CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalian biadab, makin menjadi-jadi perangai syaitan – Elyana kesal anak angkatnya, Cahaya Ramadhani jadi mangsa ejekan

14-1-2026 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2193| Komen: 29

 


“Aku banyak pendam selama ini, makin menjadi-jadi perangai syaitan-syaitan.”

Demikian penegasan penyanyi Elyana yang kesal apabila anak angkatnya, Cahaya Ramadhani masih menjadi mangsa buli secara mental.

Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal, 39, memaklumkan tidak pernah mengharapkan simpati atau ihsan daripada sesiapa untuk membesarkan anaknya tetapi sering menjadi sasaran ejekan.

“Dengar sini ya, aku besarkan anak aku, tak pernah minta ihsan atau belas dari sesiapa pun selama ini.

“Jadi, kenapa kalian biadab sangat? Adakah anak aku merugikan kalian?,” katanya dalam Threads.

Lebih menyedihkan, pelantun lagu Kalis Rindu itu mendakwa anaknya diejek dengan panggilan berbaur perkauman yang disifatkan sangat tidak berperikemanusiaan.

“Kau hebat sangat ke jadi anak Melayu? Dari budak ini kecil sampai tujuh tahun aku besarkan.

“Tak habis-habis tekanan kalian bagi. Kau ingat anak angkat, anak tiada perasaan?,” tegasnya lagi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas seorang individu melemparkan komen liar terhadap Cahaya sehingga mencetuskan kemarahan Elyana.

Ini bukan kalian pertama Cahaya dikecam dan sebelum ini Elyana memberitahu mendakwa ada pihak yang berbuat jahat terhadap kanak-kanak itu.

Elyana turut memaklumkan, meskipun Cahaya adalah anak angkat, namun kasih sayang terhadap kanak-kanak itu tidak pernah berbelah bahagi dan sepenuh hati.

Malah sejak Cahaya berada dalam pangkuannya, dia sedaya upaya menyayangi dan menjaganya meskipun berdepan dengan masalah kesihatan.

Untuk rekod Elyana mendirikan rumah tangga bersama Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayah, 16 tahun. 

Sumber: Kosmo


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 14-1-2026 11:27 AM
Amendee.. sapa yg rajin nk kecam ank dia?
Sbb tu bdk2 kecik ko xyh expose dlm dunia media ni.
Quote mrsLucky 14-1-2026 12:46 PM
Kasian Budak tu...comel jer i tengok...

Anak angkat tu anak kepada Yasmin yang menjadi saksi pada penderaan Bella kan?
Yasmin anak angkat Bainun yang jadi witness. Bainun sekarang di penjara.

Bila I baca kes Bainun dari Aisah Jamil I assumed Yasmin tu seorang yang tidak boleh dipercayai.

Banyak betul kes Yasmin...Sebelum masuk rumah bonda, her bf masuk penjara sebab she was under age
Quote noorhairiahma 14-1-2026 01:45 PM
mrsLucky replied at 14-1-2026 12:46 PM
Kasian Budak tu...comel jer i tengok...

Anak angkat tu anak kepada Yasmin yang menjadi saksi pada p ...

Ooooh anak Yasmin tu ke?

Iya, zis. I baca sana sini, memang i pun fikir benda yang sama.
Quote A-Are 14-1-2026 02:27 PM
comel je budak tu...kecik2 da comel gini dah besar mesti lawa...kalau sebab warna kulit ke orang ngata? org kita suka benar mengata budak2 kulit gelap, yg putih je bg dorang comel..semalam tgk video budak2 kecik masuk darjah 1 netizen dokla komen budak 2org comel paderhal ada 3org budak dlm video tu..sbg mak mst terasa hati kalau jd gini...sbb yg post pon cikgu..igt budak2 xda perasaan ke...semua budak comel, of koz ada yg comot tp raikan jela...boleh je nak puji tp pastikan idokla sampai buat parent lain terasa, atau lg worse budak tu sendiri terasa...iols faham sbb iols pon antara yg pernha rasa dikata orang masa kecik sbb berkulit gelap..trauma tu terasa sampai sekarang..
Quote Shayang 14-1-2026 02:28 PM
Sbb tu sebaiknya anak2 yg masih sek rendah ni cover la muka dorang tu
Mereka blm mampu nk lindungi diri sendiri
Acik2 ni mmg kuat membuli walau dlm masa sama kononnya benci buli blablaa
Benci org buli anak dia je dia buli anak org takpe plak.
Quote EncikRhoma 14-1-2026 02:42 PM
Ok je la dia. Esok dah besar mesti lain. Off topic. Tadi meols tertengok pelakon2 keluarga Iskandar. Dulu yang pegang watak malin kan agak gerhana sikit. Sekarang dah cerah uolss.. cantik pulak tu. So kalau masa kecik gelap gelita, tak semestinya dah besar gelap gelita jugak
Quote likilu 14-1-2026 04:15 PM
Lah ko letak kat mana gambar anak suruh orang puji puji?

