CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Uqasha ada pendirian sendiri, Kamal pun dah cuba sehabis baik’ - Zain Saidin

13-1-2026 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1681| Komen: 20

 



Pelakon Zain Saidin meminta peminat Kamal Adli dan Uqasha Senrose berhenti mengeluarkan sebarang komen yang boleh mengeruhkan lagi hubungan dua selebriti tersebut ketika ini.

Menurut Zain, memburukkan mana-mana pihak adalah perkara yang merugikan kerana tidak mendatangkan sebarang faedah kepada Kamal dan Uqasha yang sah bercerai talak satu semalam.

“Tidak perlulah hendak melaga-lagakan mereka dan berpihak kepada sesiapa. Saya tidak berpihak kepada Kamal mahupun Uqasha, saya lebih kepada memahami.

“Kita tidak perlu ambil tahu, cukup sekadar memberi sokongan dan kata-kata yang baik sahaja. Kalau kalian memburukkan sesiapa pun, tidak akan mengubah apa-apa.

“Mereka sendiri yang boleh selesaikan dan pilih apa yang mahu buat. Apa pun yang kita katakan tidak akan berguna,” katanya dalam sebuah video.

Akuinya, semua kecaman dan komen negatif terhadap dua pelakon tersebut adakalanya melebihi batas tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

“Saya paling tidak tahan dengan orang yang asyik mengata dan mengecam sana sini sedangkan tidak tahu cerita sebenar.

“Tolonglah para peminat semua, cakaplah benda yang baik-baik sahaja.

“Berdosa juga kalau kita asyik kata benda yang tidak elok. Doakan yang baik-baik sahaja walaupun bunyinya klise,” ujarnya.

Dalam video sama, Zain berharap Kamal terus kuat dalam berdepan dugaan hidup terutama apabila perlu menerima hakikat sekatan untuk bertemu dengan anak perempuannya, Hawra Uqaira.

Dia juga mengakui kagum dengan kekuatan yang dimiliki Kamal sepanjang berdepan konflik rumah tangga sebelum ini.

“Kamal, saya faham bahawa awak telah mencuba sehabis baik untuk pertahankan hubungan dengan Uqasha dan sudah tentu untuk anak kalian.

“Saya nampak emosi dan tahu sangat apa yang awak lalui kerana saya pun paling takut benda-benda sebegini berlaku, berpisah dengan pasangan sebab menggerunkan.

“Saya takut juga jika tidak dapat berjumpa anak. Apabila tidak boleh lagi berjumpa anak pada bila-bila masa dan ada sekatan benda itu memang tidak menyeronokkan

“Kamal sangat kuat, masih boleh bekerja, tidak hilang punca dan dia memang hebat. Kalau berlaku kepada diri sendiri, mungkin saya sudah tumbang,” katanya lagi.

Tidak menyebelahi mana-mana pihak, Zain juga menitipkan kata-kata semangat buat Uqasha dan menghormati pendirian pelakon berkenaan.

“Uqasha pun ada pendiriannya sendiri, jadi saya tidak tahu siapa yang salah atau betul, saya tidak mahu kata sesiapa salah atau betul.

“Saya tidak ada apa-apa perkara buruk untuk diperkatakan tentang Uqasha. Saya di sini bukan untuk menghukum atau menghakimi tetapi cuma ingin mendoakan yang terbaik,” jelasnya.

Suami kepada pelakon Rozita Che Wan itu juga sempat menawarkan diri sekiranya Kamal memerlukan seseorang untuk meluahkan masalah satu hari nanti.

“Insya-Allah jika kita berjumpa lagi, saya harap kita dapat berbual. Kalau tidak mahu meluahkan apa-apa pun tidak mengapa, saya tak paksa.

“Tetapi jika awak perlukan seseorang untuk mendengar, saya ada di sini dan sedia menjadi pendengar jika diperlukan.

“Berdoa dan sujud kepada Allah. Itulah yang terbaik yang boleh kita lakukan, hanya Dia yang mampu mengubah segala-galanya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam.

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, dilahirkan pada 27 April 2024. 


