CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Cina Sedih Dihina Ketika Makan Satay Di Kampung Baru?

3-2-2016 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 15240| Komen: 61


Oleh : TS LOO


Sejak tahun 1899, Kampung Baru di Kuala Lumpur telah disempadankan sebagai kawasan kediaman orang Melayu oleh penjajah British ketika itu sehingga sekarang. Jadi kini kebanyakan penduduk di kawasan itu masih terdiri daripada orang Melayu.



Seorang wanita bernama Amelia telah memuatnaikkan satu status di akaun Facebooknya pada 30hb Januari yang mengisahkan dirinya sudah 30 tahun sebagai rakyat Malaysia, tapi hari tersebut boleh dikatakan hari yang paling sedih buat dirinya.


sumber foto : Akaun Facebook Amelia



Andrew, kawan kepada Amelia merupakan seorang lelaki Cina yang dilahirkan di Malaysia tapi dibesarkan di Australia. Alkisahnya, pada hari tersebut mereka berdua makan satay di Kampung Baru.  



Apabila kereta mereka tersangkut di sebatang jalan sehala, Amelia pun turun dari kereta untuk mengalihkan kerusi yang terletak di petak letak kereta supaya Andrew dapat keluarkan keretanya.


Pada masa itu, tiba-tiba seorang pembonceng motosikal berhenti di tepi keretanya, guna isyarat tangan menyuruh Andrew turunkan tingkap keretanya dan menuding Amelia sambil memaki hamun dengan perkataan yang kesat dan berbaur perkauman, semua ini hanya kerana Amelia mengalih kerusi yang terletak di tempat parkir yang berada di depan rumahnya.

"Saya sudah meminta maaf, dan juga cuba menjelaskan saya langsung tidak mengetahui rumah itu adalah miliknya, ia hanya merupakan salah faham, tapi pembonceng motosikal itu tetap kelihatan sangat marah."


sumber foto: google image


"Ketika saya nak naikkan tingkap kereta untuk meninggalkan tempat itu, pembonceng motosikal itu alih kedudukannya ke sebelah tempat duduk penumpang sambil memekik saya untuk turun dari kereta"


" Saya yakin kalau saya turun dari kereta, dia pasti belasah saya."


" Saat dia menghalau kami keluar dari Kampung Baru, wajahnya yang penuh kemarahan dan bengis sudah pastinya terpahat di otak saya, memang susah nak saya lupakan."


Selepas mereka selamat meninggalkan Kampun Baru,  Amelia mula menangis, bukan sahaja rasa marah, kecewa dan sedih. Sungguhpun dia sedar selama ini Malaysia memang terdapat sentimen perkauman, tetapi kali ini apa dialaminya benar-benar merupakan satu penghinaan kaum yang mendalam.


Di statusnya, Amelia menyatakan ketika itu betul-betul dirinya berkeinginan untuk tinggalkan Malaysia, keluar daripada negara ini, mengelakkan diri daripda segala penghinaan sedemikian.


Tetapi Andrew mengingatkan Amelia, pembonceng motorsikal berkenaan merupakan mangsa dalam soal pengasingan perkauman dan kecetekan tahap pendidikan, jadi macam mana tiada sentimen perkauman pada diri pembonceng motosikal terbabit.


Mungkin juga, dia langsung tiada seorang pun kawan daripada bangsa lain.

sumber foto: google image



Presiden pertama Afrika Selatan, Nelson Mandela pernah mengatakan : " Pendidikan adalah senjata yang paling berkesan dan hebat, anda boleh menggunanya untuk mengubah dunia."


Dalam isu tersebut, Amelia bukan sahaja nampak betapa pentingnya pendidikan, malah menekankan selain pergaulan di sekolah, kanak-kanak harus lebih berinteraksi dengan dunia luar, memahami budaya dan kehendak orang lain.


