|
Pelakon Uqasha Senrose berkata dia kini mahu meneruskan kehidupan ke hadapan bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira selepas sah bercerai talak satu semalam.
Memetik Astro Gempak, Uqasha tiada hasrat untuk kembali rujuk dengan bekas suaminya, Kamal Adli. “Buat masa ini, memang tiada istilah mahu rujuk. Soal ke depan kita tak tahu, masa depan pun kita tak boleh jangka. “Tetapi apa boleh saya cakap sekarang, saya nak melangkah ke depan sahaja. Ke depan dan terus ‘move on’,” katanya. Sementara itu, Uqasha memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai perceraian yang berlaku serta mendoakan agar bekas suaminya lebih bertanggungjawab. “Kami pernah bergelar suami isteri dan sekarang sudah jatuh satu talak. Saya tak tahu apa lagi nak diperkatakan. “Apa yang saya tahu, saya mahu melangkah ke depan untuk 2026. Perkara tadi sudah berlaku dan lafaz pun sudah dibuat. Saya cuma doakan dia menjadi insan lebih bertanggungjawab,” katanya. Sumber: Astro Gempak, Rotikaya
|
Kiahlemau replied at 13-1-2026 11:10 PM
Banyak betul Komen dia ni ye.... patutnya dah dpt apa yg ko nak ...diam tutup je mulut tu. Lagi bany ...
Tinot7 replied at 15-1-2026 01:52 AM
So sblm ni kurang bertanggungjawab?
azimodin replied at 15-1-2026 02:25 PM
Tak puas hati ramai yg side kemaldeli kot
sukanyanyi replied at 15-1-2026 02:45 PM
Itulah yg dia nak hintkan. Wallahualam, Tuhan jer yg tau.
kalchi replied at 15-1-2026 02:52 PM
Tp korang tgk tak ada satu video xtah dr program apa. So tak bole juga nk kata kamal takda salah. Dr ...
sukanyanyi replied at 15-1-2026 08:52 PM
Meols caye je kalo kemal ni tak perfect sbagai somi.. maybe expectation ungkah lebih tinggi drpd y ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.038909 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.