|
Pelakon Mira Filzah menitipkan nasihat kepada orang ramai agar tidak takut untuk melangkah ke alam perkahwinan kerana ianya merupakan satu ibadah.
Menerusi video dimuat naik di Instagram Sinar, Mira berkata perkahwinan adakah fasa kehisupan yang bahagia namun cari pasangan yang bukan saja sesuai dengan kita tetapi keluarga juga.
“Kenapa takut nak kahwin? Kahwin tu seronok. Perkahwinan itu sebenarnya ibadah. Asalkan sebelum kahwin tu cari pasangan yang sesuai dengan kita dan keluarga kita.
“Sekufu bukan saja dari segi kerja dan sebagainya, tapi sekufu pemikiran, sekufu berbelanja, kena nilai banyak aspek,” katanya.
Difahamkan, filem lakonan Mira iaitu Akad Yang Hilang akan mula ditayangkan di pawagam hari ini.
Sumber: Rotikaya
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|