CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya dah dewasa, penat masih dianggap budak-budak’ - Mia Sara Nasuha kini cecah umur 21 tahun

15-1-2026 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11896| Komen: 242

 


Pelakon Mia Sara Nasuha meluahkan kekecewaannya apabila sering ditawarkan watak kanak-kanak walaupun usianya kini sudah mencecah 21 tahun.

Luah Mia atau nama lengkapnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 21, situasi tersebut mendorongnya untuk cuba mengubah persepsi segelintir pihak industri yang masih menganggap dirinya sebagai pelakon cilik.

“Usia saya sudah 21 tahun, bukan lagi seorang budak. Saya mahu buang imej kanak-kanak itu, ubah perspektif orang yang masih menganggap saya ini pelakon cilik.

“Sebenarnya saya penat apabila asyik dianggap sebagai kanak-kanak walhal saya sudah dewasa.

“Sampai bila orang mahu menganggap saya ini budak kecil? Saya letih kerana diri saya ini tidak dipandang serius,” katanya kepada Kosmo! Online sambil menitiskan air mata.

 



Pada masa sama, pelakon filem Papa I Love You mengakui imej tersebut menyebabkan dirinya tidak menerima peluang melakonkan watak dewasa.

“Orang tak pandang serius bila kita ini dianggap budak. Pandangan kita tidak didengar, tak ada siapa yang kisah tentang perasaan kita.

“Orang tidak pandang potensi sebenar saya, mereka tak kisah pun pasal kemampuan saya. Disebabkan itu, saya tak diberikan peluang,” ujarnya lagi.

Lebih menyedihkan, Mia mendedahkan tekanan tersebut memberi kesan mendalam terhadap kesihatan mentalnya sejak berusia 15 tahun.

“Terus terang saya katakan, keadaan ini membuatkan mental saya terganggu. Saya berperang dengan masalah ini sejak usia saya 15 tahun.

“Saya harap penerbit dapat melihat yang saya ini mampu membawa watak lain, watak dewasa. Saya tidak mahu asyik ditawarkan watak budak sekolah,” tuturnya.

Bagaimanapun, Mia tidak menolak sepenuhnya watak pelajar sekolah tetapi mengharapkan peluang yang lebih seiring dengan kematangan usianya.

“Jangan salah faham. Saya seronok berlakon dan gembira menerima watak budak sekolah.

“Tetapi keadaan sudah berubah, tiba masanya untuk saya menukar haluan. Saya tak boleh selamanya menjadi kanak-kanak.

“Namun, amat mengecewakan apabila saya masih terperangkap dalam persepsi orang yang masih memandang saya ini sebagai kanak-kanak sedangkan saya sudah dewasa. Sampai bila?,” katanya lagi selepas majlis apresiasi drama TikTok FYP Macam VIP, semalam.

Dalam perkembangan lain, Mia terlibat dalam drama TikTok berjudul FYP Macam VIP bersama barisan bintang lain seperti Rykarl Iskandar, Zaki Yamani dan Serra Kamal. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 15-1-2026 01:03 PM
Dulu dia dgn Aqish berlakon sama2. Skang Aqish tu nmpk mature bebenor. Yang ni still nmpk budak2..
Quote telracs 15-1-2026 01:08 PM
Perawankota replied at 15-1-2026 01:03 PM
Dulu dia dgn Aqish berlakon sama2. Skang Aqish tu nmpk mature bebenor. Yang ni still nmpk budak2..

Pengalaman hidup mereka berbeza... dari fasa kanak-kanak sehingga melangkah ke alam remaja... bagaimana mereka menjalani kehidupan tu yang menjadikan siapa mereka sekarang...
Quote Bergosip 15-1-2026 01:10 PM
Perawankota replied at 15-1-2026 01:03 PM
Dulu dia dgn Aqish berlakon sama2. Skang Aqish tu nmpk mature bebenor. Yang ni still nmpk budak2..

aqish kalau tak makeup pon nampak macam kanak2. tapi, muka aqish sharp jadi bila buat bold makeup. muka nampak matang & sexy. kelebihan aqish dekat mata dia


macam mia, muka dia lembut & comel. mata pulak bulat. tak sesuai bold makeup. dan babyfat cheek dia masih ada
Quote dua_chzy 15-1-2026 01:44 PM
Pelakon kanak2 paling kayu di Malaysia masa mula2 berlakon dulu (kesah la umur masa tu 2, 3 tahun - ko ada nampak obersea pipol macam kpop berlakon camtu?).

