CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Blogger Murray Hunter Minta Maaf Fitnah MCMC

15-1-2026 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 753| Komen: 3

 



Blogger Murray Victor Hunter menarik balik sepenuhnya beberapa artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta memohon maaf selepas mencapai penyelesaian dengan suruhanjaya itu.

Hunter mengakui penerbitan artikel terbabit berkaitan MCMC dan petugasnya adalah tidak tepat, mengelirukan serta telah menimbulkan salah faham.

Dalam kenyataan melalui blognya, beliau berkata penyelesaian tersebut dicapai hasil perbincangan bersama MCMC menerusi satu Perjanjian Penyelesaian, selain mengesahkan semua kandungan berkaitan telah ditarik balik sepenuhnya.

 


“MCMC dan saya telah berbincang serta mencapai persefahaman menerusi satu Perjanjian Penyelesaian. Saya mengakui komen dan artikel saya mengenai MCMC dan pihak berkaitannya boleh ditafsirkan sebagai tidak tepat, mengelirukan serta telah menimbulkan salah faham,” katanya.

Sehubungan itu, Hunter melahirkan rasa kesal dan memohon maaf sekiranya penerbitan artikel berkenaan telah menyebabkan sebarang kemudaratan kepada MCMC atau pihak-pihak berkaitan.

“Sehubungan dengan itu, saya memohon maaf dan melahirkan rasa kesal sekiranya tindakan sedemikian telah menyebabkan sebarang kerugian kepada MCMC atau pihak-pihak berkaitan, dan dengan ini saya menarik sepenuhnya semua komen serta artikel terbabit.


“Senarai komen dan artikel berkenaan seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2 dan 3 Perjanjian Penyelesaian dengan MCMC dilampirkan bersama,” kata warganegara Australia yang berpangkalan di Thailand itu.

Tangkapan layar permohonan maaf Murray Hunter

Artikel-artikel berkenaan sebelum ini diterbitkan antara April hingga November 2024 menerusi beberapa platform termasuk laman Substack milik Hunter, Eurasia Review serta X dan mengandungi dakwaan terhadap MCMC.

Penyelesaian itu adalah susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Oktober 2025 yang mendapati Hunter bertanggungjawab atas fitnah, selain menegaskan bahawa kebebasan bersuara bukanlah hak mutlak dan perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab.

Dalam kenyataan sebelum ini, MCMC menyatakan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut menjadi peringatan penting bahawa hak untuk menyuarakan pendapat tidak memberi lesen untuk membuat kenyataan palsu, berniat jahat atau berunsur fitnah sehingga boleh menjejaskan reputasi pihak lain.

Menurut MCMC, kebebasan bersuara perlu dilaksanakan dalam kerangka undang-undang sedia ada dan setiap individu bertanggungjawab memastikan sebarang pandangan atau kritikan yang disuarakan berasaskan fakta serta tidak melanggar peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Suruhanjaya itu turut menegaskan komitmennya untuk terus melindungi kepentingan awam serta memastikan ekosistem komunikasi dan digital negara kekal selamat, beretika dan bertanggungjawab.


Sumber: Rotikaya
 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote STONER 15-1-2026 10:38 AM
muka tak encem tak apa tapi jangan pitenah orang
Quote nisako 15-1-2026 01:36 PM
mcm mcm la
Quote annehuda 15-1-2026 02:01 PM
sape mamat ni? Wujud lagi ke karier as blogger zaman skrang ni?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.026470 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top