Sumber: Kosmo


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 13-1-2026 07:02 PM
Tapi kenapa mamat ni nak bersuara?
Quote noor2 13-1-2026 07:52 PM
Zain dah mcm.muka bangla @ pakistan
Quote lanacondor 13-1-2026 08:00 PM
Yg sebetulnya jodohnya smpi situ je. Dorg yg dlm rumah tga tu, dorg je yg tau. Kita ambik pengajaran yg baik sudah. Jg keluarga masing2
Quote doubleA 13-1-2026 08:22 PM
Tiber jenseden bagi statement. Biorlah deme yg sebantal lebih tahu
Quote akuHavocczz 13-1-2026 10:13 PM
Tak pe lah jugak dia support dua dua. Tu kawan bini si bedul sorang tu dah try masuk jarum dah. Belajar dengan kawan baik lah tu, cerai je duda terus try cucuk jarum
Quote angin_menderu 14-1-2026 03:32 AM
tibe
Quote sweetfasha 14-1-2026 08:16 AM
tiberrrrr

betullah kata jen.. tapi udahlah jangan menunggang isu sangat walaupun dah sendu tapi jangan cuba cuba
Quote MatDeghem 14-1-2026 08:32 AM
akuHavocczz replied at 13-1-2026 10:13 PM
Tak pe lah jugak dia support dua dua. Tu kawan bini si bedul sorang tu dah try masuk jarum dah. Bela ...

Sapa eh? Nanti bg mat hantar suggestion pada kawan binik bedul.

Kat thread kecoh dorang kaitkan pajura dgn uqasa.
Geng2 keledek ubi kayu kot.
Quote MatDeghem 14-1-2026 08:34 AM
Muka sedey...jangan nanti lepas 5 bulan merisik anak dara org. Dgn alasan nak ubat hati yg luka. Aniaya anak org....
Quote supernaturalee 14-1-2026 09:21 AM
zen ni keje ape eh

lama dah tak nampak

mcm che ta tu dh mula berlakon balik kan



Quote KamikuP 14-1-2026 11:21 AM
jADI GAY JELAH KAMAL OII.. EKEK
Quote akuHavocczz 14-1-2026 01:22 PM
MatDeghem replied at 14-1-2026 08:32 AM
Sapa eh? Nanti bg mat hantar suggestion pada kawan binik bedul.

Kat thread kecoh dorang kaitkan  ...

Ex tunang mukhsin
Quote MatDeghem 14-1-2026 01:40 PM

dia ini?



dia dari keluarga old money tak? tak old money lebih baik duduk tepi.



Tapi boleh cuba try lah....nasib sabut timbol, nasib batu tengelamm











Quote boudinniA 14-1-2026 05:07 PM
Artis malaysia memang suka mencapub dan menunggang hal kahwin-cerai artis lain. Boleh jadi berita.
Quote ZORRO5555 14-1-2026 05:26 PM
Laki bini suka menyibuk hal org
Quote miss_strangers 14-1-2026 09:00 PM
MatDeghem replied at 14-1-2026 01:40 PM
dia ini?



Minah playvictim nehhhh.....xmemasal mukhsin kena pitenoh.....skrg aman2 mukhsin dengan bini lawooo dia......
Quote ninja boy 14-1-2026 09:12 PM
Untunglah rcw susah senang laki ada tolong
Quote akuHavocczz 14-1-2026 09:54 PM
miss_strangers replied at 14-1-2026 09:00 PM
Minah playvictim nehhhh.....xmemasal mukhsin kena pitenoh.....skrg aman2 mukhsin dengan bini lawoo ...

Tu lh pasal dia ibarat uqasha 2.0 je. Nasib tak pemes je time buat taik.
Quote MatDeghem 15-1-2026 09:27 AM
miss_strangers replied at 14-1-2026 09:00 PM
Minah playvictim nehhhh.....xmemasal mukhsin kena pitenoh.....skrg aman2 mukhsin dengan bini lawoo ...

Keluarga nya toxic. Dari amak ke anak2 nya. sib baik muhksin dah terlepas......


Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 06:26 PM GMT+8 , Processed in 1.081448 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top