|
JAKARTA – Mulai 2 Januari lalu, Indonesia menguatkuasakan bahawa amalan poligami yang dilakukan tanpa mematuhi prosedur undang-undang boleh dikenakan hukuman jenayah, lapor portal berita Radar Online hari ini.
Susulan penggubalan Undang-Undang Nombor 1 Tahun 2023 mengenai Kanun Keseksaan (KUHP), ia membawa perubahan penting kepada peraturan perkahwinan di Indonesia. Salah satu perkara yang mendapat perhatian umum ialah peruntukan hukuman jenayah terhadap lelaki yang berkahwin lagi secara senyap-senyap, tanpa persetujuan isteri yang sah dan tanpa kebenaran mahkamah. Amalan tersebut kini tidak lagi dianggap sekadar pelanggaran pentadbiran, sebaliknya boleh membawa kepada hukuman penjara. Sementara itu, pakar undang-undang jenayah Universiti Muhammadiyah Surakarta (UMS), Muchamad Iksan berkata, peraturan tersebut dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 402 KUHP baharu. “Justeru, seorang lelaki yang masih terikat dalam perkahwinan yang sah dan berkahwin semula tanpa kebenaran boleh dikenakan hukuman jenayah. Ini bermakna, poligami secara sembunyi-sembunyi boleh dihukum berdasarkan KUHP baharu ini,” kata Iksan. Beliau menjelaskan bahawa dalam Perkara 402 ayat (1) KUHP baharu, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara maksimum empat tahun enam bulan atau denda maksimum kategori IV, iaitu sehingga 200 juta rupiah (RM48,000). – AGENSI
|
BoongaKertas replied at 13-1-2026 11:44 AM
patut buat kat msia. then mahkamah kena tgk gak kemampuan laki tu, kalau all the while bini 1st yg t ...
midori888 replied at 13-1-2026 05:43 AM
bukan law skrg mcm tu ke?kawan2 meols yg kawen lebih dari satu mmg diorg gi court declare their in ...
BoongaKertas replied at 13-1-2026 03:30 PM
tak, mksd iols nak jdkan undang2 kalau xde kemampuan but still kawen 2 and xde consent 1st wife, j ...
borrow replied at 13-1-2026 08:12 AM
laki tak berkemampuan , tp pencaras skrg pun byk yg dah kerja , income lebat. Mcm my kazen tu boss ...
BoongaKertas replied at 13-1-2026 04:31 PM
itu kalau 2nd wife yg power income dia. ni jantan tu punya tggjwb utk sara 1st wife. takkan nak hr ...
bottombikini: indo ni bunuh org pun kena hukum 4 tahunpolygamy pun nak 4 tahun gaktak ke buat penuh jel je
ADVERTISEMENT