Amelia turut beranggapan, teknologi dan internet adalah sejenis senjata yang merapatkan jurang antara kaum dan pemikiran sempit.


sumber foto: Akaun Facebook Amelia


Selepas status tersebut dimuatnaik, Amelia turut menjelaskan catatan status tersebut bukan dituju kepada mana-mana kaum tertentu, tapi cuma ingin menyedarkan kita semua, pengasingan antara kaum telah menyuburkan sentimen perkauman dan apa yang dialami mereka boleh berlaku di mana-mana kawasan, malahan kita tidak boleh menafikan tiada sentimen perkauman wujud di masyarakat kita.


Netizen berbangsa Melayu yang terbaca catatan status Amelia, rata-rata meminta maaf, turut menjemput Amelia dan Andrew untuk menikmati sajian satay. Justeru itu, Amelia pun mengadakan aktiviti menjemput sesiapa yang ingin makan satay di Kampung Baru dan ianya telah berjaya dilangsungkan dengan lancar. 


Dalam gambar yang diambil kelihatan netizen yang terdiri daripada pelbagai kaum bersama-sama makan satay, suasana boleh dikatakan sangat harmoni dan menggembirakan!- CARI Infonet
5

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote watie_na 3-2-2016 04:31 PM
ok Amelia. apa kata cadangkan mansuhkan sekolah jenis dulu.
Quote kentel 3-2-2016 04:42 PM
what to do...zaman british pun da amalkan pecah dan perintah....dan menteri2 pun bebal xkira la mana2 party, dok tiup semangat assobiyyah...
Quote Emperor95 3-2-2016 04:42 PM
Perkauman tidak akan lenyap diMalaysia.
Quote krustykrab 3-2-2016 04:44 PM
pening aku baca
Quote Ferr_Remy 3-2-2016 04:46 PM
Melayu Kampung duduk kat urban area.. Gitulah uolsss... Pprt minded racist ni xkan lenyap..
Quote mzzenma 3-2-2016 04:49 PM
Duduk kampung baru fefeeling duduk area elite ke? Choiii mzz tak suka spesies yg bolot parking sorang2. Ko nak parking ko beli lah spot tu.
Quote Skuau 3-2-2016 04:49 PM
1 pi sklh cina,1 pi sklh melayu/pondok,1 pi sklh india@tamil,1pi sklh omputeh(antarabangsa)...cmner nk kenal?  Cuba sumer pi sekolah kebangsaan....kecik2 lg dh saling mengenal dan memahami...kn senang...
Quote ajinomotonosuga 3-2-2016 04:56 PM
Perkauman tak salah, mende semulajadi, oangcina nya bisnes kuat sebab network dan dewan niagadepa, sesama peniaga cina sama ke  layanan bila serve bukan cina punye pemborong? Tu haaa keje dok.kasik.syarat only mandarin speaking applicant , ni tak rasis? ,


Yg sedih bila satu kaum tu buat di anggap perkauman tp bila kaum lain buat itu hak minoriti

Tak btui? Melayu plak tu ikut menyalak sama, pasal makin teruk jurang kaum? Antaranya sebab mati sifat universal dikalangan orang mesia, yg subur hanya soal kaum.manusia, otakkkkkktu tk di ajar tgk.manusia dulu!! Tgk sifat universal kemanusiaan dulu baru masuk bab kaummmmm lepeh tu masuk suku kaummm, ni terus masuk kaum., tu.jadi asobiyah, darah manusia kaum apa.putih? Kaum apa tk kentot or berak? Haaa klo ade manusia, tkkira kaum apa, dia sakittttttnk tolong tak???klo ikut sistem kasta india ko.pariahhh ko sakit abisla ko, tk dak doktor class brahmin, satria nktolongko, depa bio ko.mati tkper,'sapaajar ni?
Quote Themilo 3-2-2016 05:00 PM
kalo isu parking nih sis, apa pun jenis bangsa kat Malaysia memang berangin semacam..  

