CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli politik Britain tolak perbandingan rakyat Palestin dengan komuniti Cina di Malaysia - "Setakat saya lihat, masyarakat Cina hidup dengan baik" ...

15-1-2026 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1256| Komen: 16

 



Kuala Lumpur: Rakyat Palestin antara golongan paling ganas ditindas di dunia dan keadaan di Malaysia sama sekali tidak menyamai realiti dihadapi oleh rakyat Palestin di bawah pendudukan Israel, kata ahli politik veteran Britain George Galloway.

Menjawab soalan kontroversi daripada seorang wartawan portal berita tempatan semasa syarahan umum bertajuk 'Gaza Exposes the Complicity of International Actors' pada 12 Januari, Galloway menolak perbandingan antara perjuangan Palestin dengan situasi komuniti Cina di Malaysia, sambil menyifatkan persamaan sedemikian sebagai tidak tepat dan keterlaluan.

"Saya belum pergi seluruh Kuala Lumpur hari ini, tetapi saya tidak nampak sebarang kereta kebal.

"Saya tidak nampak senjata. Saya tidak nampak trak tentera. Saya tidak nampak jalan khas untuk golongan tertentu.

"Saya tidak nampak apa-apa yang anda sebutkan. Mungkin saya terlepas sesuatu. Saya bukan pakar dalam isu yang anda bangkitkan," katanya, seperti yang dilihat dalam klip video yang dimuat naik di Facebook.

Bekas Ahli Parlimen Parti Buruh Britain bagi Rochdale itu menjawab soalan yang mencadangkan persamaan antara isu Palestin dengan kedudukan komuniti Cina di Malaysia, serta dakwaan sebahagian penyokong pro-Palestin tempatan juga mempunyai pandangan anti-pendatang.

Soalan itu juga mencadangkan kedua-dua isu berpunca daripada legasi penjajahan British dan berkongsi unsur xenofobia serta nasionalisme eksklusif.

Galloway berkata beliau tidak melihat penindasan sistemik yang setara dengan apartheid di Malaysia, sambil menyatakan komuniti Cina kelihatan berkembang maju.

"Setakat yang saya lihat, masyarakat Cina hidup dengan baik di Malaysia disebabkan kerja keras dan kepakaran perniagaan mereka. Orang Cina berjaya di mana-mana sahaja, termasuk di China," katanya.

Galloway, yang berkata beliau menghabiskan sebahagian besar masanya tinggal dan bekerja di China, menolak sebarang cadangan bahawa pandangannya didorong oleh nasionalisme atau xenofobia.

"Saya membenci nasionalisme. Saya adalah orang terakhir yang boleh dituduh sebagai sinofobia atau xenofobia. Tiada siapa yang boleh lebih pro-China daripada saya," katanya.

Beliau berkata menyamakan Malaysia dengan sebuah masyarakat apartheid seperti Palestin adalah sesuatu yang dikesali dan 'agak memalukan'.

Sementara itu, portal berita berkenaan telah mengeluarkan permohonan maaf dan memaklumkan tindakan tatatertib diambil terhadap wartawan terbabit susulan siasatan dalaman.


Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 15-1-2026 01:38 PM
kalau banding dgn Singapore ada kot sikit persamaan

dua2 negara pendatang

Quote jeeja07 15-1-2026 01:55 PM
Rex-T - By product of UEC. Bangsa tak syukur ada di Malaysia.
Quote plywood 15-1-2026 02:00 PM
Cara berfikir secara pragmatis...

Quote annehuda 15-1-2026 02:12 PM
kalau nak sangat samakan malaysia ni dengan palestin, palestin tu mmg rakyat asal yang dah duduk situ beribu-ribu tahun kena halau dgn geng pelarian yang sampai tahun 1940an dulu. dan amek tanah palestin utk dijadikan isnotreal. so dalam konteks ni, type C tu la sebenarnye yang hampir dgn zionist tu. persamaan pun dah banyak, diorg pun keturunan pendatang dibawak oleh penjajah dan ada yang datang nak escape kebuluran dari negara leluhur. geng2 zionist ni jugak dah tindas penduduk asal tapi mancing simpati acah2 dia pulak jadi mangsa. ha ni kalau btul nak disamakan la dgn Palestin tu. bumiputera tu yg sebenarnya palestin, korang type C tu yg zionist sbnrnye
Quote ninja boy 15-1-2026 02:18 PM
Dunia begitu luas
Quote hyie 15-1-2026 03:49 PM
meols rasa maksud lelaki cina tu, ummah cina kat mesia ni still dapat layanan 2nd class sampai hari ni, ada kuota bumi n non bumi..so diorang nak hak sama rata sebagai rakyat mesia. Agicheww...
Quote IzzahF 15-1-2026 04:23 PM
hyie replied at 15-1-2026 03:49 PM
meols rasa maksud lelaki cina tu, ummah cina kat mesia ni still dapat layanan 2nd class sampai hari  ...

padahal tempat asal sndiri ada, punya luas seluas lautan...kat malaysia yg kecik ni jugak depa berhimpit2 berebut2. kalau kat china tempat sendiri kan dapat apa keistimewaan tak payah nak mintak2..semua sama. skin color, bangsa pun sama. negara pun nama China - represent bangsa sendiri

tak paham pg lari pastu semak2 kat tempat org mintak hak yg sama
Quote B40tastePosh 15-1-2026 05:04 PM
Cina Malaysia sangat terseksa hidup sampai jadi komunis..
Quote Skuau 15-1-2026 05:05 PM
IzzahF replied at 15-1-2026 04:23 PM
padahal tempat asal sndiri ada, punya luas seluas lautan...kat malaysia yg kecik ni jugak depa berh ...

lagi....boleh bawa anjing msk mall,uec diiktiraf,takde Akmal....hadap jugak Msia..yg kemudian nk 'kita' ikut kemahuan depa...walhal tempat asal semuanya boleh...
Quote ZORRO5555 15-1-2026 05:47 PM
Wartawan jiwa komunis
Quote Minami2013 15-1-2026 07:48 PM
Senyap je kerajaan madani. Yang pasti ameno dan pas akan ride isu ini nak bagi org melayu tolak dap.
Quote Firenzza 15-1-2026 08:45 PM
hyie replied at 15-1-2026 03:49 PM
meols rasa maksud lelaki cina tu, ummah cina kat mesia ni still dapat layanan 2nd class sampai hari  ...

Cina ostolia dpt ke?
Quote adiwarna 15-1-2026 11:17 PM
Baguslah kena bidas....geng chopstick dgn geng kicap ni kalo omputih cakap apa2 mesti depa percaya 100 peratus kan...mentality penjajah hamba abdi...
Quote sukagosip77 16-1-2026 12:08 AM
Hari tu I bersembang dengan foreigner dia ckp kawan dia India dari Malaysia bgtau time Muslim prayers shop ttup. I cakap x percaya lah. Bangsa ni suka2 hati bukak temple kat tanah org. Bila sruh pindah minta duit. Terkejut member dengar.
Quote Dwdrum 16-1-2026 08:02 AM
Tanya british?.... Semua problem ber mula dari british walaupun ada kebaikan malay land di jajah british dari segi education..
Quote TomyamPuteh 16-1-2026 08:55 AM
Cina Mesia tertindas sampai kena jadi scammer buat beli semangkuk beras.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.215457 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top