CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu sekolah padat diberikan perhatian segera – Fadhlina Sidek

13-1-2026 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2517| Komen: 44

 


PETALING JAYA – Hari pertama sesi persekolahan 2026 bagi kumpulan B hari ini menyaksikan beberapa sekolah di Lembah Klang beroperasi lancar, namun terdapat aduan mengenai isu kepadatan pelajar yang memerlukan tindakan segera.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, setiap jenis sekolah memainkan peranan penting dalam meningkatkan akses pendidikan untuk murid-murid.

“Secara keseluruhan, pengoperasian di semua sekolah yang saya lawati berjalan lancar. Walaupun begitu, terdapat beberapa perkara berbangkit yang memerlukan perhatian segera.

“Isu sekolah padat misalnya, menuntut penyelesaian tuntas secara jangka pendek, sederhana dan panjang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Fadhlina mengadakan lawatan meninjau suasana hari pertama sesi persekolahan 2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Denai Alam, SK Saujana Utama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama, SJKC Ladang Regent Elmina dan SJKT Ladang Rasak.

Beliau menambah, bermula semalam, seluruh jajaran Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan (KPM) digerakkan untuk memantau pengoperasian sesi baharu persekolahan.

“Kami ingin pastikan kelancaran operasi di semua sekolah seluruh negara termasuk inisiatif Bantuan Awal Persekolahan yang memberi manfaat kepada lebih lima juta orang murid,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hart_attack 13-1-2026 02:50 PM
Smk ank iols 7 kelas tingkatan 1, 1 kaa.
1 kelas lbh kurang 40-41 org
Quote evlinne 13-1-2026 05:16 PM
Kita kekurangan hospital dan sekolah kerajaan esp area klang valley sbb perumahan mencanak2  dibuat
Quote PULANGKAN 13-1-2026 08:19 PM
hart_attack replied at 13-1-2026 02:50 PM
Smk ank iols 7 kelas tingkatan 1, 1 kaa.
1 kelas lbh kurang 40-41 org

ramai betul, kesian budak bersesak dalam kelas
tu tak campur lagi bila ada kelas kipas rosak, panas ya amat

Quote SalenaGomez 13-1-2026 08:39 PM
Sekolah SMk Saujana utama, contoh eh. Kelas utk setiap tingkatan dari huruf A sampai N (ada tingkatan lain yg lebih huruf lagi) setiap kelas ada 40-50 murid… cer buat kira2
Quote kotakbaju 13-1-2026 10:21 PM
SalenaGomez replied at 13-1-2026 08:39 PM
Sekolah SMk Saujana utama, contoh eh. Kelas utk setiap tingkatan dari huruf A sampai N (ada tingkata ...

Kalau dh nak cecah 50orang murid dalam satu kelas tu kira ramai betul tu. Sekolah situ ada satu sesi saja ke?

Teringat zaman meols sekolah rendah dan menengah dulu. Memang time meols dlu smpai kena buat dua sesi persekolahan sebab terlampau ramai pelajar. Ini citer tahun 90an dengan awal tahun 2000 dulu.
Quote fattymah 13-1-2026 10:32 PM
Sekolah anak iols 18 kelas satu tingkatan
60 org satu kelas
Cer buat kira²
Quote brainbiru 14-1-2026 07:26 AM
fattymah: Sekolah anak iols 18 kelas sat ...
sekolah mana tu smpai 18. 1 kelas berapa org?
Quote brainbiru 14-1-2026 07:30 AM
SalenaGomez replied at 13-1-2026 08:39 PM
Sekolah SMk Saujana utama, contoh eh. Kelas utk setiap tingkatan dari huruf A sampai N (ada tingkata ...

I mcm pnh baca sekolah kelas dari A smpai Z.. kat mana lupa....
A...N 14kelas... padatnya... 2sessi ke? Ada 1 sekolah je ke situ? Tak dpt bygkan betapa jem nya waktu pegi n balik
Quote Samerosie 14-1-2026 07:35 AM
brainbiru replied at 14-1-2026 07:30 AM
I mcm pnh baca sekolah kelas dari A smpai Z.. kat mana lupa....
A...N 14kelas... padatnya... 2ses ...

