CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyelia Di denda RM6,500 langgar mati penunggang motosikal

15-1-2026 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 923| Komen: 17

 



Batu Pahat: Mahkamah Majistret di sini, semalam, menjatuhkan hukuman denda RM6,500 terhadap seorang penyelia yang didakwa memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, tahun lalu.

Majistret Arun Noval Dass menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Gue Kok Xin, 30, melalui pertuduhan pilihan mengikut Sekyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas mengambil kira rayuan dan juga hujahan kedua-dua pihak.

Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa memandu lori dalam keadaan cuai di Jalan Simpang Parit Lubok, Semerah di sini, jam 8.15 pagi, 3 Mac tahun lalu.

Hukuman bagi Seksyen 43 (1) ialah denda sehingga RM10,000 dan boleh dikenakan penjara tidak melebihi 12 bulan, jika sabit kesalahan.

 Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan berhubung nahas jalan raya membabitkan dua buah kenderaan yang menyebabkan kematian penunggang motosikal.

Siasatan polis mendapati sebelum kejadian, lori dipandu tertuduh keluar dari simpang untuk Kampung Parit Lubok.

Semasa tiba di lokasi, lori tertuduh dilanggar oleh penunggang motosikal menyebabkan mangsa terjatuh di bahu jalan.

Akibatnya penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kerana cedera parah di kepala dan badan.

Hasil siasatan mendapati tertuduh mengaku memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lil_sparky 15-1-2026 03:59 PM
Patut buat mcm di thailand. Fmly tuntut ganti rugi.
Quote Skuau 15-1-2026 04:08 PM
RM6500???? Manyak mulah...manyak sinang...wa boleh bayar maaaa......
Quote bonggo 15-1-2026 04:15 PM
Gila la bayar denda je murah lak tu. Dah la duit tu dapat kt kerajaan bukannya dpt kt family simati tu. Yg melanggar lepas bayar hidup bebas mcm biasa.

Quote airfilterkotor 15-1-2026 04:21 PM
Famili mangsa boleh saman sivil kann?
Quote midori888 15-1-2026 04:29 PM
skitnyer denda...
Quote B40tastePosh 15-1-2026 04:56 PM
Celah gigi je.
Quote gigahertz 15-1-2026 06:20 PM
ni mesti keluar dair bahu jalan.
Quote FOTHER-MUCKER 15-1-2026 06:58 PM
lil_sparky replied at 14-1-2026 11:59 PM
Patut buat mcm di thailand. Fmly tuntut ganti rugi.

Keluarga si mati memang boleh bawa kes ke mahkamah untuk saman.

Lama dahulu saya tau satu keluarga anak dia pandu motor curi dan tiada lesen memandu meninggal dilanggar oleh pemandu kereta. Keluarga si mati bawa kes ke mahkamah saman pemandu kereta dan menang.
Quote FOTHER-MUCKER 15-1-2026 07:02 PM
Sepatutnya di Malaysia adakan ‘no win no fee solicitors’ untuk golongan yang tidak mampu.
Quote PULANGKAN 15-1-2026 07:03 PM
sedih baca kes camni. takziah pada keluarga mangsa
Quote sayawifenikmie 15-1-2026 07:44 PM
mengapa pertuduhan pilihan pulak ?
bukankah kalau bersalah melanggar mati hukumannya DENDA DAN PENJARA ?
Quote blue_blur 15-1-2026 07:52 PM
kenapa semua undang2 takde ikhtiar mana2 pihak untuk update? sebab malaysian tiada kemampuan?
Quote tumpanglalu74 15-1-2026 08:09 PM
Screenshot_2026-01-15-20-08-25-35_e4424258c8b8649f6e67d283a50a2cbc.jpg

Ini majistretnye..
Quote Purestteam1 15-1-2026 08:26 PM
bangsa tertindas (x semua)
Quote eyansss 16-1-2026 12:22 AM
lil_sparky replied at 15-1-2026 03:59 PM
Patut buat mcm di thailand. Fmly tuntut ganti rugi.

boleh je...  dengan keputusan ni, family boleh hire lawyer untuk tuntutan sivil...
Quote prince_marhaen 16-1-2026 08:04 AM
Sikitnya denda memandu melulu...patut cinkis & mapley tonggang arak boleh lepas. Mati tak mati tu lain cita.
Quote KamikuP 16-1-2026 11:42 AM
Kalau pandai carik loyer, bole saman kepada OKT untuk bayar gantirugi (jika simati hidop hingga umur pencen (60) dan berdasarkan gaji terkini dan ada kenaikan tahunan)

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.085529 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top