CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Senang cipta keserasian bila bermadu dengan kawan sendiri

15-1-2026 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 972| Komen: 11

 



Pengorbanan isteri pertama menerima kehadiran madu menjadi perkara paling menyentuh hati buat Muhammad Azizi Zakaria, malah diingatkan sendiri oleh hakim supaya menghargai wanita itu atas kesediaan dan keikhlasannya.

Menurut Muhammad Azizi, perasaan terhadap isteri kedua hadir tanpa dirancang dan membuatkan dirinya berdepan konflik dalaman kerana menyedari kesan besar terhadap rumah tangga yang telah dibina.

“Perasaan itu bukan sesuatu saya rancang atau cari. Bila perasaan itu timbul, banyak kali saya rasa bersalah, malah cuba lawan dan jauhkan diri.

“Tapi hati sudah terikat, jadi saya ambil keputusan berterus terang dengan isteri pertama, minta izin dan ikut saluran yang betul,” katanya.

Dia berkata, apa yang paling mengharukannya ialah kesediaan isterinya bukan sekadar memberi keizinan berpoligami, malah bersungguh-sungguh membantu memohon kebenaran mahkamah serta memudahkan urusan perkahwinan kedua itu.

“Terharu bila mengenangkan pengorbanannya. Malah hakim di mahkamah sendiri beritahu, saya patut beri penghargaan paling besar buat isteri pertama,” katanya.

Muhammad Azizi turut mengakui dirinya sebak selepas akad nikah kerana memikirkan amanah besar untuk berlaku adil kepada kedua-dua isteri.

“Sebak juga selepas akad nikah kerana memikirkan tanggungjawab saya sebagai suami untuk berlaku adil,” ujarnya.

Isteri pertama akui sedih, tapi pilih kejujuran

Sementara itu, kenyataan isteri pertama Shuhadah Jaafar menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsi secara terbuka perasaan sebenar menerima hakikat dimadukan dengan wanita yang juga rakannya sendiri. Shuhadah tidak menafikan perasaan sedih dan terkejut apabila mengetahui hasrat suaminya.

“Bila tahu suami ada hati dengan kawan saya dan nak berkahwin dengannya, memang saya sedih. Lagipun, isteri mana yang nak dimadukan, malah saya sendiri ambil masa untuk berfikir dan pertimbangkan perkara itu,” katanya.

Namun menurutnya, kejujuran suami yang mahu menghalalkan hubungan menjadi faktor utama dia akhirnya menerima keputusan tersebut.

“Tapi bila difikirkan semula dan suami pun berterus terang niatnya nak halalkan hubungan, saya terima kerana yang penting mereka tak ada hubungan di belakang saya. Takut jika tak izinkan, jadi perkara yang bukan-bukan pula di kemudian hari nanti,” katanya.

Dia turut berkongsi kisah itu di media sosial bagi mengelakkan fitnah serta memberi peringatan kepada lelaki yang berniat berpoligami supaya berterus terang dengan isteri pertama.

“Jangan ambil mudah dengan kahwin senyap-senyap atau di seberang,” katanya.

Shuhadah berharap masyarakat tidak melabel isteri kedua sebagai perampas, sebaliknya memahami situasi sebenar yang berlaku, selain berharap suaminya mampu berlaku adil.

Sumber: Harian Metro, TheReporter


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mh17 18-1-2026 03:35 AM
Kah,kantoi ada plot twist!pah,twisties aku mane?

[em:3:][em:3:]
Quote otai_g 18-1-2026 05:29 AM
Ada 2 sebab je tiada 3. Sama ada ikut sunah nabi atau ikut kepala takuk yg berdenyut. Ha pilih. Btw kalo nak kawen 10 pun Tade sp pedulik. It's not rakyat msia punya problem.
Quote hiswife 18-1-2026 06:54 AM
Bukan dah ada bebenang ni
Quote hiswife 18-1-2026 06:54 AM
Gambar ni lagi nampak seiras betul madu2
Quote Purestteam1 18-1-2026 07:58 AM
klu tunjuk ngan bini aku mau aku tidur luar ngan kucing mlm ni
Quote kakikuDibibirmu 18-1-2026 09:42 AM
Purestteam1 replied at 18-1-2026 07:58 AM
klu tunjuk ngan bini aku mau aku tidur luar ngan kucing mlm ni

Apalah takut bini
Quote eizzlin 18-1-2026 09:46 AM
mh17 replied at 18-1-2026 03:35 AM
Kah,kantoi ada plot twist!pah,twisties aku mane?

[em:3:][em:3:]

Apa plot twist nya sis spill
Quote Purestteam1 18-1-2026 02:03 PM
kakikuDibibirmu replied at 18-1-2026 09:42 AM
Apalah takut bini

haha
Quote Decaffeinated 18-1-2026 02:54 PM
hiswife replied at 18-1-2026 06:54 AM
Bukan dah ada bebenang ni

tak boleh ada duplicate benang tu zaman dulu.

sekarang forum cari semua dah halal termasuk mencarut


Quote FOTHER-MUCKER 19-1-2026 11:39 AM
Ok lah tu suka sama suka, Jikalau tak Mungkin kena seperti ini

[fbp]https://fb.watch/EJo9-JdZjw/?fs=e[/fbp]

https://fb.watch/EJo9-JdZjw/?fs=e
Quote arifzain789 19-1-2026 01:32 PM
lelaki boleh kawin 4. nabi pon kawin lebih dari 1. yg penting adil.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.321811 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top