|
Bercerai tidak semestinya bermusuh, pelakon Kamal Adli berharap agar urusan untuk bertemu dan meluangkan masa bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira, menjadi lebih mudah selepas sah bercerai dengan bekas isteri, Uqasha Senrose.
Ujar Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, sebelum ini berdepan kekangan untuk bertemu cahaya matanya sehingga masa bersama puteri tunggalnya sangat terhad. “Saya harap selepas ini lebih senang untuk saya jumpa Hawra. Sebelum ini memang agak susah dan sudah lama juga saya tak luangkan masa dengannya. “Dalam tempoh tiga bulan kebelakangan, saya rasa hanya sempat jumpa Hawra sekitar lima kali sahaja. “Jadi saya benar-benar harap semuanya dipermudahkan supaya saya dapat meluangkan masa dengan anak,” katanya kepada Kosmo! Online. Bintang drama Bahagia Yang Tertangguh itu turut merayu orang ramai supaya tidak meninggalkan komen negatif atau kecaman terhadap bekas isterinya susulan perceraian mereka. “Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dari awal. Cuma satu pesan, tolong jangan tulis komen buruk tentang Uqasha dan jangan kecam dia. “Saya sudah cuba sedaya upaya mempertahankan rumah tangga. Kalau Allah tetapkan perjalanan ini sampai di sini, saya reda,” ujarnya sejurus selesai melafazkan talak satu terhadap Uqasha di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mengulas hubungan mereka selepas perceraian, Kamal mengakui tidak pasti sama ada masih boleh berbaik seperti sebelum ini, namun berharap perkara tersebut tidak menghalang hubungannya bersama Hawra. “Saya tak tahu sama ada kami boleh jadi sahabat atau tidak. Nak salam pun tak sempat tadi. Keadaan berlaku begitu sahaja. “Saya cuma harap satu, jangan susahkan saya untuk jumpa Hawra sebab sekarang cuma dia sahaja yang saya ada,” jelasnya. Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 12.56 tengah hari tadi. Sumber – KOSMO! ONLINE
|
cikus replied at 13-1-2026 03:06 PM
Kira uqash ada hati perut lg...x mohon cerainya pd bzzday pak ank dia....
sukanyanyi replied at 13-1-2026 12:17 PM
Just harap takde kilafizi 2.0. Yg itu sgt penat nak dibaca dan dicerca.
Minami2013 replied at 13-1-2026 03:37 PM
Bgtau media psl susah nak jumpa hawra. Lepas tu dlm masa yg sama bgtau netizen jgn kecam2 uqasha... ...

pearl.silver replied at 14-1-2026 03:30 AM
Hari yg jatuh talak tu i nmpk dia drama je konon berat hati nk cerai tu..
Deep diwn ko mmg x hamak ...
pearl.silver replied at 14-1-2026 11:30 AM
Hari yg jatuh talak tu i nmpk dia drama je konon berat hati nk cerai tu..
Deep diwn ko mmg x hamak ...
Minami2013 replied at 14-1-2026 01:23 PM
Meols pun kdg nmpak heols berdrama jugak dan kdg ternampak juga apa yg uqasha maksudkan.
Try har ...
akuHavocczz replied at 15-1-2026 06:04 AM
Iols pun rasa dia ni sebenarnya ada agenda untuk diri sendiri je. Baru ni dia cakap jangan selongk ...



akuHavocczz replied at 14-1-2026 10:04 PM
Iols pun rasa dia ni sebenarnya ada agenda untuk diri sendiri je. Baru ni dia cakap jangan selongk ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.184716 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.