|
BANGKOK – Seorang calon perdana menteri Thailand mencuri perhatian selepas mencadangkan supaya wanita dibenarkan mempunyai sehingga empat orang suami atas nama kesaksamaan gender, lapor portal berita VnExpress sermalam.
Pemimpin Parti Alternatif Thailand, Mongkolkit Suksintharanont berkata dalam satu hantaran Facebook kelmarin bahawa jika masyarakat benar-benar menyokong kesaksamaan, wanita sepatutnya dibenarkan berkahwin dengan lebih daripada seorang suami. Namun, katanya, ia mesti dengan syarat semua pihak yang terlibat memberikan persetujuan. Cadangan itu dengan pantas menarik perhatian netizen dan meningkatkan reputasi Mongkolkit sebagai tokoh yang terkenal dengan idea luar biasa serta provokatif. Portal berita Thailand, Khaosod menyatakan, ahli politik itu sebelum ini pernah mengemukakan pelbagai cadangan sensasi. Ia termasuk rancangan menubuhkan ‘pasukan angkasa’ Thailand dalam tempoh sebulan selepas memegang jawatan, menawarkan insentif tunai kepada wanita bagi meningkatkan kadar kelahiran dan mengaitkan kenaikan gaji dengan kewajipan bersenam setiap hari bagi rakyat berusia. Kenyataan tersebut dibuat ketika Thailand bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum pada 8 Februari ini sekali gus menyaksikan negara itu akan melantik perdana menteri baharu buat kali keempat dalam tempoh hanya tiga tahun. Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, mengumumkan pembubaran parlimen pada 11 Disember tahun lalu, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya awal. – AGENSI
|
wnwa05 replied at 16-1-2026 10:16 AM
aje gile....sorang pun tak larat nak layan asyik penat je kalau 4 lelaki tak bangun lah longgar lutu ...
wnwa05 replied at 16-1-2026 10:16 AM
aje gile....sorang pun tak larat nak layan asyik penat je kalau 4 lelaki tak bangun lah longgar lutu ...

tapi kenapa 4???back in the days raja2 kerabat diraja pembesar2 orang2 kaya sume pon ada gundik bukan takat 4 tapi sampai berpuluh...dh alang nk moden tu biar jelah pompuan tu yg tentukan,tapi the real problem is adakah lelaki yg sanggup terima isteri dia ada lelaki lain???
airfilterkotor replied at 16-1-2026 03:26 PM
Dah satu hal nak kena test yang lahir tu benih bapak yang mana satu.


supernaturalee replied at 16-1-2026 04:06 PM
mcm filem mamma mia!
Suchi replied at 16-1-2026 12:28 PM
Biar betul?Bukan ke biasanya pompuan yg ok je tidak takda la industri pelendirian di lorong2 tu
Pe ...
plywood replied at 16-1-2026 05:33 PM
feminis dithailand lebih extrem dari barat... terus cadang perempuan ada 4 suami.
knp 4, bukan 5 at ...
Firenzza replied at 16-1-2026 08:54 PM
Dpt plk 1 tok laki yg ada kot€ saiz nala punya , yg 3 laki lg tu plk saiz pensil Ikea mmg yg 3 tu ...

ADVERTISEMENT