CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misi Global Sumud Flotilla 2.0 mula cari sukarelawan

15-1-2026 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1466| Komen: 23

 



PETALING JAYA – Gerakan Sumud Nusantara mula mencari sukarelawan bagi menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0)

Menurut kenyataan di media sosial Sumud Nusantara Official, ia sebagai persiapan untuk lebih daripada 100 buah bot bagi menjayakan misi berkenaan.

“Dalam beberapa minggu dan bulan yang akan datang, kami akan membuat persiapan untuk lebih daripada 100 buah bot bagi misi GSF 2.0.

“Sekiranya anda mempunyai pengalaman yang relevan serta kelapangan masa, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda dalam pasukan kami,” kata kenyataan itu, hari ini.

Antara posisi yang ditawarkan adalah mekanik juruelektrik kapten kapal dan kru kapal berpengalaman.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Kerajaan Madani akan terlibat secara langsung dalam misi GSF 2.0 yang bakal membabitkan penyertaan lebih 80 negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika menerima kunjungan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center, Datuk Sani Araby, baru-baru ini di Perdana Putra.

Turut serta pada pertemuan itu adalah Ketua Aktivis Kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia bersama Pengasas Sumud Nusantara, Nadir Al-Nuri. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 15-1-2026 06:03 PM
Korang dah tanya ROHINGYA ke tak ni???
Quote sharlenetexas 15-1-2026 06:09 PM
Good luck!


Quote newamericanjack 15-1-2026 06:49 PM
The tom hardy sheepskin coat. stands out for its high-quality leather, soft lining, and iconic design.
Quote KamikuP 16-1-2026 11:50 AM
Hahahha.. si Helmi's bersaudara pasti terpaling sukarelawan dan juga bini si rambut kembang tu. joinT sekali. ekekek
Quote cikdot 16-1-2026 11:56 AM
ada yg komen suh reporter FMT si rex tan tu pegi sekali. hahaha..bagus gak tu experience dulu then baru boleh nak mengomen lol
Quote prince_marhaen 16-1-2026 12:03 PM
"Sekiranya anda mempunyai pengalaman yang relevan serta kelapangan masa..."

Yang takde job tetap sebagai artis macam badik beradik terpaling tutup litop tu boleh la join lagi...kan terpaling dapat hadiah ipong.. hahaha
Pastu si panik attack tu boleh la suh laki biawak rambut kembang tu join sekali...

Quote Prickford 16-1-2026 12:50 PM
KamikuP replied at 16-1-2026 03:50 AM
Hahahha.. si Helmi's bersaudara pasti terpaling sukarelawan dan juga bini si rambut kembang tu. join ...

Serious, yg 3 ni mmg buat iolls skeptikal. Tak pasti la mmg betul2 nak bagi bantuan atau nak tunggang. Yg tu dah start menunggang sampai jual air dah tu.
Quote ninja boy 16-1-2026 05:32 PM
Dark tourism pengalaman belayar menuju gaza sambil berkompang
Quote ZORRO5555 16-1-2026 05:57 PM
Cadangan : Rizalman Ibrahim Ponen tua
Quote Rdizz 16-1-2026 10:33 PM
KamikuP replied at 16-1-2026 11:50 AM
Hahahha.. si Helmi's bersaudara pasti terpaling sukarelawan dan juga bini si rambut kembang tu. join ...

Haha

Dah terbyg muka 3 org tu terpaling aktivis sumud. Gila glamer.
Quote Rdizz 16-1-2026 10:37 PM
Edited by Rdizz at 16-1-2026 11:09 PM
prince_marhaen replied at 16-1-2026 12:03 PM
Yang takde job tetap sebagai artis macam badik beradik terpaling tutup litop tu boleh la join lagi. ...


Haha setuju, agaknya diaorg tu yg dulu isi borang, dpt sponsor. Dah ada cop kat dahi - aktivis felestin - tak sabar nk berflotila lagi agaknya.
Quote becir 17-1-2026 01:20 AM
farahli tudung tshirt join lagi kah. lepas ni leh style kain batik jadi tudung lak
Quote Decaffeinated 18-1-2026 03:47 PM
masih ingat aku kena maki dalam forum sebab kata semud kemud semua ni propa ja kata nak hantar makanan dan ubat

hidup lagi ka mamat tu

Quote sharlenetexas 18-1-2026 04:38 PM
Rex tan tanak join?


Quote sharlenetexas 18-1-2026 04:38 PM
ZORRO5555 replied at 16-1-2026 05:57 PM
Cadangan : Rizalman Ibrahim Ponen tua

Rex tan


Quote sharlenetexas 18-1-2026 04:39 PM
Dr fauziah rileks je join baru. Takde pun nak megah2. Makin dia tunduk. Yang muda2 ni mcm nak action je lebih. Cakap pun merapu.


Quote TOPwind 19-1-2026 01:38 PM
Yang untung Israel

yg kena tangkap boleh di buat hamba sex

harta kena rampas - free lagi.
Quote Dwdrum 19-1-2026 02:21 PM
Kena tiada mission selamat kan palestine lalui rafah?... Lebih thrill lebih selamat tidak perlu confront idf/iof... Contront Egyptian terus... Hehe
Quote NazRysha 19-1-2026 05:02 PM
kenapa nak kerja pergi lagi bukan dapat masuk pun

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.073075 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top