|
Pelakon Zul Huzaimy seolah terkejut apabila dikenakan bayaran sebanyak RM300 untuk mengikuti satu sesi kelas mengaji.
Memetik mStar Online, pelakon berusia 48 tahun itu meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintiri individu yang didakwa mengenakan caj terlalu tinggi untuk mengajar mengaji. Bagaimanapun, Zul berkata dia akur dengan jumlah yang dikenakan kerana dia memerlukan bimbingan mengaji itu. “Sekarang ini, satu sesi mengaji harganya sebanyak RM300. Selagi kita tak bayar, selagi itulah kelas mengaji tidak akan berjalan. Disebabkan saya memang mahukan kelas itu, memang kena bayar,” katanya. Sementara itu, Zul berkata sebagai ibu bapa kita sepatutnya yang perlu mempunyai ilmu dan mengajar anak-anak daripada menghantar mereka belajar dengan individu lain. “Dan lagi satu, sebagai ibu bapa, kenapa kita nak hantar anak-anak belajar agama dekat ustaz? Sepatutnya kita yang ajar mereka. Kita yang kena ada ilmu dan kemudiannya ajar anak-anak,” katanya. Sumber: mStar Online, Rotikaya
|
talapia replied at 15-1-2026 11:37 AM
kelas mengaji dewasa ke yg mahal sangat?
entah.. aku hantar anak2 kelas mengaji seminggu 4 kali.. se ...

kucingitam replied at 15-1-2026 11:39 AM
satu sessi tu mmg over naw la.. satu sesi berapa juzuk boleh habis? bukan lah berkira tapi janganlah ...
STONER replied at 15-1-2026 10:36 AM
eleh cukur bulu ketiak dekat spa beratus2 ok je... apalah sangat ustaz ustazah ajar mengaji tu... de ...

kalau orang suruh kita buat kerja free atau murah, pun kita tak suka 
gucci_advocate replied at 15-1-2026 02:03 PM
Kalau boleh bayar gaji pelakon sampai ribu riban, takkan guru ngaji tak boleh charge tinggi
H ...
800214 replied at 15-1-2026 01:26 PM
Dulu pernah la enroll ngaji online utk anak. 50 sebulan. Seminggu tak ingat berapa kali. Tp baca xd ...
lasagna replied at 15-1-2026 03:19 PM
haaa? ngaji 5min jer? mngaji apo online sebegitu?
ADVERTISEMENT