|
Malang tidak berbau buat pelakon Ezzani Jasny apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama kedua ibu bapanya, semalam.
Pemilik nama lengkap Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, itu memaklumkan dia mengalami kecederaan pada bahagian kepala, namun bersyukur ibu bapanya berada dalam keadaan selamat. “Saya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama ibu bapa saya semalam. “Alhamdulillah, ibu bapa saya selamat. Saya pula masih belum pulih sepenuhnya dan sedang berusaha untuk sembuh. “Saya juga mengalami kecederaan di kepala dan masih belum pasti keadaan sebenar,” katanya dalam InstaStory. Pada masa sama, pelakon drama Dia Bukan Syurga itu masih menunggu maklum balas doktor berhubung kecederaan dialaminya selain memohon doa orang ramai. “Saya akan menunggu maklum balas daripada doktor pagi ini. Mohon doakan kami, terima kasih,” ujarnya lagi. Bagaimanapun, Ezzani tidak memperincikan punca kemalangan dan hanya memuat naik sekeping foto dirinya terbaring di atas katil hospital. Sumber – KOSMO! ONLINE
|
evlinne replied at 12-1-2026 10:32 PM
Suka tgk dia ni, cantik sgt dkt mata iols
Moga cepat sembuh ya
sukacactus replied at 12-1-2026 11:35 PM
Sian dia ni
Aritu dah kena fitnah murtad
Ni dah kemalangan pulak
Perawankota replied at 13-1-2026 01:15 AM
Sapa lak fitnah dia murtad
doubleA: Khen? Iols pun rasa dia cantik dan bentuk muka tu sesuai bawa watak pompuan classy bekerjaya. Pernah tengok dia berlakon watak wanita classy dicurangi ...
girlfridayz replied at 14-1-2026 10:02 AM
me three.. rasa lawo sgt si ezzani ni rasa mcm dalam kelasnye tersendiri.. cuma dia ni jenis muka ...
sharlenetexas replied at 14-1-2026 09:53 PM
Iols pun start suka dia masa tengok ILYS.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.937847 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.