|
KUALA TERENGGANU – Seorang jurujual sebuah kedai permainan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini hari ini atas pertuduhan berpakaian dan menyerupai perempuan pada tahun lalu.
Tertuduh, Mohd. Lukman Mohamad Aludin, 33, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik kertas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Syarie Hamidi Shafie. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memakai pakaian dan berkelakuan seperti perempuan. Perbuatan itu didakwa dilakukan Mohd. Lukman di tempat kerjanya di tingkat empat, KTCC Mall di sini pada pukul 4 petang, 12 Mei 2025. Dia didakwa mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan Mohd. Lukman dibebaskan dengan wang jaminan RM3,000 dan dua penjamin. Sementara itu, Mohd. Lukman yang tidak berpuas hati menunjukkan isyarat lucah terhadap pengamal media yang membuat liputan sewaktu keluar dari kamar mahkamah. Sumber - KOSMO! ONLINE
|
Sementara itu, Mohd. Lukman yang tidak berpuas hati menunjukkan isyarat lucah terhadap pengamal media yang membuat liputan sewaktu keluar dari kamar mahkamah.

jiwasemangat replied at 14-1-2026 01:21 PM
Naperr, dia macam tunjuk middle finger..?

Perawankota replied at 14-1-2026 12:24 PM
Klu kt KL mesti ramai yg kena saman, especially yg kerja beauty care
royaldanish replied at 15-1-2026 12:37 PM
1st time dengar ye
sedangkan kat saloon ramai
yg cigu catwalk miss world universe bagai tu kluar ne ...
Tinot7 replied at 14-1-2026 10:40 AM
Kes mcm ni sbb ada org report ka
ADVERTISEMENT