CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Saleha selamat bersalin anak pertama, Pilih nama ‘Indra’

14-1-2026 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4696| Komen: 50

 


Pelakon Siti Saleha berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta.

Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd. Baharum, 36, memuat naik sebuah video ringkas memaparkan detik awal kelahiran bayi lelaki mereka menerusi laman sosial, sekali gus mengundang rasa syukur dan senyuman peminat.


“Anak kami telah dilahirkan.

“Helo, nama saya Indra,” tulisnya ringkas.

Pun begitu, pelakon drama Dia Imamku itu tidak memperincikan tarikh sebenar kelahiran bayi berkenaan, sebaliknya memilih berkongsi momen sederhana penuh makna buat tatapan umum.

Perkongsian tersebut pantas dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti, rata-ratanya meluahkan rasa teruja dan mendoakan kesejahteraan ibu serta bayi.

“Selamat datang ke dunia, Indra. Tahniah Saleha dan suami, semoga perjalanan bergelar ibu bapa dipermudahkan,” komen seorang peminat.

Sebelum ini, adik kepada Sam Bunkface iru mengumumkan kehamilannya pada Mei tahun lalu, sekali gus menerima limpahan doa serta sokongan daripada ramai pihak.

Dalam satu majlis pendedahan jantina bayi, pelakon itu turut memaklumkan bakal menyambut kelahiran bayi lelaki, berita menggembirakan buat pasangan tersebut.

Untuk rekod, Saleha mendirikan rumah tangga bersama Joshua Fitton pada 15 Februari 2025. 

Sumber: Kosmo


 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 14-1-2026 10:51 AM
Edited by Samerosie at 14-1-2026 10:58 AM

Bertabah la ye siti sat lagi setat dan stajah jadian akan bertubi2 tanya kenapa bg nama anak nama hindu.  Tp setat2 dan stajah sendiri bg nama anak urban2 belaka putra dhar rayyan ean mikael aydan bin kasim.
Quote shalalat 14-1-2026 10:59 AM
Congrats sally. Indra / indera yang ai kenal semua helok. Sally nampak happy dan glowing sgt masa preggy
Quote farralemkova 14-1-2026 11:01 AM
tahniah sally & husband... nyomeynya baby
Quote doubleA 14-1-2026 11:02 AM
Tahniah sallywho
Quote prince_marhaen 14-1-2026 11:19 AM
Dua-dua mix, dua2 helok lawa, relax je anak nama sepatah, nama klasik.

Manakalaaaaa yang flat PPR NOUR BALQISH EZZARA BATRISYA ZOELA AR-RAUDHOUH, MUHAMMAD EL-HAQ FURQAN RAYYAN MIKAEL ASYDHAN.... gittewww haha
Quote NazRysha 14-1-2026 11:50 AM
nak nyebok jugak
anakku nama Reza Putra
Sebab aku minat reza minhat
kat sekolah ada 2 ketoi je nama Reza
Quote zuriey 14-1-2026 11:52 AM
Samerosie replied at 14-1-2026 10:51 AM
Bertabah la ye siti sat lagi setat dan stajah jadian akan bertubi2 tanya kenapa bg nama anak nama hi ...

Nama hindu ye
I igt konoha
Quote pocongkiutss 14-1-2026 12:31 PM
prince_marhaen replied at 14-1-2026 11:19 AM
Dua-dua mix, dua2 helok lawa, relax je anak nama sepatah, nama klasik.

Manakalaaaaa yang flat PPR  ...

Haha..agree sgt..spot on
Quote alien88 14-1-2026 12:33 PM
tahniah siti saleha & husband
Quote sukacactus 14-1-2026 01:44 PM
Tahniah sally & suami
Negeri yg aku menumpang ni pun lebih kurang tu jg Perlis Indera Kayangan
Quote Samerosie 14-1-2026 02:45 PM
zuriey replied at 14-1-2026 11:52 AM
Nama hindu ye
I igt konoha

Ha sanskrit chuols actually.  Makna x berapa best la tp kita fikir positive je mungkin ambil dari panca indera.
Quote fattymah 14-1-2026 03:49 PM
Tahniah sallywhon n shuben
Semoga indra menjadi anak soleh penyejuk mata mummydaddy
Quote L.U.S.M 14-1-2026 04:01 PM
Sejak bila nama indra tu nama kelly
Quote BungaKencana 14-1-2026 04:13 PM
Indra nama org kg aku tahun 90an dah ada.. jrg2 org guna.. moga baby membesar dgn sht..
Quote BungaKencana 14-1-2026 04:14 PM
L.U.S.M replied at 14-1-2026 04:01 PM
Sejak bila nama indra tu nama kelly

nk kaitkan dgn Indra Gandhi kot tp dia ni indira gandhi PM india


Quote Vanillah 14-1-2026 04:53 PM
Edited by Vanillah at 14-1-2026 04:55 PM

Baby Indra ni ginger ke? Tengok kaler rambut camtu. Macam anak Henry Golding no 2, full ginger tp muka asian.
Quote missbigrockstar 14-1-2026 05:12 PM
Welcome to the world baby Indra
Tahniah parents.
Quote ZORRO5555 14-1-2026 05:25 PM
Congratulations
Quote sharlenetexas 14-1-2026 05:43 PM
Tahniah.


Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.058061 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top