|
Pempengaruh media sosial, Betty Rahmad berkongsikan perubahan hidupnya selepas berhijrah dan menghadiri majlis ilmu. Menerusi perkongsian di Threads, Betty berkata pemahamannya berubah dalam memberikan teguran perlulah dalam keadaan lembut dan tidak memalukan. Menurut Betty lagi, dia juga memahami bahawa setiap umat Islam wajib menegur saudara seagama meskipun individu itu bukan ahli agama. “Bila selalu ke majlis ilmu baru faham, setiap umat Islam WAJIB tegur saudara Islam tak perlu tunggu jadi Ustaz atau Ustazah. Tapi dalam keadaan lembut dan tidak memalukan,” katanya. Sementara itu, Betty mengakui sebelum ini dia tahu mengenai halal haram serta berdoa agar Allah melembutkan hati semua untuk menerima kebenaran. Sumber: Rotikaya
|
QueenPlatypus replied at 15-1-2026 06:21 PM
Kalau faham nasihatkan kakak tu jangan suka sangat mengumpat hal orang lain..
sukagosip77 replied at 16-1-2026 12:00 AM
Dia dengan Kakak dia pun sama suka mengumpat
Hari tu tengok dia mkn, tak sopan sama dengan BFF dia ...
KBW2 replied at 16-1-2026 06:15 AM
Set-set deramg ni rajin nunjuk masak dan makan. Sambil-sambil tuh live dan popet, mulut mengunyah, ...
sukagosip77 replied at 16-1-2026 03:29 PM
Tengok video bini syurga bbrp hari lepas mkn mengunyah mulut tak ttup. Depa ni x de adab mkn

ADVERTISEMENT