|
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memuji pelakon Izara Aishah seorang selebriti kelas A serta membawa aura mahal.
Memetik Utusan Online, Aliff berkata dia tidak sangka Izara menerima tawaran untuk bekerjasama serta menyifatkan aktres itu seorang yang rendah diri. “Dia wanita yang ada kelas dan ada gaya. Lagi saya rasa ‘takut’ nak dekati dia, lagi saya teringin nak bekerjasama. Saya kenal ramai artis, tetapi Izara ada ‘vibes’ yang berbeza, nampak mahal. “Saya tak sangka pun dia sudi terima pelawaan saya. Kita cuba nasib sahaja dan Alhamdulillah, kerjasama ini berjaya direalisasikan. Saya sangkakan dia ‘diva’, tetapi rupanya sangat baik dan merendah diri,” katanya. Sementara itu, Aliff berkata Izara seorang yang profesional serta turut menetapkan syarat serta batasan sepanjang mereka bekerjasama. “Izara menetapkan syarat tersendiri. Kita tahu apa yang boleh dan apa yang tidak. Bila buat video promosi, taklah sampai berjoget atau berpegangan tangan. Saya memang jenis gila-gila, tetapi saya tahu batasan. “Walaupun artis kelas A, cara pembawaan dirinya sangat ‘humble’, macam artis baharu nak mula,” katanya. Dalam pada itu, Izara berkata dia terbuka hati untuk bekerjasama dengan usahawan itu kerana sikap Aliff yang merendah diri serta hormat dirinya. “Datuk sangat menghormati saya dan merendah diri. Cara dia melayan saya membuatkan saya terbuka hati untuk menjalin kerjasama ini,” katanya. Sumber: Utusan Online, Rotikaya
|
bottombikini replied at 15-1-2026 08:06 PM
amboi tak agak2 menggred manusia
mentang2 member tu nantu ct
dgn bibio cucuknya...
azimodin replied at 15-1-2026 08:18 PM
Tu la.. bengkak sentiasa bebio nye. Tu pon supporter cakap overline guna lipstick je. I pon selalu ...
L.U.S.M replied at 15-1-2026 07:24 PM
Mahal celah mana.Artis gred A xdenye pki baju sexy smpi ketek terdedah dh mcm sund4l b4 kawen itu ha ...
sukanyanyi replied at 15-1-2026 09:05 PM
Hahah puhleez. Dia nampak kelas A sbb dia menantu tiri penyanyi no.1 je. Cer kalu kawin ngn nobody ...



ADVERTISEMENT