|
Penerbit Datuk David Teo berkata gandingan Aliff Aziz dan Uqasha Senrose dalam drama terbaru berjudul Madu Atau Racun untuk mengejar rating tetapi ianya berlaku atas ketentuan takdir.
Memetik BH Online, David berkata pemilihan kedua pelakon itu tidak dirancang kerana beberapa calon asal telah pun menarik diri. “Sebenarnya, kami sudah mencari beberapa pelakon gred A, namun ada yang tiada masa, ada yang menarik diri pada saat akhir, selain meminta bayaran terlalu tinggi. “Kemudian, tawaran dibuat kepada Uqasha dan dia bersetuju. Kami anggap ini sebagai ketentuan atau ‘jodoh’ untuk bekerjasama,” katanya. Sementara itu, mengulas mengenai kecaman netizen serta ada yang mahu memboikot drama berkenaan, David berkata setiap manusia tak terlepas melakukan kesilapan. “Mengapa perlu terus mengutuk dan mahu memboikot? Kenapa tidak cermin kesilapan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menghukum orang lain? “Jika ibu bapa atau pasangan kita sendiri tidak memaafkan kesilapan kita, bagaimana perasaan kita? Jadi mengapa kita tidak boleh memaafkan dan memberi peluang kedua kepada mereka?” katanya. Dalam pada itu, David berkata kita perlu memberi ruang serta peluang dan tindakan segelintir individu mahu memboikot seolah mereka tidak pernah melakukan kesilapan. “Semua orang melakukan kesilapan, tetapi mengapa kita tidak memberi ruang untuk memaafkan? Mengugut mahu memboikot seolah-olah kita sendiri tidak pernah melakukan kesilapan. “Jangan terlalu merasakan diri sentiasa betul kerana tidak mustahil apa yang menimpa selebriti itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,” katanya. Sumber: BH Online,Rotikaya
|

pocongkiutss replied at 15-1-2026 09:20 AM
Hmm sepadan
kisahkeaku replied at 15-1-2026 09:25 AM
sepadan tp herlok AA ni
pocongkiutss replied at 15-1-2026 09:28 AM
Tp dia jaman berchenta dgn anne dulu gigi wabbit kan
Dah jd laki org baru dia bertambah ensem..tp ...




Shayang replied at 15-1-2026 10:33 AM
Aku nak tergelak sbb part sblm ni dah offer kat pelakon2 gred A tapi semua sibuk dan bayaran tinggi. ...
indirectly depa berdua nie bukan gred A ke?

anggeriklatifah replied at 15-1-2026 11:00 AM
Semntara ex alif aziz termenanti2 agarr di pinangggg tapi tak kunjung kunjung kunjung tibaaa{: ...

tunggu bulan posa, ada tak peraga baju sedondon pulak...
Shayang replied at 15-1-2026 10:33 AM
Aku nak tergelak sbb part sblm ni dah offer kat pelakon2 gred A tapi semua sibuk dan bayaran tinggi. ...

ADVERTISEMENT