|
Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa berang apabila video kononnya dia bergaduh dengan bekas isterinya, Uqasha Senrose untuk sebuah program televisyen tular di TikTok sekaligus menimbulkan salah faham. Menerusi satu hantaran di Threads, Kamal turut kesal video tersebut telah dipotong serta meminta untuk memuat naik babak tersebut sampai habis. “Dekat TikTok ada orang muat naik video saya dengan Uqasha bergaduh pssal main futsal. Nak buat fitnah pun agak-agaklah. “Sah-sah itu penggambaran untuk program Astro. Kongsilah klip itu sampai habis,” katanya. Sementara itu, Kamal turut kesal dengan video tular itu apatah lagi dia dan bekas isterinya baru saja bercerai serta meminta agar diberi ruang untuk bertenang. “Bagilah masa dan ruang orang nak tenang. Dah la pakai nama ‘kamal adli’ dekat TikTok. Bodohlah macam ni, sorry,” tulisnya. Sumber: Rotikaya
|
ADVERTISEMENT