CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tangan Atas Riba, Kata Saya Kacak Muka Jambu” - Zaki Yamani Dedah Pernah Berdepan Individu Cuba Lakukan Gangguan Seksual

15-1-2026 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1222| Komen: 15

 



Penyanyi Zaki Yamani mendakwa dia juga pernah berdepan pengalaman apabila ada individu dalam bidang produksi cuba melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Memetik BH Online, Zaki berkata kejadian itu berlaku ketika dia masih bersekolah dan bertemu dengan individu berkenaan atas urusan kerja.

Bagaimanapun, Zaki mendakwa individu tersebut melakukan tindakan mengejutkan apabila meletakkan tangan di atas ribanya ketika mereka berdua-duaan di dalam sebuah bilik.

“Ketika itu saya sedang bekerja dan diminta bertemu seseorang. Dia memanggil saya masuk ke bilik, saya sangka berkaitan kerja, tetapi tindakannya mula lain.

“Dia sentuh saya, tangannya berada di atas riba saya dan memuji kata saya kacak serta muka ‘jambu’. Perkara itu buatkan saya sangat tidak selesa,” katanya.

Menurut Zaki lagi, dia terus keluar daripada bilik berkenaan tanpa berfikir panjang selepas mengetahui individu tersebut mempunyai niat lain.

“Daripada situ saya tahu dia bukan mahu tawarkan kerja, tetapi ada niat lain. Saya terus bangun dan keluar. Nasib baik ibu saya berada di kawasan itu, jadi saya terus beritahu kepadanya,” katanya.

Dalam pada itu, anak kepada Datuk Jamal Abdillah itu berkata selepas kejadian itu dia lebih berhati-hati dan akan sentiasa ditemani ibunya.

“Sekarang ini, kalau ada kerja yang tiba-tiba panggil ke bilik atau tempat tertutup, saya akan bawa ibu. Saya lebih selesa kalau dia ada,” katanya.

Sumber: BH Online, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedak_Carrie 15-1-2026 05:59 PM
Jantan ke betina yg nak meraba2 tu?
Quote ninja boy 15-1-2026 06:21 PM
Penyepak penampar kan ada, motif jantan mak teman kehulu hilir takut jantan
Quote noor2 15-1-2026 07:46 PM
Subhanallah..hensem budak ni
Quote red_velvet 15-1-2026 10:49 PM
Budak ni memang hensem.. Nyanyi2 pun spm dia 6A.. Menjadi juga lah emak dia bela... Cuma tak tu further study ke tk skrg ni.
Quote Farnor 16-1-2026 02:31 AM
gilo punya pedo...celakalah hidup korang...
Quote MistrezHermanaz 16-1-2026 11:29 AM
red_velvet replied at 15-1-2026 10:49 PM
Budak ni memang hensem.. Nyanyi2 pun spm dia 6A.. Menjadi juga lah emak dia bela... Cuma tak tu furt ...

6A ye, budak pandai juga la ni..suara dia sekrg dh sebijik mcm suara apaknya
Quote KamikuP 16-1-2026 03:55 PM
Hamboih dekk.. kecik2 dah pandai humblebrag ye kamu..
Saje je kan tunjuk stereng keter... Acik Jamal tengok anak kamu ni... ekekek
Quote Incanto 16-1-2026 04:52 PM
budak ni mmg jambu pun

paling comel antara semua anak JA
Quote af_mania 16-1-2026 07:38 PM
Muka adik comel mcm mana pulak. Sesapa yg gayah pasti geram tgk adik mcm kucing parsi yg comel.
Quote silampumeja 16-1-2026 10:43 PM
Tengok depan-depan memang jambu pon.... Tapi di sentiasa ditemani mak lah...
Quote makcun14 17-1-2026 04:10 PM
biasa anak laki ikut muka mak, tapi dia ni ikut muka bapak. mesti mak heols dalam hati mengimbau zaman bahagia bercinta ngan To Jamal kan bila tengok wajah anak teruna sorang ni sambil bangga ada bakat tok jamal juga
Quote Tinot7 18-1-2026 12:24 PM
Nasib baik berjaya selamatkan diri.. kalau tak, naya..
Quote caca_eric 18-1-2026 01:49 PM
red_velvet replied at 15-1-2026 10:49 PM
Budak ni memang hensem.. Nyanyi2 pun spm dia 6A.. Menjadi juga lah emak dia bela... Cuma tak tu furt ...

Dia ni kan mmg cucu org kaya
Family maknya educated
Maknya pun sama.. sbb tu dia pandai
Quote pocongkiutss 18-1-2026 05:32 PM
caca_eric replied at 18-1-2026 01:49 PM
Dia ni kan mmg cucu org kaya
Family maknya educated
Maknya pun sama.. sbb tu dia pandai

Kenapa la maknya terkawen dgn jamal bedulla tu...eww
Quote ketupatnasi 20-1-2026 09:17 AM
beza betul beliau dengan abangnya... terutama tang hidung

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.351422 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top