang tidak melibatkan dana awam.

kenapa doktor ni konar minta hospital, nak suruh peladang babi tukar profession ka?
Quote B40tastePosh 18-1-2026 03:44 PM
Decaffeinated replied at 18-1-2026 03:42 PM
kenapa doktor ni konar minta hospital, nak suruh peladang babi tukar profession ka?

Daging Babi ni import jelah dari Rusia. Kenapa sampai nak buka ladang babi.

Malaysia ni negara Tropika, mudah terkena dan tersebar wabak.
Quote sharlenetexas 18-1-2026 04:41 PM
Punyalah sial. Rakyat nak hospital tapi dia bagi ladang babi.


Quote Minami2013 19-1-2026 08:05 AM
1000115452.jpg

Lagi nk expose penyakit kat org tak makan babi.
Quote pocongkiutss 19-1-2026 08:10 AM
Alhamdulillah..contoh penyokong politik yg WARAS

Mana yg sokong ladang babi tu..pi la.melobi buat kt tmpat chuols..tak pun bg tanah chuols tu pajak buat ternak babi..wowzerr
Quote bulan_gerhana 19-1-2026 11:44 AM
lahh nak buat kat bukit tagar pulakkk.. ater camne la rupanya berteknologi tinggi tu.. resmi babis ni mmg suka duk dlm lumpur.. makannya pun.. ui no komen..x dpt nak gambarkan.. yb selangor ambil ilmu dari jepun kot..

huhu iols tingat la tahun 1998 dulu... zaman wabak JE... semua babis ni kene dilupuskan dikawasan tjg sepat, batu laut sampai ke area Bukit pelandok, N9 sana sbb wabak ni la... zaman ni iols tgh study kat joho. bertahun lamanya penternakan babis ni dikawasan sana.. sejak wabak JE tu la.. rasa lega sikit.. walau pantai belah morib sampai ke bagan lalang ni byk yg berlumpur.. x secantik di PD.. tapi kami ni dari kecik dimomokkan dgn cerita.. jgn mandi di morib, batu laut sampai ke tjg sepat.. semuanya ade najis babis.. sampai nak tangkap kerang pun kami ragu weyy.. dah 20 tahun.. aman2.. timbul pulak nak buat balik bela di kawasan yg sama.. tutup kisah bela ni di kuala langat sebab tuanku sultan selangor dah komen minta yb buat rumah dia sama untuk tau betapa sengsaranya rakyat kuala langat dulu.. almarhum sultan selangor sebelum ni mmg syg sgt kuala langat.. sbb istana hinggap ade di morib (tempat open house masa raya ).. dan istana2 lama ada di jugra dan kg bandar..

negeri ku ni mmg la maju (walau dah bermastautin di negeri sebelah).. tapi cumanya kenapa la nak membesarkan industri bela babis ni pula.. tinggi sgt ke pulangannya.. ke sbb permintaan tinggi jadi ini peluang peningkatan ekonomi negeri.. setinggi mana pun terknologi nya.. mesti ade juge buruknya kann .. entah lah.. susah nak komen.. sbb dah lama tinggalkan pentadbiran negeri ni dahh

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.144052 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top