Cyberjaya. Kata nak bina second school tp sampai hari ni x naik lagi. My friend duk cyber anak dia end up duduk rumah nenek kat kl pergi sekolah kat sana.
Quote venom1 14-1-2026 07:54 AM
Anak pokcik kat SMK Bandar Seri Putra. 1 kelas 54 orang. Tingkatan 1 tahun ni 1100 lebih.
Quote bulan_gerhana 14-1-2026 08:28 AM
hadoi.. dilemma mcm ni.. iols baru fikir nak pindah ke klang valley.. nak dekat dgn family iols.. tapi mcm risau takut weyyy 3 anak ni sekolah... bila sekolah terlalu ramai.. cikgu pun x mampu bagi perhatian kat murid.. mcm kene tangguh je.. takkan kene lari ke belah n9 pulak..

tapi sungguh.. gomen ni nak tggu ape... bertangguh2 buat sekolah.. yg tgh buat pun hire contractor kroni sendiri buat hal.. lari..

ni lah jadi.. bila perancangan pembangunan berdasarkan duit je.. x kan xde slot reserve tanah utk sekolah.. keperluan asas tu.. kpm pun baru ini la nak dsicuss.. lambert la korang nak plan.. mau 5 tawon lagi baru terpacak tiang tu pun kot iye.. plan gini dah kene ade masa lulus projek perumahan.. bukan time ni baru korang nak discuss halah halah
Quote zehra2 14-1-2026 09:13 AM
venom1 replied at 14-1-2026 07:54 AM
Anak pokcik kat SMK Bandar Seri Putra. 1 kelas 54 orang. Tingkatan 1 tahun ni 1100 lebih.

sekolah ni kontraktor nya lari jadi kelas tal cukup
Quote dekmieDandy 14-1-2026 09:56 AM
fattymah replied at 13-1-2026 10:32 PM
Sekolah anak iols 18 kelas satu tingkatan
60 org satu kelas
Cer buat kira²

iolls dulu-dulu tengok sepupu yang tinggal klang valley ni, sekolah dia kelas nama planet pun dah terkejut sebab ada 8 kelas

kita dok kampung je, kalau 3 kelas tu dah kira budak banyak dah

ni 18 kelas, 60 student, macam mana la cikgu nak handle yer
Quote vanilacup 14-1-2026 11:48 AM
Sekolah-sekolah di Selangor antara yg terpadat tak kira rendah atau menengah..
Nampak sekolah kat KL lebih relaks sikit jumlah pelajar sbb boleh buat seisi pembelajaran hanya waktu pagi. Mostly Selangor kena buat 2 seisi sekolah sbb sgt ramai pelajar...
Quote ibu_haritz 14-1-2026 11:52 AM
SalenaGomez replied at 13-1-2026 08:39 PM
Sekolah SMk Saujana utama, contoh eh. Kelas utk setiap tingkatan dari huruf A sampai N (ada tingkata ...

Ni dah berlarutan lama..SKSU pun sama
SG stay SU jgk eh??
Quote farlis 14-1-2026 01:01 PM
Edited by farlis at 14-1-2026 01:03 PM
zehra2 replied at 14-1-2026 09:13 AM
sekolah ni kontraktor nya lari jadi kelas tal cukup

kontraktor sek sebelah yg patut siap 2024 yg lari. pecah tanah dr thn 2019. Smpi skrg tak nmpk bayang lagi SMK BBM tuh.. SPRM x mau kejar ke tgk apa citer.. SMK BSP ni terpaksa tampung tmn2 yg tumbuh bak cendawan kt keliling ni. Ikut plan asal, bagus dah BSP ni ada SK dan SMK BSP. Tapi bila perumahan lain naik mencana2k.. sekolah x tambah.. giler ahhh.
Lg satu kan..kes yg guna alamat atuk nenek sbb nk anak sekolah kt situ. Parent duk area bangi, tp nk sekolah dekat, guna alamat atuk nenek. Ni pun penyumbang sekolah sesak. Byk kes ya
Quote fattymah 14-1-2026 01:54 PM
farlis replied at 14-1-2026 01:01 PM
kontraktor sek sebelah yg patut siap 2024 yg lari. pecah tanah dr thn 2019. Smpi skrg tak nmpk baya ...

Tak siap² kan.. tiang pun tak pacak sampai sudah
Quote mejaputih 14-1-2026 02:00 PM
farlis replied at 14-1-2026 01:01 PM
kontraktor sek sebelah yg patut siap 2024 yg lari. pecah tanah dr thn 2019. Smpi skrg tak nmpk baya ...

gila byk perumahan high rise 40 tkt pun naik kat situ kat bangi avenue...
kalau duk kat Southville pun sekolah kat Bandar Seri Putra juga ke?
Quote farlis 14-1-2026 02:26 PM
mejaputih replied at 14-1-2026 02:00 PM
gila byk perumahan high rise 40 tkt pun naik kat situ kat bangi avenue...
kalau duk kat Southville ...

Southville rasanya x hntr ke sana.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 06:26 PM GMT+8 , Processed in 1.792295 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top