CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Singapura salotape nombor plat isi RON95 didakwa esok

13-1-2026 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1080| Komen: 13



KULAI – Seorang warga Singapura yang dikesan menutup nombor pendaftaran kenderaan dipandunya untuk mengisi minyak petrol RON95 akan didakwa di mahkamah di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pendakwaan akan dibuat mengikut Seksyen 108(3)(E) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tertuduh akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai pada esok dan akan dituduh,” katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

Terdahulu, Seng Lee berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima satu laporan berhubung video tular itu pada pukul 5 petang, 4 Januari lalu.

“Video yang berdurasi seminit 30 saat itu memaparkan sebuah Volkswagen Jetta warna perak yang bernombor pendaftaran dipaparkan LJ8967, sedang mengisi minyak menggunakan RON95 di Stesen Minyak Kulai di Batu 21/4, Jalan Johor Bahru – Air Hitam di sini.

“Siasatan lanjut terhadap pemilik kenderaan itu telah dijalankan mendapati nombor pendaftaran kereta sudah diubah. Nombor pendaftaran dan pemilik adalah pemegang status penduduk tetap (PR) Singapura,” jelasnya.

Seng Lee sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan saman ke atas pemilik kenderaan jika mendapati nombor pendaftaran kenderaan itu menyalahi peraturan yang ditetapkan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor, Lilis Saslinda Pornomo juga dilaporkan berkata, satu tindakan kes telah diambil ke atas pengusaha stesen minyak berkenaan, kerana pelanggaran Subperaturan 12A Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Beliau dilaporkan berkata, tindakan itu diambil selepas hasil siasatan mendapati pihak pengusaha stesen minyak berkenaan disyaki melanggar arahan Pengawal Bekalan iaitu mengenai larangan penjualan minyak petrol RON 95 kepada kenderaan pendaftaran asing. 
 

Sumber: Kosmo


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 13-1-2026 05:49 PM
haha... panjang akal
Quote paanz 13-1-2026 07:01 PM
aku baru tahu, boleh eh dieorang ni kena dakwa?
kira kalau dieorang dh balik singapore tu, polis kita panggil dieorang balik untuk dakwa kat malaysia la kan?

kalau dia xdatang boleh ke?
Quote Decaffeinated 13-1-2026 07:52 PM
paanz replied at 13-1-2026 07:01 PM
aku baru tahu, boleh eh dieorang ni kena dakwa?
kira kalau dieorang dh balik singapore tu, polis kit ...

driver kena dakwa atas kesalahan ubah suai number plate

tokei pam minyak yang kena dakwa menjual pada kenderaan asing. bagi aku kes lemah dia boleh ja kata dia pun tertipu.

Quote ZORRO5555 13-1-2026 08:31 PM
Dah viral teruk kat Singapore baru apek ni pegi balai
Quote L.U.S.M 14-1-2026 12:51 AM
LJ patutla kantoi..ko patut letak V tak pun J tak pun W baru la org xsuspicious..nak acah bijak tp terkantoi plak hahaha
Quote Zazama 14-1-2026 10:32 AM
Eee ..tak malunya.  Selain memalsukan nombor pendaftaran kete, masih lagi nak ambil kesempatan curi2 isi minyak.
Quote pengecatbintang 14-1-2026 11:10 AM
bagus betul mekanisme BUDI95...

naper gov Mesia sblm ni x buat
Quote IzzahF 14-1-2026 11:19 AM
adoii tu la yg kat sini bising kata malaysia tak best, sanggup p tukar citizenship singapore. tp bila nak isi minyak, beli groceries, beli beras, minyak masak, toilet paper..gigih masuk malaysia
Quote KamikuP 14-1-2026 11:26 AM
Apek tua tak mandi pagi tu tau ke yg LJ tu bermaksud Lubang Jubo? ekekekeke
Quote johan-adx 14-1-2026 11:31 AM
denda stesen minyak tu skali..apek tu denda jgk..jgn lupa org yg rakam tu beri sikit tips..
Quote STONER 14-1-2026 12:01 PM
negara paling maju income banyak kononnya tapi curi subsidi negara orang jugak daserrrrr
Quote Decaffeinated 14-1-2026 12:26 PM
L.U.S.M replied at 14-1-2026 12:51 AM
LJ patutla kantoi..ko patut letak V tak pun J tak pun W baru la org xsuspicious..nak acah bijak tp t ...

huruf asal SLJ patut dia selotape SL tinggalkan J sahaja baru nampak macam local car

Quote Decaffeinated 14-1-2026 12:27 PM
STONER replied at 14-1-2026 12:01 PM
negara paling maju income banyak kononnya tapi curi subsidi negara orang jugak daserrrrr

kerana negara sendiri tiada sabsidi. LKY pernah kata walau macam mana kaya pun negara dia tak akan bagi free money kat rakyat. dulu lah...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.049582 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top