CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh buat filem mengarut, Erma Fatima bidas kenyataan netizen - “Jangan main petik sahaja”

15-1-2026 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 392| Komen: 6

 



PENGARAH Erma Fatima tampil membidas pandangan seorang individu yang mendakwa dia hanya menerbitkan karya tanpa memberi sebarang mesej baik kepada penonton.

Kata Erma, 58, hasratnya untuk menghasilkan karya sebegitu sering dihalang oleh kekangan modal kerana tiada pelabur.

Dia pada masa sama menegaskan karya-karya yang pernah ditayangkan sebelum ini juga mempunyai mesej tersendiri sebagai pengajaran untuk masyarakat.

“Kalau boleh memang teringin nak buat cerita macam itu, tapi tiada duit. Apa kata Kak Nor jadi penderma saya. Confirm esok juga saya siapkan skrip.

“Tak baik cakap cerita saya mengarut. Tengok ke tidak drama saya? Jangan main petik sahaja,” katanya.

 



Erma menulis perkara itu sebagai respons kepada seorang individu yang meminta dia menghasilkan sebuah karya bergenre kemanusiaan seperti filem The Voice of Hind Rajab yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Individu yang menggunakan nama Nordiah Ahmad di media sosial itu juga menganggap filem dan drama Erma sebelum ini sebagai mengarut.

Erma pada masa sama memberitahu dia sendiri memberi sokongan terhadap filem The Voice of Hind Rajab dan merancang untuk pergi menonton bersama rakan-rakannya.

Malah, dia sendiri mengajak individu berkenaan untuk hadir sebagai tanda sokongan terhadap filem itu.

“Saya rancang dengan kawan-kawan nak pergi tengok Ahad ini. Saya nak jemput sertai sekali. Saya belanja. Saya tunggu akak… jangan tak datang,” ujarnya.


Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 15-1-2026 12:31 PM
Memang mengarut pun.
Quote Perawankota 15-1-2026 01:06 PM
Sapa producer voice of hind rajan tu? Yang sorg ni, klu buat drama mmg suka buat yg Ada kontroversi
Quote awanearisu 15-1-2026 03:43 PM
Koyak ke tu
Quote ZORRO5555 15-1-2026 05:42 PM
Sendunya thread
Quote Bedak_Carrie 15-1-2026 05:58 PM
Bagus movies... drama2 dia ni.  
Kisah fakta tp org kita susah nak terima...

Yg tak bagusnya pun ada.. Mcm scene2 yg x patut.. mcm zul peti ais dgn pompuan yg scene atas meja dlm perempuan itu.
Over now.... Hehhee
Quote sharlenetexas 15-1-2026 09:24 PM
Suka tengok nek erma dalam Tuah dan Anak Sarawak. Hati Bukan Kristal dan Puteri. Hot betul nek erma masa tu.


Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.037622 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top