CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sekali bersin sama kelajuan 160km/j, kalau tahan boleh pekak - PHM

16-1-2026 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 58| Komen: 1

 



Tindakan menahan bersin dengan cara memicit hidung dan menutup mulut yang dianggap sopan oleh sesetengah individu, sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada kesihatan kepala serta leher.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, tabiat menahan bersin terutama ketika berada di pejabat atau mesyuarat boleh menyebabkan tekanan udara tinggi ‘meletup’ kembali ke dalam tubuh.

“Ramai yang rasa malu untuk bersin kuat. Jadi mereka tutup mulut rapat-rapat dan picit hidung, bersin ‘di dalam’. Nampak sopan, tetapi dari sudut perubatan ia sangat berbahaya,” menurut PHM.

PHM menjelaskan, satu bersin boleh bergerak pada kelajuan sehingga 160 kilometer sejam (km/j) dengan tekanan udara yang sangat kuat bagi menyingkirkan kuman, habuk dan bahan asing daripada sistem pernafasan.

Bagaimanapun, PHM berkata, apabila semua laluan keluar udara iaitu hidung dan mulut ditutup, tekanan tersebut tidak dapat dilepaskan malah ia akan berpatah balik ke dalam badan dikenali sebagai ‘backfire’.

“Ia boleh pecah gegendang telinga dan menyebabkan pekak serta-merta. Selain itu kesannya boleg koyakkan saluran tekak, udara bocor masuk ke celah tisu leher serta akibatkan salur darah mata pecah dan mata jadi merah menyala.

“Jangan jadi terlalu sopan sampai sanggup cederakan diri. Kalau rasa nak bersin, lepaskan sahaja. Cuma pastikan anda bersin pada siku atau tisu bukan sembur kat muka bos (orang lain),” pesan PHM.

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 16-1-2026 12:37 PM
kalau kentut pulak berapa top speed?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.034797 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top