Tatau sekarang dah camna.
Quote kaoru44 15-1-2026 02:06 PM
rasanya mmg standard selalu kalau pelakon tu berlakon dr zmn kanak2 kita akan nmpk diaorg macam budak smpai ke tua..haha..tp mia ni mmg muka kebudakan..
Quote fadz84 15-1-2026 02:13 PM
Xde muka & aura heroin drama pukul 7.. huhuhu
Quote A-Are 15-1-2026 02:22 PM
mcm tula kalau jd pelakon kanak2...kadang tu bawak sampai ke tua...mcm bell, tengoklah pelakon2 harry potter, richie rich...sampai ketua org pandang dia pelakon kanak2 & remaja
Quote sukanyanyi 15-1-2026 03:07 PM
A-Are replied at 15-1-2026 02:22 PM
mcm tula kalau jd pelakon kanak2...kadang tu bawak sampai ke tua...mcm bell, tengoklah pelakon2 harr ...

Betol. Pastu hampir semua yg mcmni try hard sesgt nk buang imej kekanak tu dgn cara buat imej daring melampau atau amik watak yg ade bugil2 sume. Even aqish pon tgkla, seksay. Tu psl laju org npk dia bkn kekanak dh. Sorang lg yg mcmni dulu fatinfifah
Quote afie_m 15-1-2026 03:14 PM
nk buat macam mana, dah ko pun terima ja watak budak sekolah..
Quote KamikuP 15-1-2026 03:19 PM
Takyah berlakon le dek, kang kene liwat ngan pengarah.. ekekek
Quote Perawankota 15-1-2026 03:34 PM
telracs replied at 15-1-2026 01:08 PM
Pengalaman hidup mereka berbeza... dari fasa kanak-kanak sehingga melangkah ke alam remaja... baga ...

Ermm… Tapi kenapa dia nak sedih ye, bila orang still nampak dia mcm budak2? Susah nak dpt role ke? Pada aku, klu dia dpt offer utk role budak2 sekolah, amik jer lah klu dh itu rezeki..

Pelakon2 lain tu ramai jer yg muka dah nmpk tua pon masih amik role utk budak2 sekolah or student uni..
Quote makadek 15-1-2026 03:38 PM
teringat aku acik por cakap akish tak comel masa mula2 berlakon..
Quote A-Are 15-1-2026 03:49 PM
sukanyanyi replied at 15-1-2026 07:07 AM
Betol. Pastu hampir semua yg mcmni try hard sesgt nk buang imej kekanak tu dgn cara buat imej dari ...

ya betul...sama macam yg pelakon lelaki aedy ashraf tu..nampakla berubah jd maskulin br banyak job...utk mia mungkin payah sikit, dia mmg baby face ditambah image sopan..xkan nak menyeksi pulak...mcm emma watson, dok menyeksi pon tetap xnampak seksi...
Quote makton 15-1-2026 03:53 PM
kaoru44 replied at 15-1-2026 02:06 PM
rasanya mmg standard selalu kalau pelakon tu berlakon dr zmn kanak2 kita akan nmpk diaorg macam buda ...

terus terbayang Tam Suhaimi. Sampai skrg rasa dia mcm budak2 walaupun dah 40an
Quote L.U.S.M 15-1-2026 03:55 PM
Dia ni masa kecik kemain comel..dh besar awat muka mcm makcik2 xcomel dh
Quote nadie90 15-1-2026 04:21 PM
Edited by nadie90 at 15-1-2026 08:22 AM

Dik, bru umur 21. Just go with the flow. Amik masa nak buang imej kanak2 lagi2 dah berlakon dari zaman kanak2 kan.....kdg bila dah dewasa, ada yg rupa dah nampak matang....ada yg rupa budak2 muda.

Nak keluar dari bayangan imej kanak2 & serius dalam lakonan...sila timba ilmu & rajin2 p audition kat mana2 production yg buat open casting

X sangka lebih berumur dari dik Aqish tu....dik Aqish tu ala rebel & vibe mcm Jenna Ortega....dia xnmpk plain...tu sebab dia boleh explore byk karakter....kdg rajin jugak lyn video dia review produk kat TikTok

Quote NazRysha 15-1-2026 04:21 PM
dia sekarang masih belajar atau dah kerja ?
Quote pearl.silver 15-1-2026 04:27 PM
Lebihkn melobi kt produser laa..
Just jgn jual maruah je
Quote KBW2 15-1-2026 04:28 PM
Berapakah saiz ketinggian Mia ni? Tengok macam kecik betul orangnya. Patutlah orang masih ingat dia budak-nudak.

Lihat semua komen(242)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.080440 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top