CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua pegawai tertinggi ATM dijangka didakwa minggu depan - Azam Baki

16-1-2026 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 660| Komen: 7

 




PUTRAJAYA – Dua pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka didakwa di mahkamah pada minggu hadapan melibatkan kes rasuah membabitkan tender perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan dijangka siap seterusnya akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya Isnin depan.

“Kita akan mencadangkan untuk pertuduhan ke atas dua individu berkaitan kes tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, bekas pegawai tertinggi ATM dibebaskan daripada tahanan reman pada Isnin lalu, manakala kedua isterinya turut dilepaskan selepas tamat proses reman.

Dalam pada itu, Azam berkata, siasatan melibatkan beberapa pegawai kanan ATM yang sedang dilaksanakan ketika ini diklasifikasikan sebagai berprofil tinggi selain perlu diberi keutamaan disiapkan segera.

Azam berkata, pihaknya juga mengambil tanggungjawab penuh bagi memastikan siasatan berkenaan diselesaikan secepat mungkin.

“Hal ini memandangkan sensitiviti kes tersebut serta kepentingan maklumat kepada orang awam.

“Saya dengan rendah hati menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab kami untuk menyelesaikan siasatan ini secepat mungkin,” katanya.

Selain itu, katanya, beliau juga tidak menerima sebarang arahan atau direktif daripada mana-mana pihak sepanjang siasatan dijalankan.

“Setiap kes mempunyai keunikan tersendiri dan tidak boleh disamakan antara satu sama lain.

“Dalam kes ini, tanggungjawab itu terletak kepada saya dan saya sendiri telah mengklasifikasikannya sebagai kes berprofil tinggi yang memerlukan tindakan segera kerana rakyat perlu mengetahui status sebenar kes ini,” katanya. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 16-1-2026 11:16 PM
Yang mintak pencen tu keww?
Quote bunnyj3lly 18-1-2026 04:12 PM
Tok Azam buat HIFU ekk..

Spek pun tak pakai dah. Mata merah sebab lasik tak settle down lg kot..
Quote sharlenetexas 18-1-2026 04:37 PM
tumpanglalu74 replied at 16-1-2026 11:16 PM
Yang mintak pencen tu keww?

Bila agaknya giliran azambelen?


Quote Zazama 18-1-2026 10:20 PM
Bukan setakat dua je.. ada je yg lain2.
Quote helicornia 19-1-2026 08:04 AM
Edited by helicornia at 19-1-2026 08:06 AM

Deleted
Quote helicornia 19-1-2026 08:06 AM
bunnyj3lly replied at 18-1-2026 04:12 PM
Tok Azam buat HIFU ekk..

Spek pun tak pakai dah. Mata merah sebab lasik tak settle down  ...

Baru nk ckp.rambut dia pun tkde uban noks wpun dh melepasi umo pencen 60 thn
Quote bunnyj3lly 19-1-2026 10:25 AM
helicornia replied at 19-1-2026 08:06 AM
Baru nk ckp.rambut dia pun tkde uban noks wpun dh melepasi umo pencen 60 thn

Tak boleh nk buat major changes sangat. Tengok mata merah menyala tu pun lama downtime tu kalau buat lasik tu. Tak sempat nak rehat sbb tengah big scandal now.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.132137 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top