CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Jom Memasak Lihat artikel

Lelaki China ditahan pasang bendera Malaysia terbalik di sebuah premis perniagaan

13-1-2026 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 787| Komen: 14

 



KULAI – Seorang lelaki warga China ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah premis perniagaan di Taman Eko Perniagaan 2, Senai Airport City, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, insiden itu dikesan pada pukul 4 petang semalam menerusi satu hantaran di Facebook yang memaparkan bendera Malaysia dipasang secara songsang.

Katanya, susulan penularan video tersebut, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai digerakkan ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut.

“Siasatan awal membawa kepada penahanan lelaki warga China berusia 38 tahun yang dipercayai bertanggungjawab dalam kejadian tersebut. Kita merampas Jalur Gemilang sebagai bahan bukti untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Pindaan 2017) berkaitan penyalahgunaan lambang rasmi negara yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

“Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana kelakuan tidak senonoh di tempat awam dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/1963 atas kesalahan melanggar syarat pas atau permit. Lelaki asing itu direman tiga hari sehingga 14 Januari ini bagi membantu siasatan,” katanya.  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 13-1-2026 09:46 AM
Suka sangat cari pasal
Quote Decaffeinated 13-1-2026 02:22 PM
Kita merampas Jalur Gemilang sebagai bahan bukti untuk membantu siasatan

dah kena rampas pun masih terbalik ka?
Quote Purestteam1 13-1-2026 02:50 PM
klu kecam kang katanya rasis...haha
Quote ZORRO5555 13-1-2026 08:36 PM
Kurang ajar
Quote sharlenetexas 13-1-2026 09:52 PM
Hukumannya berjalan secara terbalik untuk satu hari.


Quote TOPwind 13-1-2026 10:29 PM
Edited by TOPwind at 13-1-2026 10:31 PM

OKU
cina keling jika buat salah

pasti ada kad OKU

termasuk menteri2nya
Quote MsIda 14-1-2026 02:36 PM
Kurang ajar... berambus balik
Quote Dovahkiin 14-1-2026 03:50 PM
Bendera kan ada jahitan di lubang atasnya. Mustahil boleh pasang terbalik melainkan gigih bukak jahitan tu.
Quote B40tastePosh 15-1-2026 05:50 AM
Direman dan dihantar pulang ke negara asal.
Quote B40tastePosh 15-1-2026 05:51 AM
Edited by B40tastePosh at 15-1-2026 05:52 AM
Decaffeinated replied at 13-1-2026 02:22 PM
dah kena rampas pun masih terbalik ka?


Diusung secara terbalik ke Mahkamah.

_235977_mattress300.jpg
Quote kucingitam 15-1-2026 12:41 PM
Dovahkiin replied at 14-1-2026 03:50 PM
Bendera kan ada jahitan di lubang atasnya. Mustahil boleh pasang terbalik melainkan gigih bukak jahi ...

mungkin defect, ada yg tak jahit belah atas.. sekadar brsangka baik..
Quote Decaffeinated 15-1-2026 01:23 PM
TOPwind replied at 13-1-2026 10:29 PM
OKU
cina keling jika buat salah

menteri apa ada kad OKU?

jgn lupa berhalusinasi juga boleh dapat kad OKU

Quote Decaffeinated 15-1-2026 01:28 PM
Dovahkiin replied at 14-1-2026 03:50 PM
Bendera kan ada jahitan di lubang atasnya. Mustahil boleh pasang terbalik melainkan gigih bukak jahi ...

bendera yang berkibar di tiang diikat pada tali bukan jenis sarung pada batang penyapu tu. You pull the tali masa nak naikkan and akan terbalik kalau you pull the wrong way. Kalau cuai memang akan silap.

Quote Dovahkiin 15-1-2026 06:05 PM
Decaffeinated replied at 15-1-2026 01:28 PM
bendera yang berkibar di tiang diikat pada tali bukan jenis sarung pada batang penyapu tu. You pul ...

Ni pun mungkin boleh jadik jugak. Thanks.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.368520 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top