CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak perempuan hilangkan diri lepas berhutang dengan 20 along, ahli keluarga ketakutan

16-1-2026 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 992| Komen: 11

 



KUALA LUMPUR – Sebuah keluarga hidup dalam ketakutan selepas anak perempuan mereka didakwa melarikan diri selepas membuat pinjaman daripada 20 along membabitkan jumlah keseluruhan RM20,000.

Menurut Heng, 61, anak perempuannya, Lai, 37, juga tidak dapat dihubungi sejak pertengahan Disember tahun lalu.

Dakwanya, sebelum menghilangkan diri, Lai dipercayai telah membuat pinjaman daripada beberapa individu tanpa pengetahuan keluarga.

“Along yang terlibat turut mengugut akan menyebarkan gambar anak saya dan menantu lelaki yang dikatakan diseksa, selain mendedahkan butiran peribadi mereka di media sosial jika hutang tidak dilunaskan,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Persatuan Cina Malaysia (MCA) di sini, hari ini.

Dalam kes berasingan, Chia, 53, berkongsi pengalaman keluarganya menjadi mangsa ugutan selepas adik lelakinya membuat pinjaman RM30,000 daripada along dan kemudian melarikan diri.

Chia berkata, rumah mereka disimbah cat hijau dan merah sebagai amaran.

“Adik saya keluar dari rumah Jun tahun lalu. Tanpa pengetahuan kami, dia memberikan maklumat peribadi kami seperti kad pengenalan, nombor telefon dan alamat rumah sebagai penjamin.

“Along turut mengugut mahu menyebarkan gambar serta membakar rumah dan kereta kami. Keselamatan diri dan keluarga kini menjadi kebimbangan utama,” ujarnya.

Wanita itu berkata, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi bertanggungjawab terhadap hutang adiknya bagi mengelakkan terus terheret dalam masalah along. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuuu 16-1-2026 12:28 PM
Nasib x baik,org lain berhutang orang lain pulak kena tanggung...kes kedua tu lagi malang setan punya adik,dh berhutang satu hal ko g sebarkan pulak maklumat peribadi ahli keluarga lain...patut along tu cari adik tu n jual je organ dia untuk bayar hutang
Quote hayrin86 16-1-2026 04:43 PM
Siapa suruh membuat pinjaman dengan ceti haram
Quote ninja boy 16-1-2026 05:09 PM
Apa sgt 20k tu, kesian makpak dah tua, hujung2 cari mca utk kasi selesai
Quote plywood 16-1-2026 05:21 PM
aku terfikri juga apa yg akan mca buat...

adakah dia akan tolong bayar hutang tetapi pada kadar bunga yang munasabah

adakah lepas press conference mca tdk berbuat apa-apa lepas itu..

klu tak buat apa2... apa peranan mca kepada mangsa along selain sidang akhbar, bagi bagi tau semua orang sbg pelajaran dan biarkan mangasa..


aku confuse... tp aku rasa, mungkin ada tabung milo mca yang boleh dikorek untuk tolon orang2 spt ini....
Quote ZORRO5555 16-1-2026 05:58 PM
Anak x guna
Quote gigahertz 17-1-2026 12:18 AM
hayrin86: Siapa suruh membuat pinjaman dengan ceti haram

Judi la tu. ada filem hongkong lakonan Anthony Wong tahun 1990an bini kaki judi.
kesian gila
Quote anggeriklatifah 17-1-2026 02:06 AM
Anak tak gunaaa..elok.tangkap je..bagi je kat ahlong tu suruh hapuskan je
Quote TomyamPuteh 17-1-2026 06:36 AM
Nape tak cari guan jeng?atau menteli gumuk kaki tonggang?diorg kan kuat bekap type C
Quote balakkampung 17-1-2026 09:04 AM
Edited by balakkampung at 17-1-2026 05:11 AM

kesian mak bapak nya.
Quote TeropongThaico 17-1-2026 10:16 AM
Demi 20k je pun sanggup aniaya mak bapak.... Hantu punya anak
Quote tumpanglalu74 17-1-2026 12:06 PM
Umor 37 ni kalo nak jual jadi ayam pon dah tak laku..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.196125 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top