CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga didakwa tampar, cekik isteri kerana dituduh ada kekasih gelap

15-1-2026 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 781| Komen: 4

 



Batu Pahat: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencederakan isteri dengan menampar pipi dan mencekik leher mangsa yang dituduh menjalani hubungan gelap dengan lelaki lain.

Tertuduh, Ishak Ibrahim, 50, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya berusia 49 tahun di hadapan sebuah kilang di Sri Gading, di sini, jam 7.30 petang, 12 Januari lalu.

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya manakala Seksyen 326A memperuntukkan penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan atas sabitan kesalahan mengikut Seksyen 323.

Berdasarkan laporan, kejadian berlaku ketika mangsa berada di tempat kerja dan didatangi tertuduh yang tidak berpuas hati kerana menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

 Sebelum itu, berlaku perselisihan dan kemuncaknya tertuduh menampar pipi kiri mangsa serta mencekik lehernya menyebabkan wanita itu menangis ketakutan.

Mangsa kemudiannya bertindak membuat laporan di Balai Polis Sri Gading dengan tertuduh ditahan pada jam 12.45 tengah hari, 13 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan.

Susulan pengakuan tidak bersalah, pihak pendakwa memohon mahkamah menetapkan tarikh baru bagi sebutan semula serta menawarkan ikat jamin RM8,000 beserta syarat tambahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu sekali serta tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan termasuk mangsa sehingga kes selesai.

Kes disebut semula pada 13 Februari ini untuk serahan dokumen.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 15-1-2026 04:59 PM
Bercerai jelah, berkahwin bukan bermaksud kongsi segala galanya
Quote ZORRO5555 15-1-2026 05:48 PM
Muka pun nampak kepam baran
Quote Kitty_catz 15-1-2026 06:45 PM
laki hat suka naik tangan kat pompuan ni kompom konek kecikkkkkkkkkkk
Quote KamikuP 16-1-2026 11:48 AM
Hitamnye bibior.. ekekek

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.036546 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top