Tak tahu la kenapa...
Quote ellejo 3-2-2016 05:20 PM
drama nya.
satu je aku nak tanya.

tersangkut di jalan sehala tu apa maknanya? ko salah masuk jalan sehala ke????
Quote Mary_jane 3-2-2016 05:39 PM
Apa kaitan perkauman dengan kejadian dia dihalau? Entah2 sebelum ni pembonceng tu pernah je halau india, melayu, iban, dayak, bugis, bajau, suluk yang cuba curi2 parking depan Rumahnya. Cuma mangsa2 ni tak viralkan. Amelia ni aktivis agaknya. Macam kenal je kenalan dia dalam picca diatas.
Quote ISTRIMITHALI 3-2-2016 05:52 PM
ha ah.. betul tu.. rase mcm nak dengar cerita kat pihak satu lg..
Quote matchstick 3-2-2016 06:49 PM
kampung baru tu bukan ke ramai indon je..bukan sekolah pon. mmg perangai mcm gengster sekor2. jgn kata cina or india, kalu bnda ni jd kt org melayu sdiri yg gi makan sate kt situ pon nescaya akan dimaki jugek
Quote matchstick 3-2-2016 06:52 PM
dasar indon PR x sedar diri
Quote jonidep 3-2-2016 07:04 PM
Kalau semua kaum bersekolah dan bercampur gaul dalam satu persekitaran yg sama tak adalah timbul isu rasis masis ni.Ini sekolah tak mahu campur,cikgu Melayu tak mahu,gurubesar Melayu diharamkan,subjek semua mahu diajar dalam bahasa sendiri,tak mahu bahasa kebangsaan,tapi peruntukan sapu jugak.Itu tak rasis pulak?

Cakap bahasa kebangsaan tak pandai walau dah 30 tahun lahir kat sini.Datang tempat orang,alih kerusi depan rumah orang yg tuan rumah letak supaya tak block jalan masuk rumah dia.Lepas tu tergagap2 bila orang tanya sebab tak fasih cakap Melayu.Mana mamat tu tak angin.

Alah kalau kau pergi area cina macam petaling street tu pun kau kena maki dengan cina tu dalam bahasa dia kalau kau tak beli barang dia.(Dah puluh tahun tak pergi PS)Biasa aje.Tak viral pun.Tak kira rasis ke.

Yang aku tahu bangsa yg sibuk kata orang rasis kehulu kehilir ni lah yg sebenarnya rasis sejati.Kuali mengata periuk hitam kekdahnya?

Quote iskans 3-2-2016 08:00 PM
Aku nak dengar suara majoriti yang bekerja dengan minoriti yang kaya dan bongkak dan dinafi haknya dimalaysia. Cuma masalahnya tak banyak didendang sebab mereka ini banyak kelas pertengahan dan sampaikan kisahnya dalam Bahasa Melayu. dah pasti golongan UrbangKeted belum mahu membaca kisahni. nak guna gugel translate pun belum tentu.
Quote swimswim 3-2-2016 10:35 PM
Kalau yg bodoh n x educated dipanggil rasis. Yg kes lelaki bini cina nak park dkt ladies only car park area tu apahal. Dah malu, nak salahkan guard plak. Sama la mcm ni. Ko dah buat salah, malu, pastu nk salahkan org lain. First time dtg kg baru ke, situ kan kawasan rumah org. Hari2 tuan rumah tu menghadap perangai org mcm ko ni tak stress kr. Alih2, nk kaitkan isu kaum.

Sudah, pergi kao makan satay babi di food court cina sanah
Quote lkick2113 3-2-2016 10:47 PM
Harap Amelia sound Peter Cheng tu sekali sebab main rasist card dlm fb
Quote delsmomm 4-2-2016 08:37 AM
dia ni cam play victim jaa...

contoh org racist x ngaku racist..

tau nak salah org jaa...

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.073029 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top