CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rihanna beri bayangan sudah sedia timang cahaya mata keempat

15-1-2026 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 382| Komen: 4

 



PENYANYI Rihanna sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila satu komen ringkas yang ditinggalkannya di media sosial mencetuskan pelbagai spekulasi.

Perkara itu bermula apabila seorang pempengaruh memuat naik video dengan menyatakan dirinya sedang mempertimbangkan sama ada mahu tampil 'panas' dan seksi atau hamil pada tahun 2026.

Tanpa diduga, Rihanna tampil meninggalkan komen di ruangan tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa dia sudah bersedia untuk hamil sekali lagi.

“Tunggu! Jadi maksudnya saya bukan gila? Baiklah!” katanya. 

Susulan komen berkenaan, rata-rata peminat menganggap Rihanna sekadar bergurau, namun tidak kurang juga yang yakin tentang kenyataan mengenai perancangan masa depannya. 

 


"Rihanna memang suka menyakat. 

“Dia seperti memberi bayangan anak keempat bakal menyusul, tak sempat nak fikir soal tampil seksi, saya hormat keputusannya," tulis netizen.

Untuk rekod, Rihanna dan ASAP Rocky memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Rza Athelston Mayers, 4, dan Riot Rose Mayer, 2, dan Rocki Irish Mayers yang dilahirkan pada 13 September tahun lalu. 


Sumber : Mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 15-1-2026 03:34 PM
haaa nak masuk 4 ke? aku igt anak dia 2 anak jer, dah 3 rupanya!
moga murah rezki laaa kalau betul dpt seketul lagi..
Quote cucutokwan89 16-1-2026 12:09 AM
Riri mgkn jenis mak2 yg nak beranak kerap, pastu senang jaga kecil sampai besar sekaligus. No hal nak hire helper ramai2
Quote Page88 17-1-2026 12:55 AM
Rihanna can't sing to save her own life.
Quote ZORRO5555 18-1-2026 03:05 AM

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.032217 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top