CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atuk didenda RM9,000 ‘salotape’ nombor plat isi RON95

14-1-2026 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1678| Komen: 20



KULAI – Seorang lelaki warga emas dikenakan denda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan Singapura yang diubah suai dengan menggunakan ‘salotape’ untuk mengisi minyak petrol RON95 di sebuah stesen minyak di sini, awal tahun ini.

Majistret R. Salini membuat keputusan itu selepas Orang Kena Saman (OKS), Long Sa Kow, 64, yang juga Penduduk Tetap (PR) Singapura mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Sa Kow didakwa sebagai pemandu kereta Volkswagen Jetta mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan milik kenderaan tersebut.

Perbuatan itu dilakukan lelaki berkenaan di sebuah stesen minyak di sini pada pukul 10.30 malam, 2 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukan mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) yang boleh dihukum dibawah seksyen dan akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, OKS boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Thiviya manakala OKS diwakili peguam bela Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli.

Dalam rayuannya, Sharmaine memohon agar mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan OKS sudah bersara dan tidak mempunyai pendapatan tetap selain menanggung isteri serta dua orang anak yang masih belajar.

Thiviya bagaimanapun membantah rayuan itu dengan memberikan hujah pemberat supaya hukuman dikenakan ke atas OKS memberi hukuman pencegahan dan pengajaran kepada lelaki itu supaya tidak mengulangi kesalahan itu.

“Mahkamah juga untuk meneliti mengubah nombor plat pendaftaran kenderaan demi mengisi RON95 yang diberikan hanya untuk rakyat Malaysia adalah satu kesalahan. Hukuman yang berat perlu dilaksana demi menjaga kepentingan awam supaya tidak memberi pengajaran agar tidak mengulangi kesalahan ini.

Majisret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM9,000 dan jika tidak bayar, OKS diarahkan menjalani hukuman penjara sembilan bulan. OKS bayar denda tersebut.

Mengikut fakta kes, Berdasarkan fakta kes yang diakui benar oleh OKS, pada 4 Januari lalu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai telah mengesan satu video di Facebook (FB) yang memaparkan sebuah Volkswagen Jetta berwarna perak sedang mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak di daerah ini.

Difahamkan, hasil siasatan mendapati, OKS sebagai pemandu kenderaan yang sepatutnya bernombor pendaftaran SLJ 8967 M telah menutup huruf S dan M pada nombor pendaftaran itu bagi mengisi minyak subsidi RON95.

Hasil pemeriksaan pada nombor enjin dan nombor chasis kenderaan berkenaan adalah milik kenderaan bernombor pendaftaran SLJ 8967 M dan bukan LJ 8967.

Sumber - KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 14-1-2026 12:30 PM
Padan muke.
Kedeks nk mamposs isi minyak ron95 pastu kena saman 9k
Quote prettyuglybabe 14-1-2026 12:37 PM
patut ban sekali kereta and owner masuk malaysia..
baru la dorang takut sikit..
Quote Orix 14-1-2026 01:57 PM
9k jurrr ???
Quote redz85 14-1-2026 03:09 PM
prettyuglybabe replied at 14-1-2026 12:37 PM
patut ban sekali kereta and owner masuk malaysia..
baru la dorang takut sikit..

dia rakyat malaysia.. patut claim balik .. kreatif
Quote tungkai 14-1-2026 03:48 PM
Adakah Singaporeans akan gelakkan dia sebab jujur serah diri??

Aku syak dia ni selalu masuk Malaysia sebab ada sedara mara/bisnes kat sini. So menyerah ajelah...
Quote Decaffeinated 14-1-2026 03:56 PM
Hukuman yang berat perlu dilaksana demi menjaga kepentingan awam supaya tidak memberi pengajaran agar tidak mengulangi kesalahan ini.

memang tak ulang lah pakai salotape tu. Lain kali tempah plate plastik nombor palsu pula.
Quote airfilterkotor 14-1-2026 04:02 PM
Andai dia guna IC sendiri untuk tuang RON95 pada motokar plat Spore, ini dikirakan mengambil kesempatan demi kesenangan sendiri.
Sepatutnya gantung sekali kemudahan RON95 dia setahun...biar merasa tuang petrol rege T20.

Sama spesis dengan perangai beli minyak masak subsidi dan jual rege mahal.
Demi kesenangan sendiri.

Kata kunci:
Salah guna barang subsidi. Pecah amanah.



Quote prettyuglybabe 14-1-2026 04:51 PM
redz85 replied at 14-1-2026 03:09 PM
dia rakyat malaysia.. patut claim balik .. kreatif

still dia pr singapore and menetap kat sana kan..
bukan menetap sini..
Quote sharlenetexas 14-1-2026 05:29 PM
Kan dah kena


Quote belilies 14-1-2026 06:38 PM
Padan muka dengan bini heols sekali. Bukan main sombong claim plate msia aritu. Mendapatlah bayar 9k. Celah gigi jelah since ko pr spork.
Quote imanjannah 14-1-2026 07:21 PM
prettyuglybabe replied at 14-1-2026 12:37 PM
patut ban sekali kereta and owner masuk malaysia..
baru la dorang takut sikit..

setuju
Quote TOPwind 15-1-2026 02:19 AM
KeraJaaan untung 9K

netizen dapat Stress.

Si Apek esok buat lagi.

Quote Tinot7 15-1-2026 02:36 AM
9k celah gigi dia je kan
Quote shernazz 15-1-2026 07:35 AM
Nama pung sakow
Mmg.suka.menyakow
Quote azimodin 15-1-2026 11:18 AM
Dah tahu kiasu tak nak beli minyak hijau, jangan merayap. Duduk je dekat temasik tu diam2.
Quote Firenzza 15-1-2026 09:06 PM
Denda sbb ttup no plat bkn isi ron95 kan?
Quote wirazam 15-1-2026 09:44 PM
shernazz replied at 15-1-2026 07:35 AM
Nama pung sakow
Mmg.suka.menyakow

tadi masa dengar berita...dengar sayup2 je..ingatkañ newscaster salah sebut hahaha
Quote mrs_adr 16-1-2026 02:07 PM
Sebenarnya kan RON95 ni sejak kita dapat BUDI95 ni foreigner boleh isi ke x?
Quote shernazz 18-1-2026 10:50 AM
wirazam replied at 15-1-2026 09:44 PM
tadi masa dengar berita...dengar sayup2 je..ingatkañ newscaster salah sebut hahaha
{:gif_laughing ...


Kebetulan kan

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.192497 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top