Kenapa sebagai penjaga tak protect anak tu? Salah ko. Anak org lain takde pun kena buli. Letak la sticker kalau nak show off ibu mithali pun
Quote supernaturalee 14-1-2026 04:59 PM
EncikRhoma replied at 14-1-2026 02:42 PM
Ok je la dia. Esok dah besar mesti lain. Off topic. Tadi meols tertengok pelakon2 keluarga Iskandar. ...

what's wrong with being what u called? gelap gelita??


Quote missbigrockstar 14-1-2026 05:09 PM
Manis anak dia besar nanti mesti lawa mcm anak mami.
Quote BungaKencana 14-1-2026 05:14 PM
mrsLucky replied at 14-1-2026 12:46 PM
Kasian Budak tu...comel jer i tengok...

Anak angkat tu anak kepada Yasmin yang menjadi saksi pada p ...

oh begitu kisahnya.. tq tt tepek gmbr sbb smlm tercari2 tak jmp... ok budak ni manis & da besar nnt tahu la dia cantikkan diri dia..
Quote ZORRO5555 14-1-2026 05:25 PM
Anak angkat rupa2nya
Quote zuriey 14-1-2026 08:09 PM
Comel je budak ni lincah mcm mak angkat dia
Quote mclaren 14-1-2026 09:57 PM
supernaturalee replied at 14-1-2026 04:59 PM
what's wrong with being what u called? gelap gelita??

Entahnya orang Asia ni. Asal putih je cantik. Mata dia dah terhijab drp kebolehan untuk nilai kecantikan if kulit tu tak cerah.
Quote mclaren 14-1-2026 10:04 PM
likilu replied at 14-1-2026 04:15 PM
Lah ko letak kat mana gambar anak suruh orang puji puji?

Kenapa sebagai penjaga tak protect anak t ...

Kenapa dia kena tutup muka anak dia when artis lain ok je tunjuk muka anak. Kalau dia tutup maknanya dia pun setuju dengan orang2 yang kutuk paras rupa anak dia, dah nampak terbalik drp apa mesej yg dia nak sampaikan, iaitu kita tak sepatutnya diskriminasi ikut warna kulit.
Quote likilu 14-1-2026 10:35 PM
mclaren replied at 14-1-2026 10:04 PM
Kenapa dia kena tutup muka anak dia when artis lain ok je tunjuk muka anak. Kalau dia tutup maknan ...

Dah kalau anak dia tak sesuai untuk dipuji tak payah la up langsung

Orang bagi review rupa paras anak dia seadanya terus nak kata diskriminasi

Review salah tak review salah
Quote rayna_raynes 14-1-2026 11:33 PM
likilu replied at 14-1-2026 10:35 PM
Dah kalau anak dia tak sesuai untuk dipuji tak payah la up langsung

Orang bagi review rupa paras  ...

Kenapa kena review muka anak orang? Dapat apa?
Quote sharlenetexas 14-1-2026 11:43 PM
mrsLucky replied at 14-1-2026 12:46 PM
Kasian Budak tu...comel jer i tengok...

Anak angkat tu anak kepada Yasmin yang menjadi saksi pada p ...

Tak silap dia lebih dari sekali mengandung aln.


Quote Tinot7 15-1-2026 01:41 AM
Yg besaq tu cinta, yg kecik tu cahaya ka?
Org dok banding kakak dan adik ka?
Quote j3m4h 15-1-2026 06:18 AM
Elok je nengok dak tu..beauty standard netizen ni mesti putih melepak mcm mayat idop kot..dulu2 ank black yg sulong pon org kecam..skrg dah beso elok je dak tu..El pon off komen @ skip je komen2 negative..nnt triggered kanser sheol plak kalo murung..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.068793 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top