CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Goodbye rumah, terima kasih atas segalanya – Banglo Sajat berjaya dilelong pada harga RM3.73 juta

14-1-2026 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1300| Komen: 18

 



Usahawan dan personaliti media sosial, Nur Sajat Kamaruzzaman menzahirkan rasa sedih apabila mengetahui rumah yang pernah menjadi tempat berteduhnya suatu ketika dahulu kini telah dijual.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Sajat mengakui kediaman tersebut menyimpan terlalu banyak kenangan sukar untuk dilupakan, namun menerima perkara itu sebagai ketentuan rezeki.

“Bila saya dapat tahu rumah ini telah dijual, hati ini sedih tapi saya reda. Mungkin itu bukan lagi rezeki saya,” tulisnya.
Bagaimanapun, Sajat berkata, dia tetap berasa bangga kerana pernah memiliki rumah tersebut hasil usaha mencari rezeki yang halal.

Menurutnya, walaupun hanya seketika, rumah berkenaan mempunyai makna besar dalam hidupnya dan setiap sudut kediaman itu masih jelas dalam ingatan.

“Hari ini saya ucapkan selamat tinggal. Rumah hanyalah bentuk, tetapi kenangan akan kekal hidup,” katanya.

Dalam masa sama, Sajat turut menzahirkan harapan untuk memiliki kediaman yang lebih baik pada masa hadapan, meskipun tidak perlu besar, asalkan cukup untuk memberi ketenangan dan kebahagiaan.

“Goodbye rumah. Terima kasih atas segalanya,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan baglo milik usahawan kontroversi itu akhirnya berjaya dilelong pada harga RM3.73 juta, semalam.

Banglo dua tingkat yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya, itu berjaya dibida oleh salah seorang daripada empat pembida.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang ejen hartanah dikenali sebagai Ishaq Marazi, di media sosial miliknya.


Sumber: Kosmo


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angin_menderu 14-1-2026 09:47 AM
boleh bayar hutang
Quote nolya 14-1-2026 10:11 AM
Sajat,kalau dia padai manage duit dia, bolehlah dia bayar segala hutang piutang dn lepaskan diri drp segala jeratan hukum mahkamah dll.  Sisa duit belilah sebuah apartment dn boleh kembali semula ke nagara yg tercinta ini, MY. Boleh berkumpul semula dgn keluarga, anak2 d sahabat handai. Buatlah kerja2 yg tidak timbulkan kontroversi lagi. Nak niaga, jadi influencer boleh, jualan mll tiktok boleh asal jgn lagi timbulkan sesasi lagi. Dah terlanjur  d tak boleh Uturn lagi, apa boleh buat, jalan terus je dgn keadaan seadanya. Tapi wujudkan diri dlm situasi yg boleh diterima ramai. Jagalah pemakaian dn akhlak. Dosa dn pahala, biarlah Allah yg mengadilinya.
Welcome back to MY, Ms Sajat..
Quote lasagna 14-1-2026 10:14 AM
duit dpt ke dia ke? mcm tak jerr..
sbb dia sndri melarikan diri, declare muflis lg tak silap,
pastu tak settle dgn bank. tu yg lelong..
ke ada sapa tau urusan mortgage gini?
Quote Tinot7 14-1-2026 10:24 AM
Rumah bamjat rupanya...
Quote laksmanabentan 14-1-2026 10:37 AM
lasagna replied at 14-1-2026 10:14 AM
duit dpt ke dia ke? mcm tak jerr..
sbb dia sndri melarikan diri, declare muflis lg tak silap,
pastu  ...

3,73juta itu harga lelong
belum termasuk cukai pintu dan segala cukai yang tertunggak...
campur lagi dengan kos peguam segala

3,73 tu settle kan bank aja tapi berapa loan yang dia pinjam ke bank?

