CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Konstabel tampar penunggang motosikal tidak dibenar jalankan tugas operasi - KP Johor

13-1-2026 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 986| Komen: 7

  


JOHOR BAHRU – Anggota polis berpangkat konstabel yang tular kerana bertindak menampar seorang penunggang motosikal di sebuah stesen minyak di Taman Perling, di sini Ahad lalu tidak dibenarkan terlibat dengan penugasan-penugasan operasi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, arahan itu bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, setakat ini, polis telah mengambil keterangan empat individu termasuk mangsa, anggota polis serta saksi kejadian.


“Polis telah menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun kira-kira pukul 8 malam, hari sama. Setelah kejadian itu tular, kita telah jalankan siasatan awal sebelum laporan dibuat mangsa kerana salah seorang anggota polis yang turut berada di lokasi juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

“Kertas siasatan telah dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Kita akan lengkapkan siasatan sebelum dirujuk ke jabatan perundangan Bukit Aman sebelum dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Ab. Rahaman turut memberitahu, anggota terbabit tidak boleh ditahan daripada menjalankan tugas hakikinya tanpa prosedur siasatan dibuat terlebih dahulu.

“Benar anggota terbabit bercuti pada hari tersebut, namun telah dipanggil bertugas bagi menyertai operasi dijalankan Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Utara (JBU), namanya ada dalam senarai penugasan.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, cuma semasa kejadian difahamkan anggota cuba menahan motosikal ditunggang mangsa yang cuba melarikan diri, jadi mungkin secara spontan berlaku insiden tamparan,”jelasnya lanjut.

Kelmarin, satu rakaman video berdurasi 23 saat memaparkan seorang penunggang motosikal lelaki bersama seorang pembonceng wanita sedang meninggalkan kawasan pam minyak sebelum kenderaannya hampir bertembung dengan sebuah motosikal lain.

Walaubagaimanapun tiada pelanggaran besar berlaku namun seorang individu bertindak menghampiri penunggang motosikal sebelum dilihat menampar mangsa di bahagian kepala menggunakan tangan kanan.
 

Sumber: Kosmo


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 13-1-2026 05:48 PM
Silap² dtg melutut mintak tarik balik report
Quote ChildrenOfBodom 13-1-2026 11:06 PM
konstabel ja pon, hina siakk
Quote B40tastePosh 14-1-2026 12:23 AM
Sekarang memang banyak SJR mat rempit, konvoi motor etc.

Sebab semalam pergi Ipoh tengok polis tahan geng motor konvoi.
Quote misszazaz 14-1-2026 10:08 AM
hhrrrmmmm
Quote KamikuP 14-1-2026 11:23 AM
Meolls tatau sapa salah, mungkin yg kene tampor tu lari dari SJR kot.. kataku memfitnah membabi buta di Bukit tagar.. ekekek
Quote wnwa05 16-1-2026 10:39 AM
budak berani la ko lempang cuba lempang berader2 silap2 lempang askar ke komando makan terajang balik kat situ
Quote B40tastePosh 16-1-2026 10:51 AM
Edited by B40tastePosh at 16-1-2026 10:53 AM
wnwa05 replied at 16-1-2026 10:39 AM
budak berani la ko lempang cuba lempang berader2 silap2 lempang askar ke komando makan terajang bali ...


Polis sekarang pun banyak background Mat Rempit dan Mat Dadah...dan spesis Inspektor Sheila.

Kalau orang normal tak nak jadi polis Orang normal takda ye duduk atas jalan bawah panas terik, hujan.... Security pun duduk atas kerusi kat Tol Booth.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.197603 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top