CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syarul Ezani tak pernah tutup hati kembali bercinta, impian berkahwin tahun 2025 tidak kesampaian

15-1-2026 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 987| Komen: 16

 


HASRAT pelakon Syarul Ezani untuk menamatkan zaman bujang tahun lalu tidak kesampaian apabila hubungannya dengan kekasih telah berakhir.

Menerima dengan lapang dada, Syarul atau Syarul Ezani Mohamed Ezzudeen, 37, memberitahu kesibukan kerja membuatkan dia tidak terlalu memikirkan apa yang telah berlaku.

“Perancangan semuanya ada, tetapi perkara itu tidak menjadi. Saya juga tidak mempunyai masa untuk berdepan apa-apa emosi kerana sibuk dengan kerja.

“Walaupun perancangan ke arah perkahwinan itu sudah tiada, kami masih tetap berkawan.

“Apa yang boleh saya katakan, sekarang ini saya masih single tetapi tidak mencari,” katanya kepada mStar.

Syarul ditemui ketika majlis tayangan filem terbaharunya berjudul Akad Yang Hilang di TGV KLCC, Kuala Lumpur, pada malam Selasa.

Biarpun begitu, pengalaman lalu tidak pernah membuatkan pelakon ini berasa serik untuk kembali mencari teman hidup baharu.

“Cinta itu sangat indah. Ia satu perasaan yang Allah berikan.

“Saya tidak pernah menutup hati untuk ke arah itu,” ujarnya ringkas.

Syarul sebelum ini pernah meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang telah dikenalinya selama dua tahun.

Namun begitu, dia tidak mendedahkan identiti kekasihnya ketika itu.


Syarul sebagai Ammar dalam filem Akad Yang Hilang. 


Dalam perkembangan lain, filem lakonannya iaitu Akad Yang Hilang bakal memulakan tayangan pada hari ini di seluruh pawagam.

Syarul membawakan watak Ammar yang berada dalam keadaan tersepit untuk memilih antara teman wanitanya dan kehendak ibunya.

Selain Syarul, filem ini turut dibintangi oleh Mira Filzah, Idan Aedan, Aleza Shadan dan Sherie Merlis.


Sumber: mStar
 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 15-1-2026 10:20 AM
ni ali yang dari tv series kami kt 8tv tu ke


Quote kisahkeaku 15-1-2026 10:38 AM
supernaturalee replied at 15-1-2026 10:20 AM
ni ali yang dari tv series kami kt 8tv tu ke

haah....tp masa zaman itu crush jugak kat dia. skrg walau muka awam tp kategori elok laa ek.
Quote dewi_rina 15-1-2026 10:43 AM
Dia ni hensem, rambut tu kalau ubah lagi hensem.. Nampak selekeh
Quote Nurkaseh01 15-1-2026 10:47 AM
Teringat pulak zaman drama kami tu. Ramai kawan2 zaman uni crush kt ali tapi iols minat abu
Quote Shayang 15-1-2026 10:48 AM
Patut tgk muka cam kenal
Quote supernaturalee 15-1-2026 11:12 AM
kisahkeaku replied at 15-1-2026 10:38 AM
haah....tp masa zaman itu crush jugak kat dia. skrg walau muka awam tp kategori elok laa ek.

rasa mcm ada tgk 1 drama ni dia bwk bwtk doktor kan

mmg hensem

tp very the kayu jati


Quote BoongaKertas 15-1-2026 11:48 AM
iols suka dia potray watak dia as ALI dlm series dulu. omg cool and helok ya!
Quote lasagna 15-1-2026 03:39 PM
ooooo si tinggi ni..
Quote prince_marhaen 15-1-2026 05:11 PM
Tapi heols macam kayu eh? walaupu cobaan nak jadi cool jenis pendiam macam Eman Manan, tapi nampak kayu & selekeh sebab rambut pattern kembang gitu tak kena dengan muka dah mature, dulu2 cerita KAMI okay lah rambut gitu nampak badboyzzz.. skrg macam comot pula..
Quote sharlenetexas 15-1-2026 06:17 PM
Ini bangsarian vibe bak kata @sepitsiput


Quote LaskarHijayu 15-1-2026 08:18 PM
Dia berlakon One Cent Thieves season 2 dgn azira syafinaz nmpk serasi lak
Quote gerbera.memopad 15-1-2026 09:08 PM
Dia ni elok rupa paras tapi berlakon agak kekayuan. Agak kureng di situ
Quote raihaneem 15-1-2026 09:11 PM
Tak kenai..nmpak sgt mokcik tak layan drama melayu
Quote sukacactus 15-1-2026 09:26 PM
Rasa mcm masa tgk dia dlm Kami dl takde la kayu sgt
Ke sebab siri & skrip tu best, menutup kekayuan dia
Quote adelea 15-1-2026 09:29 PM
Pernah crush gak dia ni
Tapi dia ni dlm industri macam chipsmore

Terpaksa add anak baru NA
Quote ezacbee 15-1-2026 10:36 PM
Ali ni memang misteri dari zaman drama kami. Tapi kawan dia, si abu gak yg menarik.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.047795 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top