CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

‘Palakpuelat nama dia’ – Michelle Yeoh bakal bintangi Avatar 4, 5 yang akan ditayangkan pada 2029 dan 2031

16-1-2026 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 239| Komen: 0

 


PENGARAH terkenal James Cameron mendedahkan aktres kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh bakal membintangi filem arahannya, Avatar 4 akan datang.

Menurut Cameron, pihak produksi sudah merakam beberapa babak untuk Avatar yang sebahagiannya menampilkan Yeoh sebagai salah seorang pelakon.

“Michelle Yeoh sememangnya akan muncul dalam Avatar 4 jika filem itu benar-benar diteruskan.

“Industri perfileman kini berada dalam keadaan suram dan Avatar 3: Fire and Ash menelan belanja yang sangat besar. Kami perlu mencapai kejayaan untuk meneruskannya.

“Kami bukan sahaja perlu berjaya, malah perlu mencari jalan untuk menghasilkan Avatar 4 dengan kos yang lebih rendah supaya dapat bergerak ke hadapan,” katanya dalam satu temu bual bersama TVBS News Jepun.

Bukan sahaja Avatar 4, dia juga memberi bayangan Yeoh bakal muncul dalam Avatar 5.

“Yeoh akan muncul dalam Avatar 4 dan Avatar 5 serta akan memegang watak menggunakan teknologi ‘performance-capture’.

“Nama wataknya ialah Palakpuelat dan Yeoh merupakan seorang Na’vi,” ujarnya.

Avatar 4 dijangka ditayangkan di pawagam pada 2029 dan Avatar 5 pula pada tahun 2031.

Yeoh bakal bergandingan dengan barisan pelakon francis Avatar seperti Zoe Saldana, Sam Worthington, Sigournet Weaver dan Stephen Lang. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.941264 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top