Quote imransulaiman 14-1-2026 10:47 AM
Kalau hutang rumah tu 2j, ada lagi tinggal kat dia 1.73j

Begitukah?
Quote PULANGKAN 14-1-2026 11:50 AM
https://ms.wikipedia.org/wiki/Nur_Sajat

nama, Muhammad Sajjad
pasangan, Muhammad Adam

baru ku tau, aiyoyoyoyo
Quote Incanto 14-1-2026 12:26 PM
lasagna replied at 14-1-2026 10:14 AM
duit dpt ke dia ke? mcm tak jerr..
sbb dia sndri melarikan diri, declare muflis lg tak silap,
pastu  ...

dia beli rumah tu dgn pinjaman bank atau duit sendiri?

kalau pinjaman bank ,rumah tu di cagar ke bank

bila dah lelong, bank ambil dulu jumlah pinjaman yg masih outstanding, baki dapat ke sajat. Kadang kadang kalau jumlah loan masih tinggi, pemilik dapat ciput saja.  Atau tak dapat apa langsung

kalau sajat beli duit sendiri,tolak semua cukai cukai, komisyen ejen hartanah, kos lelong...baki dapat ke sajat
Quote dekmieDandy 14-1-2026 02:42 PM
imransulaiman replied at 14-1-2026 10:47 AM
Kalau hutang rumah tu 2j, ada lagi tinggal kat dia 1.73j

Begitukah?

iyo gitu, tapi dia ada kes saman jugak rasanya dak? yang tu pun lama tak dengar update
Quote tigerads 14-1-2026 03:19 PM
dh dilelong, amount tu akan ditolak semua hutang2 yg masih ada dgn bank dan tuntutan mahkamah yg dibuat sblm ini dan segala kos lelongan...lps tu gelaran al-muflis akan ditarik daripada dia...

jika ada baki drp segala hutang piutang br dpt kat penama tu...silap2 baki hutang x habis lg...gelaran muflis masih kekal..

jd elakkan diri berhutang sehingga dpt title muflis...susah nak bawa diri ke mana2..pendek langkah
Quote cicicumel 14-1-2026 03:39 PM
Hasil rezeki halal katanye...yelah jual produk kan .

Yg kt OZ skrg ni, halal ke? Jadi penari tiang kan...
Btw member dia si Mokkay tu pn x insaf lagi..Org Ganu...

Yg si Safie ilias plak makin menyeramkan muka...kembung sana sini
Quote bioessence 14-1-2026 04:37 PM
Alif shukri dah lepas beban menanggung rumah agam. Nasib baik dapat jual ke sajat.
Quote lasagna 15-1-2026 08:09 AM
laksmanabentan replied at 14-1-2026 10:37 AM
3,73juta itu harga lelong
belum termasuk cukai pintu dan segala cukai yang tertunggak...
campur l ...

yaa jugak.. mesti byk cukai yg trtunggak juga ek..
gigih laa sape yg beli nk mbyor extra..
loan dia ke bank idok ler tau bape huhu..
Quote lasagna 15-1-2026 08:11 AM
Incanto replied at 14-1-2026 12:26 PM
dia beli rumah tu dgn pinjaman bank atau duit sendiri?

kalau pinjaman bank ,rumah tu di cagar ke b ...

tak tau laa dia guna duit sndri or loan ke bank..
mostly bank laa tu, tp time tu dia tgh mampu ntoh laa kan..
macih atas penerangan.. tqvm.
Quote azimodin 15-1-2026 08:53 AM
Balasan... Sebab sombong sampai berani berpakaian seperti wanita ketika mengerjakan umrah
Quote hayrin86 15-1-2026 08:57 AM
Tolong pindahkan bebenang ini ke reruai Isu Semasa sebab dia bukan artis
Quote annehuda 15-1-2026 09:56 AM
korang kena ingat, sajat ni pun ada kes polis. masa dia lari tu sbnrnye polis tgh nak siasat pasal kes tipu maklumat kad pengenalan sampai dia boleh buat umrah sebagai perempuan tu dan Sajat adalah saksi utk kes tu.  Even masa dia lari ke Thailand tu pun dia kena tahan dengan imigresen Thailand jugak sebab masuk as a PATI. tu yg die lari ke Australia terus tu. camno dia bleh lari ke Aussie tu wallahualam la. aku tak rasa pun dia akan balik ke Malaysia sebab kalau dia balik masih ada kes menunggu dia.
Quote nanasno 15-1-2026 02:51 PM
macam murah sangat je harga tu. harga sebenar mesti lagi tinggi

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056557 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top